Blog Widget by LinkWithin

Friday, February 25, 2011

Hakikat Cinta Afiq & Yann

Hakikat cinta ini ditujukan kepada pembaca-pembaca yang di hormati, dengan berbesar hatinya saya menjemput kalian ke majlis Perkahwinan saya bersama pasangan pada 26 & 27 Feb 2011.  Rintitan kisah ini bermula …….

page1

 

page2

 

Setahun yang lalu, saat Afiq keseorangan telah hadirnya seorang kawan dan teman. Dia lah teman ym, facebook dan kadang kala teman untuk keluar makan. Pertemuan dengan nya tidak dirancang, bermula dengan chat di facebook. Memanglah nama nya tidak asing bagi Afiq kerana kami telah berkenalan sejak tahun 2002. Sebetulnya kami bersekolah menengah yang sama di SMK Teknik Bukit Piatu. Semasa diploma pula, kami adalah rakan sekelas.

Semasa tempoh itu, Afiq tidak pernah mengenali dia secara dekat. Mungkin hanya bertegur sapa sekadar rakan kelas. Apatah lagi jatuh cinta. Sehinggakan nombor telefon bimbitnya pun Afiq tiada. Mungkin sebab dia dikalangan pelajar yang skema dan Afiq pula dikalangan pelajar yang koma.

Hanya selepas tamat belajar, nak dijadikan cerita dia add Afiq di facebook dan Afiq pun mula chat dengan nya. Masa tu friend list Afiq memang tak ramai. So bila on je nama nya keluar dulu. Lama kelamaan, kami rapat sebagai kawan. Dari bertanyakan nombor telefon hingga lah kami berjumpa.

Pertemuan pertama kami pergi menonton wayang. Mula-mula dia sms mengatakan mahu menonton dan sempontan Afiq mengajaknya. Tak sangka pula dia setuju. Petang itu kami pertama kali jumpa, Tak sempat pun nak pergi makan, lepas nonton terus pulang. Hari demi hari, kami sentiasa berhubung, sampai lah tangal 25hb Ogos 2009, Afiq mula menyuarakan rasa hati ini. Afiq mula sukakan nya. Afiq mula sayang kan nya. Afiq mula merinduinya. Sungguh Afiq tak sangka, dia pun bergitu.

Satu post Afiq keluarkan pada 26hb Ogos 2009..

Ikhlas aku mencintai Mu..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku.". Suatu masa dulu, aku juga pernah melaungkan rasa benci pada cinta sehinggakan aku mengatakan yang Aku Tidak Percaya Lagi pada Cinta. Pada aku, cinta itu maksudnya Setia. Namun, manusia tidak mungkin akan setia kerana manusia tidak kekal abadi. Tekat aku mengagungkan kata walau picisan perasaan sepi menghimpit pilu.

Kerana itu, aku merasakan lima tahun dahulu mungkin aku terlalu hina untuk mencari cinta yang akan kekal sampai mati. Mungkin aku terlalu naïf untuk mencari kesempurnaan kasih. Aku juga lupa yang aku hanya punyai satu hati untuk diperjudikan dalam hubungan itu. Kasih yang aku puja tidak kekal lama. Zahir dan Batin aku tersiksa. Biar aku didusta, biar aku merana, aku tetap hidup menghirup udara didunia ini. Banyak lagi perjalanan yang harus aku tempuhi walaupun likunya aku harung seorang diri.

Tetapi semalam, saat aku rasakan kebahagian telah hadir, aku tidak mampu untuk berkata apa. Aku juga tidak mampu untuk memperjudikan kasih ini lagi. Aku telah tiada apa2 yang boleh dibanggakan. Cuma Hati ini aku serahkan dengan Ikhlas kerana Allah untuk dikasihi dan dicintai. Saat dirimu hadir, Aku juga sukar untuk mencari dimana nilainya aku kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Hari ini, mungkin episod duka aku telah pun berakhir. Saat ini kau hadir bagai sekeping hati yang aku benar-benar cintai. Kasih itu bukan aku cari, tetapi ia hadir bagaikan mimpi. Aku terima kerana ia bagailah satu anugerah yang dikurniakan oleh Ilahi untuk nikmat didunia ini. Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Untuk esok, aku akan membulatkan tekad, kasih ini akan aku darjatkan dirimu menjadi seorang Isteri dan menjadi ibu kepada anak-anak ku. Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku. Dirimu Noorfaizyan, tetap dihati dan disanubari. Akan kekal abadi hingga akhir nanti.

"Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi"


Ikhlas Dari Ku,
Afiq

Terus terang Afiq katakan, Afiq memang senang bersamanya sejak dari mula kami kenal. Dia seorang sangat bermakna bagi Afiq. Sehingga Afiq menyatakan hasrat untuk meminangnya. Pada 25hb Disember 2009, Rombongan meminang datang kerumah kedua ibu bapanya dan tarikh pertunangan ditetapkan pada 30 Januari 2010. Akhir nya sehingga hari ini, satu lagi sejarah cinta tercipta. Antara aku dan dia.

Noorfaizyan, aku kotakan janji ku untuk mengambil mu sebagai isteri, sebagai ibu kepada anak-anak ku, sebagai syurga dihati ku dan sebagai teman hingga ku mati.

Ayuh kita tempuhi ranjau hidup ini bersama! Ingat lah, kebahagiaan ini bukan ketentuan kita, ini Rahmat dari yang Esa! Suatu hari, Dia pasti akan menguji kita, tabah lah kita untuk kekal selamanya. Hidup lah kita susah dan senang bersama. InsyAllah dengan izin yang maha Esa.

Maka 25hb febuari ini, kami akan diijab kabulkan InsyAllah sebagai suami isteri.

Dan setelah post ini maka berakhirlah segala kisah cinta yang dulunya menjiwai beberapa kisah yang pernah ditulis oleh Afiq didalam nya. Semua nya telah berakhir setelah Afiq diijab kabul kan. Tiada lagi ucapan cinta untuk sang dara, si gadis jelita, mahu pun si mak janda..

Walaupun perit, namun kalian terima lah hakikat bahawasanya, Afiq telah berpunya. Afiq pinta doa dari kalian, semoga kami kekal hingga ke anak cuci..Amin..

Jangan lupa ke majlis Afiq…Pasti kan korang apply cuti ok..Sekian..

1 Komen Pembaca:

Seri said...

kalau dah jodoh tak ke mana. rupanya berada di depan mata. selamat pengantin baru

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya