Blog Widget by LinkWithin

Sunday, June 21, 2009

Bowling 20 Jun 2009

Alhamdulillah perjumpaan Blog Permata-merah yang pertama di Ampang Bowl Mahkota Parade Melaka semalam berjaya juga akhirnya walaupun hanya disertai oleh 12 orang. Terima kasih kepada yang hadir dan memberi sokongan.

Tentang perlawanan bowling pula sebenar ia adalah satu acara sampingan saja, yang penting semangat setiakawan dan perjumpaan ini adalah yang diutamakan. Jadi keputusannya ialah semua menjadi juara, walaupun semua target hanya ke longkang.

Kalau ditanya kepada saya, kenapa point sedikit? " Sayakan penganjur, kalau point saya banyak nanti ada yang kata saya tak adil. Yang penting kita happy betul tak?".
Yang ini antara yang hadir. Dari belakang Aziezan. Baris ketiga dari kiri Yong Hakimi, Akmal, Afiq, Wak, Abg Yong Khamidi. Berdiri baris kedua Wanie @ Tasya? entah confius namanya, Kak Ana, Cik Yan, dan Yong Hafizi. Paling hadapan ialah baby Anis. Tidak termasuk dalam gambar ialah En Cameramen, Ruzaini dan pembantunya Luqman.

Ni orang kuat, wak, pembantu cameramen dan cameramen kita!

Cikgu dan anak muridnya? Asal ajar main bowling??


Yang pakai baju ada tulis e2! tu encik smile dengan cik tasya or wanie, eh mana satu nama ni? Korang nak ambil gambar berdua kan? kan kan kan??

Ni Cik singles dan mr single k.. Cik ni menjuarai gaya pemain terbaik..Yeah..

Releks lah bro..kalau kalah pun jangan sampai terduduk..

Steady abang ni..Kecewa makwe tak datang eh?

Giler macho.. Gaya apa kau buat?

Team juara ke ni? ahak..

Alamak, cik singles..Jangan nangis eh..bukan salah kamu, salah longkang dan bola itu!

Tangkap, jangan tak tangkap!

Abang long, abang ngah, kak ngah semua ada..uit..satu family eh?

Snap point? banyak sangat ke? huhu..

huhu..ni apa dah jadi?

Gambar ni telah dirompak dari profile Facebook Cik singles..cute kan pic ni..

Saya bagi pihak Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir. Harap lepas ni lebih ramai yang akan turut serta memeriahkan aktiviti seperti ini. Maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau kekurangan dalam penganjuran kali ini.

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya