Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 22, 2009

Masak Asam Pedas Melaka

Amaran
Jangan membaca ketika perut kosong!

Agak mengiurkan bila melihat gambar diatas bukan? Ya, Melaka memang terkenal dengan masakan asam pedas. Sesiapa saja yang datang ke Melaka pasti mencari2 sajian tradisi seperti ini.

Terus terang saya katakan, masakan asam pedas sebenarnya bukan lah lauk favourite saya dahulu. Ternyata darah kelahiran negeri sembilan ini lebih meminati Masak Lemak Cili Api. Tetapi setelah bermaustatin di Melaka lebih kurang 15 tahun, sedikit sebanyak telah mengubah selera saya untuk meminati masakan ini. Uniknya asam pedas melaka adalah kerana keasliannya. Tidak dinafikan ramai yang mengatakan masak asam pedas adalah masakan yang termudah berbanding kari atau masak Lemak. Bezanya asam pedas dimelaka adalah rasanya dan ke'ori'annya.

[asam+pedas1.jpg]

Setelah beberapa kali saya di ajak oleh Cik Singles untuk mencuba asam pedas di Sebuah Restoran di Malim, saya tergerak untuk berkongsi dengan kalian semua. Kunjungan kali pertama terus menambat hati saya, bezanya berbanding kedai lain yang lebih mengutamakan keuntungan daripada selera pengunjung ialah masakan di kedai ini sangat asli tanpa campuran lada hitam atau serbuk cili. Memang sungguh berbeza rasanya.


Ikhlas saya katakan saya memang tertarik dengan rasanya dan bukanlah kerana daya tarikan makan bersama cik Singles semata-mata. Lewat petang tadi adalah kunjungan saya yang ke 5. Menarik bukan daya tarikan kedai itu? Selain asam pedas, Masakan ala thai, satey, burger dan roti john turut tersedia untuk pengunjung. Disamping berjenis-jenis air serta otak-otak sebagai pencuci mulut.


Bagi yang mahukan kelainan, meja ala-ala jepun di sebelah kolam mungkin menambat hati kamu. Bagi yang mencari suasana damai dan romantik, restoran ini memang sesuai. Sebab itu saya kesana 5 kali dalam masa kurang 1 bulan.

Lokasinya? Sebelah Flyover Malim (Jejambat Malim) arah dari melaka ke alor gajah. Gambaran jelas restoran ini apabila anda Melihat Papan Tanda RESTORAN CHE WAH. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Manager restoran Izhar 017-6284816. Untuk pengetahuan kalian, Masak Asam di Melaka tidak semua sama rasanya, berbeza mengikut mutu dan cara masakan.

Di Syorkan oleh Blog Permata-Merah sebagai
Restoran Asam Pedas ***** bintang di Melaka!
ini bukan iklan tapi ini makluman kepada semua ya..

Penulis telah mengalami sintom2 kelaparan setelah selesai menulis catatan ini. Arrghh!

5 Komen Pembaca:

Ai Adachi said...

pe kate try asam pedas kt pasar borong
then bru review balik psl asam pedas nie

Afiq Danial said...

saya dah 15 tahun kat melaka. pasar borong tu dah byk kali rasa. ter masuk hajah mona, pokok besar, kota laksmana dan asam pedas power. Yg ni paling best!

Ai Adachi said...

ntah la tue ape yg lin dgr la
mulut nie dh xley terima asam pedas!
weeee!

Mustaffa said...

sedapnyer asam pedas... aku tengah lapar ni!!!

Anonymous said...

http://www.cintarasa.com/cintarasa/2010/02/22/asam-pedas-melaka-part-2

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya