Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Thursday, June 25, 2009

Awan Hitam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghdkC7mZAsCnYLnjBKKHN5Qy9xEq5NxG7b7HsB3LpF5Utrss-eDdgK31hzNzmSmcte4S34Ziod-3n144RToo4DZoQttRewC9-HOrDSfNaWrSdM6amqgRoW4e8yMKxtoSN_VX1nGU1ou8o/s320/awan.jpg

Suasana terang menjadi kelam

awan hitam itu menjadi penghalang

sedikit sahaja ada cahaya

awan hitam itu beri kegelapan


Dia baru saja bergembira,

damai mencari ketenangan

suasana terang itu telah kelam

awan hitam itu menganggunya


Cahaya itu ada lagi sinarnya

samar masih kelihatan dia

disatu sudut itu merenung jauh

masa terus berlalu selalu


Oh,

awan hitam jgn kau lalu

ketika hari masih belum malam

jangan diganggu suasana tenang

biar sinar menerangi bahagia


Hari makin terang, hari makin siang,

kelam malam telah berlalu,

bahagia telah kelihatan

awan hitam jangan kau bawa malang


Siang,awan hitam itu sekejap berlalu

tidak mengangu sinar mu wahai terang

bercahayalah menerangi dunia ini

jangan hujan kerana ketakutan.


Yang kelam, Yang hitam

jangan diganggu sinar dia

biar siang terus bercahaya

jangan hilang dalam awan hitam

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya