Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Tuesday, August 3, 2010

Adik Ku..

100_2022

+ Adik ku..
+ Bila kau sudah maju ke hadapan
+ Sesekali tolehlah ke belakang
+ Agar tidak kau lupa
+ Bagaimana susahnya menjadi
+ Seorang manusia berguna


+ Adik ku..
+ Bila kau berjaya ke kemuncak langit
+ Sesekali pandanglah rumput di bumi
+ Agar tidak kau lupa
+ Tanah tempat asalmu


+ Adik ku..
+ Bila kau sudah mencapai segalanya
+ Janganlah kau mendabik dada
+ Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
+ Dalam sekelip mata kau akan menjadi
+ Seorang yang meminta-minta


+ Adik ku..
+ Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
+ Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
+ Jangan sekali-kali kau lupa
+ Bahawa semua itu hanya sementara


+ Adik ku..
+ Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
+ Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
+ Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
+ Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa


+ Adik ku..
+ Hanya itu nasihat dari ku
+ Buat bekalan di hari depanmu
+ Doaku sentiasa mengiringimu
+ Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
+ Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

 

Adik ku, belajar lah bukan sekadar untuk berjaya dan kaya, tetapi belajar lah untuk menjadi seorang manusia, Manusia Yang Berjaya!

Kami, Cikgu Afiq & Cikgu Akmal mendoakan semoga kalian sentiasa diberkati, berjaya dalam UPSR, PMR dan SPM, sihat sejahtera dan menjadi manusia yang berguna dan berjaya! Kalian sentiasa disanubari dan di ingati.

 

Yang ikhlas,

Mohamad Afiq Bin Abu Bakar (017-7941003) dan Akmal Bin A.Karim (013-6913493)

1 Ogos 2010

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya