Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, June 24, 2009

Mencari kesedarhanaan Hidup

http://4.bp.blogspot.com/_UskzPwBZnZo/SP_cVpm8M5I/AAAAAAAAARM/fAFWEPRUM9s/s400/Basikal+Tokbah.jpg
Kita mungkin dikekelinggi dengan wang ringgit dan harta, rezeki mendapat ibu bapa yang mewah. Kita tak pernah susah atau pun lapar untuk mencari sesuap nasi. Kita juga tidak dihimpin dengan kemiskinan yang melampau. Jadi bersyukurlah kita kepada Tuhan yang memberi rezeki. Tapi nasib semua manusia tidak sama.

Ya, aku sebenarnya bukan lah gologan yang kaya dan banyak harta. Jangan lah hanya memandang kebendaan yang hanya dilihat di depan mata. Aku juga biasa untuk makan di warung-warung jalanan. Aku juga mengenakan pakaian lelongan. Aku biasa seperti kebanyakan orang lain. Tidak ada istimewanya aku kerana aku bukan lah anak menteri atau pun pembesar.

Seperti kebiasaan, aku memang tidak pandai bergaya. Mungkin juga aku dipandang selekeh. Tapi itu aku, aku lebih selesa seperti kebanyakan. Kalau melihat aku dijalanan dengan menyarungkan jeket lusuh dan bermotosikal, jangan lah jelik dan pelik. Itu jiwa aku.

Aku juga tiada rupa yang boleh digahkan. Apatah lagi untuk menjadi pujaan. Mungkin aku tidak layak untuk menjadi MR RIGHT bagi sesetengah orang. Siapalah aku, bukan setampan Yusof untuk mencari secantik Balqis. Jadi lebih baik aku menyepi. Jadi kalau ada yang mempersoalankan aku perlu mencari pasangan, mungkin pendapat itu perlu difikirkan balik.

Aku juga bukan selebriti untuk di puja atau dibangga. Tiada orang yang kenal aku siapa kalau aku lalu dimana2. Walaupun aku kelihatan dihadapan mungkin tiada siapa yang perasan, aku penulis Blog ini. Aku tidak popular.

Kalau lah ada yang menaruh hati kepada aku, cuba fikirkan balik. Apa yang ada pada aku? Seorang insan yang sangat kerdil, tiada harta dan bukan pandai bergaya. Aku mencari kesedarhanaan dalam hidup ini. Jelas, aku memang tiada apa.

Kalau ingin berpegang pada janji aku, mungkin tak akan dikotakan. Maklumlah aku manusia biasa yang sering dalam kealpaan. Apa lah ada pada mainan bibir aku ini, langsung tidak menjaminkan.

Jadi bila aku rasa ini semua, aku kadang-kadang takut untuk meluahkan sesuatu dari hati. Apalah yang menjadi jaminan untuk aku memiliki sesuatu? Aku insan biasa yang tiada apa. Menemani aku hanya jiwa dan Tuhan Yang Mencipta.



Ini bukan lah modal untuk aku mencari simpati, Tetapi inilah aku yang benar2 asli.

2 Komen Pembaca:

Ai Adachi said...

Dgr lagu nie terigt kwn lama
Mse kt sekolh teknik
Mse lin prep ptg kdg2 tertdo atas meja
Die memekak menyanyi lagu nie
Klo kumpul sume lagu yang die nyanyi dlm 1 mgu
boleh dpt 1 album
Wahh..

IceLemonTea said...

Ape tah komen lari tajuk
Sengal tol Cik Ai Adachi nie

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya