Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, September 29, 2009

Lelong oh lelong : Satria Tail Lamps

Hari ni Afiq berpulun mengemas rumah dengan adik. Punggah segala macam yang ada dalam katil ni. Hasilnya banyak lah barang yang perlu dibuang. Kemas punya kemas, terjumpa lah barang2 lama yang Afiq rasa masih ada lagi nilai nya. Iaitu lampu belakang Kereta Satria.

Satria dalam kenangan

Kereta Satria Afiq ni sebenarnya dah lama takde. Dah jual pada tahun 2007. Sebabnya tak ada orang nak pakai. Masa nak jual tu memang lah sedih, maklumlah kereta kesayangan. Dan duit pun banyak dilaburkan. Tapi lebih sedih kalau tengok kereta tu terbiar buruk sebab tak ada orang pakai kan?

Lampu belakang ini pula (Tail Lamps) di ganti selepas kemalangan dengan perempuan gila yang menyondol bontot Satria ini. So yang belah kanan retak tapi belah kiri masih sangat baik. Disebabkan lampu ni ori, nak ganti sebelah je pun dah mahal, so Afiq beli lah satu set yang lain dan yang murah. Yang lama tersimpan rapi sehingga lah hari ni.


Disebabkan kereta Satria ni pun dah takde lagi, buat ape simpan kan? Baik Afiq lelongkan je. So dah posting kat lelong.com.my di http://www.lelong.com.my/Auc/List/2009-10DeStd44857134_AUCTION_-Proton-Satria-1-6-Tail-Lamps-ori.htm

Bagi sesiapa yang berminat tu, boleh lah tengok3. Hubungi je Afiq dari blog ni. Harga start dari Rm50. Memang dah murah sangat lah tu. Kalau cari kat kedai potong pun sebelah je dah 100++. Sangat berbaloi kalau korang beli.

Monday, September 28, 2009

Setelah 2 Minggu Bercuti, Akhirnya

http://anjari.blogdetik.com/files/2009/01/malas_logo.jpg

Hari ini Isnin 28 September 2009, maka bermulalah kehidupan berkerja Afiq. Dah xde lagi bergolek diatas katil empuk sehingga jam 9 pagi. Hari ni pagi-pagi lagi dah bangun. Tapi hati terlalu berat nak start kerja. Maklumlah, cuti terlalu lama 2 minggu. Dah biasa dok rumah tengok TV dan membaca surat khabar sampai ke petang.

Bila memikirkan tangungjawab yang melambak bakal tiba, tetiba hati ni terlalu sayu pula. Kejap sangat rasanya masa berlalu. Hari raya pun dah seminggu. Belum puas lagi nak makan lemang dengan kueh raya. Lagi pun raya ni Afiq cuma beraya lebih kurang 20 buah rumah sahaja. Sepatutnya 100 rumah tau. Dan semalam baru pergi melawat tapak jajahan di Krubong. Nak tengok subur ke tidak tempat tu. Ahak..

Disebabkan terlalu sayu dan malas untuk pergi kerja, beberapa perkara yang Afiq lakukan dari Pagi tadi.

1) Bangun seawal 6.30 pagi tetapi bangun dari katil kol 8.30

2) Mandi siap shampoo rambut pepagi ni, jarang2 perkara ni berlaku.

3) Patut sampai Pejabat kol 9, tapi sampai 10.

4) Keluar rumah kol 9. tapi sampai kol 10, sebabnya ikut jalan paling jauh utk sampai pejabat.

5) Siap singah beberapa kedai untuk beli barang masa dalam perjalanan.

6) Masa meeting siap bawa laptop untuk online. Blog ni pun ditulis masa tengah meeting. Baik punya kerja kan?

7) Rasanya hari ni, kol 1 dah sampai rumah kot. Malas gile nak dok lelama kat sini!

Ini lah yang dilakukan oleh Afiq pada hari pertama bekerja selepas cuti selama 2 minggu. Memang amat malas sehinggakan nak tulis blog pun malas. Sekian..

Saturday, September 26, 2009

Tutorial : Windows 7

http://www.lifehacker.jp/081110windows7installerheader.jpg

Setelah beberapa hari mengunakan OS Windos 7 ini, Afiq nak kongsikan kepada pembaca sekalian mengenainya. Memang tidak dinafikan Os sebelum ini iaitu Vista terlalu banyak memberikan masalah kepada penguna. Dan masalah yang paling utama adalah terlalu berat untuk Prosesor yang kecil terutama CPU yang lama. Vista juga memerlukan kapasiti Ram sekurang2nya 2GB dan Prosesor 2GHz. Mungkin disebabkan aduan penguna, Bill Gate serta anak beranaknya mendengar dan membuat pembaharuan kepada Os ke tujuh ini dengan mementingkan kelajuan serta prestasi yang baik.

Os win 7 ini hanya memerlukan 1Gb ram dan 1GHz Prosesor sekurang-kurangnya untuk beroperasi dengan baik. Tetapi Afiq juga telah mencuba kepada Laptop lama yang mengunakan 512Ram. Alhamdulillah berjalan lancar. Secara kesimpulannya, jika Pc atau Laptop yang dulu mengunakan Os Win Xp, tiada masalah untuk beralih kepada Windows 7. Tak kiralah apa pun spec CPU anda yang lama. Jadi tidak perlu risau.


Untuk meng Install Os ini, Afiq hanya mendownloadkan saja dari http://www.tinydl.com/software/59020-microsoft-windows-7-ultimate-x86-x64-oem-dvd.html. Jadi jimatlah Rm8 untuk membeli DVD. Bagi yang nak mudah tu, cari je lah DVD yang berlambak dijual dipasaran gelap. Lagi pun Afiq rasa Bill Gate (cukai pintu) tu dah cukup kaya untuk membolehkan kita mencetak rompak Windows dia ni. Sebenarnya Windows 7 ini belum lagi dipasarkan, cuma boleh didapati secara online dari Microsoft. Kemungkinan selepas dipasaran Malaysia, harganya mungkin sama dengan harga Vista iaitu Rm105 untuk Starter Ed dan Rm300++ untuk Premium. Afiq pun telah kerugian yang amat besar setalah mengunakan Xp ori berharga RM300 dan guna cuma tak sampai 2 bulan.

Untuk install Os ini, boleh dilakukan dari Windows Explorer je, jadi tak perlu korang susah3 nak boot Program ini untuk install. Jadi sangat senang, macam nak install software Word. Cuma sebelum install tu, korang perlu lah backupkan file3 yang penting dulu. Cari lah mana3 pen drive. Atau yang mempunyai 2 partition hard drive tu, tranfer je dalam partition yang free. Lepas dah backup, korang terus je installkan.

Untuk yang mengunakan OS Windows 7 Ultimate macam Afiq, korang boleh download crack di Justkhai. Tapi Afiq tak pula mengunakan crack sebab lepas update je, windows Afiq install terus Activate. Mungkin terus upgred kot sebab Xp Afiq guna tak sampai 2 bulan. Soal driver pula korang tak perlu risau. Terus update driver sebab microsoft dah janji OS ini auto Detect semua driver dalam CPU korang. Jadi install Win 7 ini lebih mudah dari install XP.

Bila dah install Os, barulah korang download balik software3 yang penting contohnya firefox dan Ym. Dan windows korang boleh digunakan sepenuhnya. Install Os baru atau Format Windows ni tak susah pun sebenarnya, cuma korang perlu sedikit keberanian menangung kerosakan PC kesayangan korang. Dari korang kena bayar kat kedai sampai RM70, baiklah korang cuba buat sendiri dulu. Kalau dah tak boleh sangat tu, baru hantar kedai. Sekurang2nya kita mencuba dulukan?


Untuk pengetahuan korang, Afiq Install Os Win 7 ini kepada lappy Afiq yang baru tu. Yang namanya putih macam dalam entri yang lepas. Segalanya berjalan lancar. Sehingga lah entri ini ditulis, Os Win 7 lah yang Afiq gunakan. Ternyata mengunakan nya sangat teruja sebab Win 7 ni Combination Vista (graphic) + XP (performance). Sangat chantek!

Dan yang paling menarik mengunakan Os Win 7 ni, wallpaper slideshow. Maknanya, korang boleh guna seberapa banyak gambar untuk wallpaper dan dia akan bertukar-tukar sendiri mengikut masa yang korang set. Canggih tak?

Untuk Software3 lain pula tiada perubahan besar. Yang mana boleh run dalam Vista, semua boleh run dalam Win 7. Jadi tak perlulah risau. Jadi korang lepas ni bertukarlah kepada Os Win 7. Kalau nak beli Laptop atau Pc baru tu, lupakan lah Vista yang akan merugikan duit korang sebanyak RM300. Selamat Mencuba!

Friday, September 25, 2009

Biar orang kata

http://4.bp.blogspot.com/_i1U9iD5ZVv0/SmC6zn-3b2I/AAAAAAAAAJ4/FM9Es0sXTys/s400/mencaci+mengumapat+memaki+mengutuk.jpg
Di warung-warung gebang, dosa seharian diraih sebanyak-banyaknya. Cukup dibayar kopi satu cawan! Lumba-lumba bentang berita terkini. Serakah tokoh kebencian, tanpa bukti tanpa saksi. Cerita lipur lara pelosok mukim. Sensasi dilukis sebegitu hina. Potret jalang artis manis pula dijual, dengan fitnah dan rempah tambah berbekalkan sebaris gosip cinta, dan secebis prasangka.

Peluru caci, tembakan nista, berpuing-puing membedil wibawa. Dosa dipentas siasah tampak suci. Dibalut dengan keharusan fatwa spontan. Lupa dia pada karaman katibin. Disebalik tabir kota malam. Kerana selengara dosa lebih enak, dalam ulit-ulitan nafsu jahil yang mereka hatinya telah buta. Pada azab sengsara neraka.

Mengata terus mengata, mencaci dan memaki. Biar bertimbun, melimpah ruah sampai ke penuh satu lautan. Biar sampai dosa itu keneraka, bertukar menjadi pahala kesyurga kepada mangsanya.

Yang membenci, jangan terus mendengki. Kita masing punya hati, laluan hidup sendiri. Kata ini seikhlas hati, dari manusia yang minta simpati.

Wednesday, September 23, 2009

Hari Raya ke3!



Setelah berhempas pulas raya sehingga hari ketiga, jumlah kutipan duit raya Afiq tahun ini cuma RM15 sahaja. Dari nenek dan mak long. Sangat sedihkan? Afiq ingat dulu masa kecik3, duit raya Afiq leh kumpul sampai lebih RM300++. Maklum lah anak buah sulung lah katakan. So masa tu sepupu sepapat belum lagi ramai. Sekarang ni sepupu Afiq je dah lebih dari 30orang. Tu belum kira anak3 buah lagi. So bila dah besar ni (bukan dah tua tau) kurang lah kutipan tu. Lagi pun diaorang semua ingat Afiq dah keje. Walaupun Afiq dah keje, tp belum berkahwin. dan yang paling penting, Afiq masih muda.


Citer pasal duit raya ni, ini lah masanya kita nak bersedekah pada saudara mara. Bukan lah duit raya tu satu kemestian, tetapi penyeri kanak3 untuk menyambut hari raya. Lebih3 lagi yang dah berpuasa penuh tu. Bagi lah mereka sedikit kegembiraan. Sekurang3nya mereka dapat menabung atau membeli keperluan sekolah bagi meringankan ibu bapa.

Korang yang dah tua3 tu takyah berangan lah nak kumpul duit raya, dah dapat RM15 tu pun dah kira terkejut jugak. Kalau nak jugak bawalah baby korang, dan korang sebagai mak ayah tolong kumpulkan eh. Yang belum ada baby tu, cepat3 kahwin. Leh kumpul duit raya anak kan?

Antara yang menariknya hari ini adalah open house rumah Afiq, tapi untuk keluarga terdekat sahaja. Rakan3 punya open house belum dirancang lagi. Tunggu lah masa dan bugget yg sesuai nanti eh, Afiq akan jemput. InsyAllah.


Bila dah ibu mula masak3 tu, dia jemput lah bakal menantu dia. Terpisat3 bakal menantu datang, lepas tu kena soal siasat pula. Maklumlah kali pertama menyingah. Siap basuh pinggan di dapur lagi. Yang lain semuanya ok, dan ibu pun berpuas hati. Cuma bila jadi menantu tu belum ditentukan tarikhnya. Harap3 cepat lah kot.


Tapi rasanya masa sangat cepat berlalu. Baru semalam rasanya kita berpuasa, hari ni dah 3 hari raya. Pejam celik mata jer dah habis Bulan Syawal ni. Minggu ni dan mingu depan kena plan jadual untuk beraya. Maklumlah jemputan mungkin banyak dan masa pula suntuk dengan kerja. So korang yang nak jemput Afiq datang beraya tu sila lah jemput awal3 sebelum kesuntukan masa.
Raya masih ada 27 hari!
Gunakan masa dengan sebaiknya!

Monday, September 21, 2009

Ketupat dan Rendang


Ketupat dan Rendang
Originally uploaded by Afiq_danial
Multimedia Message

This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60136386339
You have received this Multimedia Message in your email inbox
and it has been reformatted in order to be visible in your email client.
However, Multimedia Messages have slideshow like qualities
that are best viewed with the MMS capable player located in
MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

Sunday, September 20, 2009

Satu Hari Di Pagi Raya


Satu Hari Di Pagi Raya
Originally uploaded by Afiq_danial
Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan,kini tibalah hari raya. Mohon segala ampun salah dan silap Afiq selama menulis di Blog. Mungkin secara tak langsung tanpa Afiq sedari. Korang Raya macam mana? Meriah tak? Afiq baru lepas pekena lemang dengan ketupat, ngantuk plak rasanya. Leh tak tido?

Saturday, September 19, 2009

Lemang Oh Lemang


Alhamdulillah Afiq dah sampai di kampung dengan selamatnya. Dah pun menjamah makanan Raya iaitu Lemang dan Ketupat. Memang sangat seronok..Korang makan ape tu? Apa2 pun Afiq mengucapkan Selamat Hari Raya dan selamat menjamu selera. Makan lah puas3 rendang dan ketupat itu. Kalau ada yang nak menjamah lemang tu, jemputlah beraya di Kampung Afiq di Batu Anam Segamat Johor.

Line Internet agak slow. Sebenarnya bukan agak lagi, tapi langsung xdapat. So kebetulan plak Afiq ke bandar malam ni, so dapat lah update blog kesayangan ini. Besok Afiq akan uploadkan gambar3 raya eh, dan tema untuk tahun ini MERIAH!

So, selamat eh korang. Berhati3 di jalan raya tau! Raya raya jugak, jangan terlalu gairah sehingga melupakan orang tersayang.. Salam Aidilfitri dari Afiq sekeluarga!

Jom Balik Kampung


Untuk pengetahuan korang, Afiq lagi 5 minit nak berangkat pulang ke kampung di Segamat Johor. Seronoknya dapat beraya tahun ini dengan saudara mara tercinta. (macam lah sebelum ni raya di over sea). Sampai je kampung, confirm lemang dah siap. Hahaha, cuma perlu dimakan saja.

Hari ini kalau ikutkan dah kira hari raya lah. Meriahnya memang dah kemuncak. Lebih3 lagi malam nanti. Bagi yang tak de kampung atau tak balik kampung tu, jangan lah korang bersedih. Pergi je lah raya rumah sape3 yang tak balik. Xpun kampung Afiq pun boleh.

Korang semua, doakan semoga perjalanan Afiq selamat sampai ke destinasi. Yang dijalan raya tu, berhati3 eh. Ingat orang tersayang..

Friday, September 18, 2009

Menyahut Seruan Pimp My Broadband

Pencapaian teknologi yang maju sekarang ialah Internet dihujung jari. Dimana-mana tanpa perlu wayar telefon, kita dah boleh online dengan mudah. Korang masih ingat lagi tak bila internet mula2 dikenalkan dulu di Malaysia, dial up dengan kelajuan 57kbper saat? Syarikat yang mula menerajui perkhidmatan internet di Malaysia ialah Jaring pada tahun 1991. Masa tu nak download gambar pun azab, apatah lagi kalau nak download movie. Facebook pun belum ada lagi masa tu.
Perkembangan skang, internet tanpa wayar atau broadband pun dah berkelajuan tinggi ala2 F1 Ferrari. Contoh macam Digi Broadband sehingga 14Mb per saat. Internet Afiq kat rumah pun baru 512kbps. Maknanya dah 28kali laju dari yang biasa. Sangat menakjubkan.
Afiq pun sebenarnya tak pernah lagi subscribe broadband ni, online just kat rumah. Kalau keluar tu carilah mana2 wifi free. Memang teringgin nak pakai. Lebih3 lagi kalau free kan? Manalah tahu rezeki raya ni dapat broadband free semperna contest Pimp My Broadband dari Digi ni kan?
Cerita pasal contest ni, Afiq nak minta jasa baik korang semua supaya VOTE gambar yang Afiq upload ni. Kalau menang nanti Afiq janji akan lebih kerap menulis entri baru. So enjoylah korang baca kan? Korang, doakan Afiq berjaya eh.

Cantik tak modem Broadband yang Afiq cipta ni?

Vote Afiq

Wednesday, September 16, 2009

Ada apa dengan Kad Raya?



Sayang, thanks sgt3 kad Raya yang u beri ni.
http://lovelyhandmadecards.blogspot.com/

Raya tahun ini amat bermakna bagi Afiq. Sebab yang pertama adalah kehadiran kekasih hati yang baru. Kegembiraan itu tertambah apabila Afiq menerima Kad Raya tahun ini setelah 3 tahun tak pernah menerimanya. Ia sangat3 bermakna.

Macam tu jugak korang kan? Walaupun skang semuanya serba serbi canggih dan kad raya banyak yang digital je, tetapi Kad Raya yang asli tetap juga menjadi pilihan. Terutama bagi orang yang dikasihi.

Korang jangan ingat sekarang tak releven hantar kad raya pakai pos tau. Banyak lagi yang masih suka. Jangan dilupakan walaupun teknologi sekarang dah pelbagai. Banyak kelebihannya kad raya ini, yang pertama korang leh simpan dan boleh gunakan untuk tahun hadapan. Lepas tu korang leh wat hiasan dinding dengan mengantungkannya. Kan berguna tu.

Tapi Afiq pandai cakap je lah, takde pun hantar kad. Mungkin tahun depan kot. Kalau tak pun nanti Afiq poskan Kad kahwin eh kat korang. Tunggu tau..

Majlis Serahan Zakat dan berbuka puasa bersama Anak Yatim

Acara Majlis hari ini agak meriah. Maklum lah berbuka sekali. Teruja tengok makanan dari melihat acara majlis dijalankan. Apatah lagi sebab hari ini tak bersahur. Nasib lah ada lagi kesabaran. Makan pula sampai terlupa jadual diet yang diamalkan sepanjang bulan Ramadhan ini. Duduk plak meja VIP, dengan ayam dan ikan yang pelbagai Afiq terus membelasah dengan berselera.

Tapi cuma satu je kurang, tak ada teman hati yang nak suapkan makanan tu semua. Kalau tak mesti makin bersemangat. Takpe lah, lain kali dia mesti ikut. Janji eh.

Tempat : Masjid Selat Pulau Melaka
Acara : Penyerahan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 Yatim
Masa : 5.30 Petang - Lepas solat Tarawikh.

Peristiwa Penting yang berlaku
Masa majlis tu, lebih kurang 5 minit sebelum berbuka. Adalah dijemput Al Fadhil untuk membaca doa. Dia pulak terus pulun Doa Berbuka Puasa dan Doa Makan. Lepas abis doa, orang ape lagi terus lah santak makan dan minum. Padahal masa tu belum Azan lagi. Nasib Afiq tak terkesima nak berbuka. Bila dan gelabah tgk orang semua makan, siap buat penguguman "Perhatian hadirin sekalian. Belum masuk waktu Magrib lagi, kita tunggu Azan". kah..kah..kah.. Yang Gie baca Doa berbuka dengan Doa makan sebelum Azam sape suruh? Kan semua dah tala makan. Nak salahkan siapa tu??









Afiq malas pula nak tulis macam-macam, so just letak gambar saja lah eh. Korang yang berpuasa tu di ingatkan jangan tengok gambar makanan lelebih. Ti terliur baru tau..

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semperna Kita akan menyambut Hari Raya tidak lama lagi, Afiq ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf atas segala kesilapan lampau yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak kepada semua. Halalkan makan dan minum serta keterlanjuran. Afiq juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Sekeping Gambar ini Afiq tujukan buat blogger2 dan pembaca2 sekelian yang tidak jemu memberikan sokongan kepada Afiq untuk blog Permata-Merah ini. Jasa kalian amatlah dihargai. Mungkin duit raya tak dapat nak dihulur, tetapi keikhlasan ucapan adalah lebih bermakna.


Ucapan ini juga untuk semua Follower
serta kepada semua pembaca!

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Saturday, September 12, 2009

Kalau dah workaholic lah katakan..

Ni Afiq nak cite lah satu peristiwa, kalau dah terlalu workaholic sambil sahur pun boleh wat keje. Korang tengok lah gambar ni, sambil3 sahur, sambil meeting. Cerita perancangan untuk masa hadapan. Tahun 2012. Gile advance lah kan?

Ni bincang ape ni? Nak wat program ke gosip3 ni? Huhu..bulan pose tau ni..


Serius skit lah masa meeting..baru cepat berjayakan? Ni dah sahur ke belum? Kalau lapar, otak pun jem!

Ok, kalau kita nak cerita pasal workaholic ni kadang3 macam-macam boleh jadi. Lebih-lebih lagi kalau dah rajin tahap gila babannya. Dibulan yang Mulia ini elok lah kita rajin melakukan perkara yang berfaedah. Dan jangan lah melakukan perkara yang mungkar itu seperti merempit.

http://rindok.com/blog/wp-content/uploads/2009/02/20070913-rempit3.jpg

Afiq pun pelik lah, kat melaka ni bila bulan puasa je, Mat3 rempit mula nak mengila. Ape korang ingat korang nak mati dan terlepas dari siksaan kubur? Yerlah, mati dibulan Ramadhankan mendapat rahmat terlepas dari siksaan kubur. Tapi itu untuk orang yang beramal saja, mat rempit banyak amal ke? korang dah terlebih rajin eh?

http://www.geekologie.com/2007/07/05/wrong-job-ads-00.jpg

Bagi Afiq plak, nak kata terlalu rajin tu tidak lah. Tetapi kadang3 kalau dah terlalu rajin, banyak perkara pelik yang dilakukan. Contoh nya semalam install Windows 7 punya pasal, sampai dah terlepas sahur.

Ni lepas baca blog khai lah, terpengaruh nak juga try. First download kat internet dulu file nyer. http://www.tinydl.com/software/59020-microsoft-windows-7-ultimate-x86-x64-oem-dvd.html. Ambil masa dua hari sebab file nyer 2.4 GB. So memang lah Afiq rajin.

Dah habis download, bersusah payah plak nak install. Benda baru, so cara dia pun belum mahir. Dah berejam3 try baru boleh. Akhirnya terinstall lah juga. Tapi kat laptop lama. Sebab nak test dulu ok ke tak, baru masuk kat putih nanti. Tapi rasa macam sayang pula nak buang XP ni, bukan ape, beli jer dah Rm300++. Pakai tak sampai 2 bulan. Rugi tak?

Tapi yang Afiq kagumnya, OS Windows 7 ni tak memerlukan spec dan ram yang tinggi untuk install dan guna. Tak macam vista yang lembab dan berat. Jadi untuk yang nak beli laptop atau pc baru tu, hentikan membeli Vista. Beli Windows 7 ni, tak pun kalau belum releast dipasaran beli jer cetak rompak. Sangat menjimatkan dan berbaloi.


Bagi penguna XP plak, mungkin sudah sampai masanya untuk korang berubah ke OS yang baru. Jom pakat reramai pakai windows 7! Sape yang nak suruh Afiq install tu, takde masalah cuma sediakan Rm20 je eh. Boleh Afiq buat beli baju raya.


Thursday, September 10, 2009

Resepi : Cornflake Afiq Madu EDISI HARI RAYA


Feel Hari Raya dah semakin hampir ni.. Afiq pun tingal beberapa hari je lagi nak cuti, than dah boleh prepair ape yang patut. Macam tahun-tahun yang sudah, baju raya Afiq xde lah penting sangat coz dah tua-tua ni, ape lah ada dengan gaya tu. Cukup sekadar ada baju melayu untuk sembahyang raya nanti. Tahun-tahun lepas punya pun masih boleh sarung memandangkan Afiq maintain slim selama 5 tahun, belum pernah ubah saiz seluar dan baju. Hahaha..

Dan hari ini Afiq nak kongsi dengan korang lah terutama makcik-makcik dan dara-dara yang belum terlintas nak sediakan kuih raya ni. Korang jangan plak hidangkan biskut mary sebagai hidangan tetamu di Pagi Raya, ada yang korang kena reject jadi menantu mahupun besan. Ape yang Afiq cuba tonjolkan pada korang ni adalah resepi biskut raya yang super simple dan super senang. Tapi bila makan confirm superb! Bagi yang malas atau memang tak pernah terlintas di lubuh hati korang untuk buat kuih raya selama beberapa tahun hidup, ape kata korang try ikut resepi Afiq ni.

Bahan-bahannya ialah :

Cornflake - 1 kotak nestle corn flakes atau 1500 keping
Madu - 1 cawan
Gula - 1/2 cawan
Majerin planta - 1/2 cawan
Peanut butter - 1 cawan
Nasi Cokelat Berwarna (colouring chocolate rice) - tabur
Cup kertas

Bahan-bahan ni korang boleh beli kat mana3 supermarket yang berhampiran. Kedai runcit pun ada jual. Kalau susah sangat, just print note ni dan bagi pada tokey kedai runcit tu. Sediakan duit je.

Untuk Cawan plak, gunakan cawan yang biasa3 jer. Agak3 dalam 250ml. Tak perlu juga cawan giant koleksi korang tu yang menunjukkan korang ni gelojoh dan tamak.

Cara-cara :

Panaskan majerin.
Masukkan gula dan madu.
Kacau pelahan-lahan sampai gula hancur.
Masukkan peanut butter, kacau pelahan-lahan.
Tuangkan cornflakes dalam bekas yang besar.
Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah masak tu dalam cornflakes.
Kacau pelahan-lahan untuk rata sebatikan antara kedua-dua bahan.
Sementara kacau tu, Dengarkan lah Dendang Perantau dari P. Ramlee
Guna sudu kecil untuk masukkan cornflakes dalam cup kertas.
Taburkan chocolate rice kat cornflakes tu.
Masukkan kat dalam oven dalam 5 minit aje.
Dah masak dan siap untuk dilapah!

Better masuk oven coz cornflakes tu akan bercantum. Kalau tak, susah nak makan. Dan untuk perhatian korang, proses mengaulkan antara cornflake dan bahan3 tadi dibuat dalam bekas yang lain. Jangan pulak korang tuang cornflake dalam kuali macam buat nasi goreng, lembik dan hancus kuih tu nanti.

Dan bagi siapa yang nak gantikan Peanut Butter tu dengan cokelat pun boleh, asalkan jangan korang letak sambal sudah lah. Senangkan wat kuih ni? Kalau korang susah gak nak buat, memang lah korang super duper pemalas. Hahaha..

Ok..Selamat Mencuba..

Eh Bila korang dah buat nanti, jemput lah Afiq datang beraya eh. Sediakan sampul angpow dengan isi skali eh.

Tuesday, September 8, 2009

Back Street Guy!

Saksikan lah persembahan kami!
Try JibJab Sendables® eCards today!

Tutorial : Cara menganyam ketupat


Memandangkan bahang Hari Raya sudah semakin hampir, Afiq nak kongsilah kepada korang semua. Walaupun korang sibuk untuk memilih baju raya, tetapi jangan dilupakan Ketupat dan Rendang. Ini adalah menu wajib untuk Hari Raya. Tak kan orang datang Hari Raya pertama korang nak hidangkan Nasi Goreng Kampung kan? Sangat pelik bunyinya.

Cara menganyam ketupat ni dah semakin dilupakan. Orang sekarang suka beli ketupat nona yang ready made untuk di makan. Lama kelamaan akan pupus lah tradisi ini. So hari ini, korang cuba lah try test buat. Bukan susah pun asalkan korang bersedia untuk mencuba. Tak perlu pakai daun kelapa untuk percubaan kali pertama, pakai reben je pun dah ok. Tapi jangan pula korang letak beras, lepas tu rebus. Nanti ada yang meningal, bukan sebab keracunan tapi terkejut dengan ketupat reben korang yang berwarna warni tu.



Amacam, jadi tak ketupat korang? Kalau susah sangat, ulang je video ni sampai jadi. Main kan butang pause & play untuk lebih mudah. Lepas dah jadi tu, korang gantung kan lah buat perhiasan. Mungkin kalau boring, korang boleh guna reben warna lain contohnya pink atau hitam. Mungkin nampak pelik tetapi kretive namanya.

Bila dah bersedia, korang boleh lah mulakan dengan daun kelapa. Cari je daun yang orang jual kat Bazar Ramadhan atau tepi3 jalan. Tak perlu susah payah korang nak panjat pokok kelapa. Kang ketupat tah kemana, kaki korang tah kemana. Di ingatkan untuk mengayam ketupan, jangan lah buat terlalu awal, takut nanti daun nya kecut. Buat 2 @ 3 hari sebelum raya. Anyam lah ala kadar, tetapi jangan pula buat 1 @ 2 ketul je, kang merajuk mak, ayah dan adik3 korang. Buat lah 30-100 ketul untuk makan masa pagi raya nanti. Ada lebih boleh jamu Afiq eh.

Sambil3 menganyam tu,apa kata kita layan feel lagu raya. Baru semangat kan?



Lepas dah siap anyam, korang letakkan lah beras yang sudah siap dibilas. Jangan letak penuh3, nanti meletop ketupat korang. Letakkan beras 3/4 saiz ketupat tadi. Ingat ni!

Bila dah siap, rebuskan lah ketupat korang tu. Letak kan skit garam dalam air rebusan tu, biar ada rasa skit. Rebus lah sampai masak. Agak3 lah dalam 1 jam mengikut api periuk dan kuantiti ketupat korang.

Dah siap rebus, mengikut petua orang tua3, kalau taknak ketupat korang tu cepat basi, kena gantungkan. Tapi tak payahlah korang gantungkan kat ampai. cari je lah mana3 tempat sangkut kat dinding tu, than gantung.

Mudahkan? Untuk pengetahuan korang, Afiq rajin tengok je. Bukan buat pun. Tetapi ape yang Afiq sampaikan ni adalah mengikut tradisi original Kampung yang tiap3 tahun Afiq hadap. So memang asli dan berkesanlah kalau korang betul3 mengikut langkahnya.

Yang penting!
1) Jangan buat ketupat untuk dimakan mengunakan reben!
2) Jangan buat seketul dua saja untuk dimakan!
3) Jangan anyam terlalu awal!
4) Isi beras yang telah dibilas kedalam ketupat sebanyak 3/4 saiz ketupat!
5) Rebus dan jangan lupa letakkan garam dalam air!

Sekian, Selamat Mencuba!

Sunday, September 6, 2009

Baca Yasin dan Berbuka di Pejabat

Alhamdullilah, hari dapat berkumpul di pejabat untuk majlis baca Yasin dan berbuka puasa. Siap sambut besday lagi tu. Bestlah macam ni. Makanan pula di hidangkan terus oleh Akmal. Memang superb lah kamu..


Azira, Nani dan Hawa


Akmal selaku tuan rumah dan penghidang makanan kami.



Happy besday to En Kamaruzaman.. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Minta tambah elaun boleh?

Hari ni malas nak tulis panjang3. Takde idea lah pulak..so entri hari ni hanya dipenuhi oleh gambar2 sahaja. Biarlah gambar itu yang berbicara. Sekian..

Pink, Hanya untuk Perempuan?

Ok..Hari ini Afiq nak minta pendapat korang semua! Berkaitan dengan fasion. Betul kah Pink hanya untuk perempuan? Lelaki tak boleh pakai. Adakah lelaki yang memakai pakaian pink akan dicop Jambu atau Lembut? Korang rasa plak macam mana?

http://1.bp.blogspot.com/_Wrnsc-B87ic/SgPCCB7nZeI/AAAAAAAAAtY/PuFEF0pqu4Q/s320/sevillapink.jpg
Bagaimana lelaki dapat dikaitkan kegagahan mereka dengan berpakaian pink? Nampak lebih cool?atau keterlaluan? Korang reader perempuan semua, pasti meminati pink kan? Atau sekurang2 nya boleh menerima pakaian pink. Jadi pendapat korang boleh diterima sebagai reponden yang berkualiti.

Dan untuk pengetahuan korang juga, Afiq hari ini telah membeli baju Pink! Dan untuk pertama kalinya dalam hidup. Baju ini juga dipilih tanpa dorongan atau paksaan sesiapa pun termasuklah promoter. Boleh bayangkan?


Thursday, September 3, 2009

Free Movie Download : Direct link!


Memandang sekarang bulan Puasa dan sangat tidak sesuai jika kita pergi menonton wayang. So cari lah altenatif lain untuk menonton. Salah satu cara adalah mendownload movie-movie baru dari internet. Tapi ramai yang tak tahukan? So hari ni Afiq kongsikan bagaimana korang dapat menjimatkan wang membeli DVD haram @ cetak rompak sebanyak Rm8 untuk satu movie.

Kalau search kat google dengan keyword "Free Download Movie", terlalu banyak link dan kebanyakannya tak boleh pakai. Cakap free, tapi bila nak download kena bayar kan?

Website yang pertama http://www.syok.org/ : Korang hanya perlu sign up sekali dan boleh terus download movie3 yang ada dalamnya. Sangat banyak sehingga korang perlukan masa sekurang3 menonton terus selama 3 bulan tanpa henti.

Website kedua adalah http://asamboi.org/selambe/ : mamat ni paling rajin mendupload movie3 baru, baik holiwot, boliwot, malaywot, indowot, wotwot semua ada. Korang search je kat sini.

Website terakhir http://www.beck007.com/ : yang ni pun sama, cuma yang ni kurang malaywot dan indowot..

Sebenarnya banyak lagi blog atau website yang menyediakan perkhidmatan mendownload free ni, cuma korang je yang perlu rajin mencari. Dan untuk pengetahuan korang juga, ada berapa software yang perlu ada untuk menonton movie3 yang didowload ini.
Antaranya ialah :

http://www.real.com.au/ : Real Player, sebab kebanyakan movie tersebut mengunakan format real ini. Korang download jer basic player yang tak perlu bayar dan boleh digunakan pada bila3 masa.

http://www.gomlab.com/ : Gom Player, kerana player ini mempunyai kebanyakan plugin format video3 tadi. so amat berbaloi korang download. Dan yang paling utama, ianya adalah Free!

http://www.freebyte.net/download/hjsplit.zip : Hj-Split, sebabnya kebanyakan movie yang diupload akan diasing kan kepada beberapa bahagian atau part. Sebabnya untuk memudahkan download. So bila dah download semua part, kena lah cantumkan semula. File tersebut akan diakhiri dengan *.001, *.002, *.003 mengikut jumlah part.
1) buka software Hj-Split yang telah di download tadi, klik pada JOIN.
2)pilih input file
3)pilih file mana yang nak dijoin, pastikan kesemua file3 tersebut didalam satu folder!
4)lepas tu tekan Start
5)tunggu sampai complete. Masa bergantung kepada saiz file tersebut.
6)dah selesai semua, korang extract guna WinRar untuk file tersebut.

WinRar 3.80
: gunanya untuk extract file yang di compresskan. file movie yang berakhir dengan *.rar perlu mengunakan software ini.

So untuk korang semua, selamat menonton! Jangan lupa nanti belanja Afiq pop corn eh.

Wednesday, September 2, 2009

Hukum bersetubuh pada siang Ramadhan

http://www.freefoto.com/images/1216/05/1216_05_54---Stop-Sign--Beatty--Nevada--USA_web.jpg
Masa belek3 blog rakan-rakan, Afiq terjumpalah satu soalan yang diajukan, apa hukumnya bagi lelaki yang bersetubuh dengan isterinya ketika ia berpuasa di Bulan Ramadhan?

Benarkah lelaki tersebut perlu berpuasa selama 2 bulan berturut-turut?

Memang Afiq pernah dengar Ustaz kata begitu, tetapi ada syarat3 nya. Yang pasti lelaki tersebut telah batal puasanya kerana bersetubuh, bukan kerana makan dan minum dahulu.

So pesan Ustaz tadi kepada para suami dan isteri, termasuklah Afiq yang bujang ini dan akan berkahwin kelak, jika dah tak tahan sangat, berbuka lah dahulu dengan meneguk segelas air. Jika si suami terlupa atau terlalu gelojoh, mungkin si isteri boleh membantu dengan mencucuk lubang hidung si suami dahulu bagi membatalkan puasanya.

Berikut adalah apa yang Afiq dapat dari merujuk kepada Laman Soal Jawab Agama :

((Tmn2Syurga)) Nur Ramadan: Hukum bersetubuh pada siang Ramadan

ABU Hurairah, berkata, “Ketika kami duduk di sisi Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki menemui baginda, lalu berkata: Ya Rasulullah, aku telah binasa dan sengaja membuat bencana”. Nabi bersabda: “Apa yang terjadi”. Orang itu berkata: “Aku menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa”. Rasulullah bersabda, “Adakah anda mempunyai hamba perempuan untuk dimerdekakan? Lelaki itu menjawab: “Tidak punya”. Sabda Nabi lagi: “Adakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut iaitu tidak berbuka sehari pun dalam tempoh dua bulan”, Jawabnya: “Tidak mampu’. Sabda Nabi lagi: “Adakah anda memiliki makanan untuk 60 penduduk miskin,” Jawabnya: “Tidak punya makan sebanyak itu”.

Nabi terdiam, kami semua berdiam diri, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi SAW sekarung kurma. Nabi bersabda: ”Mana lelaki yang bertanya tadi?”. Lelaki itu berkata: “Akulah orang itu”. Sabda Nabi, “Ambil semua kurma ini dan sedekahkan”. Lelaki itu bertanya,” Apakah wajib bersedekah kepada orang yang lebih fakir atau miskin dari diriku? Ya, Rasulullah, Demi Allah, tiada satu keluarga pun yang berada di antara (sempadan) Madinah ini lebih miskin dari keluarga ku. Mendengar itu, Nabi SAW tertawa sehingga jelas nampak beberapa gigi taringnya kerana hairan mendengar keterangan sahabat yang amat miskin itu. Beliau terus bersabda,” Kalau demikian, berikanlah makanan itu kepada keluargamu saja - iaitu anak isteri anda,” 1839 Sahih bukhari.

Kepada yang lebih Arif, sila lah bantu jika ada kesilapan maklumat yang Afiq sampaikan..
Wallahualam..

Tuesday, September 1, 2009

Apa itu RON 97 dan RON 95?

http://3.bp.blogspot.com/_2kSRUR4Z258/SkwJhKmMcnI/AAAAAAAAAck/w9R6Er7VQFQ/s400/ron+95.jpg
Hari ini Afiq memberi lagi info mengenai petrol. Hari ini harga bahan api itu telah dinaikkan sebanyak Rm0.25 dan Rm0.05. Memang membebankan, tetapi apalah daya kita sebagai penguna. Kita hanya boleh ditindas dan menjerit dalam diam. Bermula dari semalam, orang sibuk bertanya mengenai Ron ini. Termasuk lah Afiq yang menanyakan kepada bangla station minyak mengenai hal ini. Tetapi jawapannya mudah, "Sama saja lah abang, dua-dua boleh pakai". Setelah sedikit kajian dibuat, ini lah hasilnya.

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

Kalau dilihat dari sudut pengunaan, RON 95 ini hanya tidak sesuai digunakan oleh kereta yang mempunyai Turbo atau Kuasa yang sangat tinggi. Lain3 jenis termasuk lah kereta Afiq, sesuai mengunakannya tanpa sebarang masalah teknikal.

Jika dilihat dari segi penjimatannya, RON 95 ini jauh lebih murah dari RON 97 yang digunakan sebelum ini. Macam ini lah kita buat perbandingan. Air Cola berjenama Coke dengan air cola berjenama tesco. Dua-dua air cola kan? Cuma rasanya sedikit lain, tetapi dua-dua menghilangkan dahaga. Jadi bila kita biasa minum Cola dari Coke, tiba3 hari ini kita minum Cola dari Tesco, tetap tak memberi apa-apa kesan. Betul tak?

Ok, mari kita lihat kenderaan jenis apa yang sesuai mengunakan minyak dari RON3 ini.

[untitled.bmp]

Korang rasa3 lah, menteri-menteri kita pakai minyak gred yang mana?