Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 8, 2009

Adab sebelum, semasa & selepas mengorek hidung

http://khaleef.files.wordpress.com/2008/04/gambar_aneh15.jpg
1) Cuci tangan sebelum mengorek, ini mengelakkan daripada kuman memasuki rongga hidung anda.

2) Mengorek ditempat yang tertutup, agak keterlaluan jika anda melakukan nya di tempat awam contohnya di dalam LRT.

3) Pilih jari yang paling kecil kerana tidaklah anda sakit atau terlalu mengembangkan hidung anda. Cuba bayangkan kalau anda mengorek mengunakan ibu jari. Pasti sakit kan.

4) Baca Bismillahirahmanirahim dahulu sebelum mengorek, kerana mengorek juga dikira sebagai ibadah.

5) Mulakan dengan lubang di kanan. Sunnah Nabi memulakan perkara yang baik dengan kanan dahulu.

6) Lakukan dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu gopoh dan mungkin menyebabkan pendarahan berlaku. Ambil masa dan rasai kenikmatannya.

7) Jangan bercakap akau ketawa semasa mengorek. Jika anda bercakap atau ketawa mungkin menyebabkan anda tersedak.

8) Tidak perlu melihat hasil anda tu berapa besar. Melihat najis boleh menyebabkan anda mudah lupa.

9) Buang hasil anda itu ditempat yang betul. Jangan tampalkan nya di bawah meja atau menjentikkan nya. Seeloknya cuci atau membungkuskan mengunakan tisu.

10) Selepas mengorek, cuci lah tangan mengunakan sabun untuk mengelakkan daripada virus anda tersebar.

11) Yang terakhir, ucapkan lah Alhamdulillah kerana selesai melakukan ibadah membersihkan diri. Kalau boleh baca lah doa mohon Tubuh badan anda sentiasa sihat.

Entri ini adalah selepas kajian dan soal selidik selama 3 hari. Terima kasih kepada semua respondent.

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya