Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, July 31, 2009

Siapa Yasmin Ahmad?

http://www.klue.com.my/assets/0001/4762/yasmin_std.jpg
Belum satu minggu lagi Arwah meningal dunia, tetapi terlalu banyak gosip mengenainya. Afiq juga ditalakan dengan pelbagai2 soalan oleh rakan2 mengenai Arwah Yasmin. Sana sini orang bercerita mengenainya. Jadi hari ini Afiq telahpun membuat sedikit kajian dengan mengoogle web2 dan blog2 mengenai desas desus yang mengatakan Arwah Yasmin ini sebenarnya lelaki. Benar atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu.

Sebenarnya telah lama berita mengenai Arwah Yasmin ini tersebar, mulanya dikatakan khunsa. Iaitu mempunyai kedua jantina lelaki dan perempuan. Bagaimana rupanya mungkin tidak dapat kita bayangkan. Itu kuasa Allah SWT. Sebenarnya memang ada dan banyak terjadi kejadian seperti ini. Cuma kita saja yang tidak tahu. Mengikut statistik, khunsa berlaku kira2 1 dalam 1000. Jadi kalau benar, Penduduk Malaysia ada 24Juta, maknanya khunsa diMalaysia sahaja ada 2400 orang. Mungkin kah termasuk Arwah Yasmin?
Arwah Yasmin juga dikatakan Zulkifli Ahmad seperti dalam Akhbar Kosmo 27hb Julai 2009. Dalam akhbar itu juga menyebut dia merupakan naib juara Bintang RTM 1975 dan merupakan pemain bola di Sekolah Menengah St David Bukit Baru Melaka. Turut dilampirkan temubual bersama rakan sekolah Arwah Yasmin dahulu. Ok, cuba buat perbandingan dengan biodatanya.
PROFIL
Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit: 2005 Raining Amber

ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM '75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN
Artikel: 2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga:
Bapa - Ahmad Hashim
Ibu - Inom Yon

Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;

2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia... Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie's)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

BLOG RASMI YASMIN AHMAD

http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/

sumber: mstar Online
Tengok pada Pencapaian Lain. Arwah Yasmin merupakan naib juara Bintang RTM 1975? Bagaimana boleh sama dengan Zulkifli Ahmad? Tetapi dalam profilenya tidak dinyatakan sekolah menengah dimana. Cuma lahirnya di Muar.

Afiq juga terbaca dalam satu blog yang menulis tentang satu rancangan BUAL BICARA yang di hoskan oleh Rosyam Nor. Ketika menemu ramah seorang Pondan.
Aku mula mendapat tahu hal ini pada ketika rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh saudara Rosyam Nor dan menampilkan tetamu pada ketika itu seorang yang berimej pondan/maknyah..seingat aku soalan yang diajukan hos ketika itu "siapa(dikalangan pondan/maknyah) yang mendapat tempat dikalangan masyarakat ketika ini?"...dijawabnya secara sepintas lalu..."Yasmin Ahmad"...dan terus dipintas oleh saudara hos...mungkin tidak mahu ia dibicara dan dibahas...
link : DISINI
Dan yang paling ketara apabila semua station TV dan Akhbar2 menyatakan ALLAHYARHAM YASMIN. Korang perasan? Sepatutnya jika seorang wanita meningal dunia, disebut ALLAHYARHAMAH.

Jadi sejauh mana kebenarannya, Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Siapa pun Yasmin Ahmad, dia tetap seagama dengan Afiq. Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau di Hari Jumaat ini. Afiq pun xnak komen lebih2, Nanti Marina Mahadhir saman Afiq. Afiq orang susah, Afiq cuma tulis apa yang telah tertulis. Kepada semua, Afiq mohon maaf jika ada tersalah bicara mengenainya.
Wallahualam..

Thursday, July 30, 2009

Afiq akan fobia bila



Dapat makwe seganas ini..

Korang macam mana? Sangup tak?

Kalau anda wanita ganas, sila buat pengakuan




Afiq juga akan terfobia bila

mendengar kes suami dipukul isteri

Kepada yang memukul dan dipukul

Sila buat pengakuan!

Tuesday, July 28, 2009

Mistik atau misteri?

Afiq sebenarnya suka beli barang secara online, sebabnya tak semua barang yang dijual di kedai area rumah kita mengikut kemahuan. Pilihan juga terhad. So kalau shopping online ni boleh buat perbandingan dengan beribu barang. Kaki tak penat berjalan cuma perlu melihat dan berfikir saja.

Masa Afiq tengah search2 barang kat Lelong.com.my tadi, terjumpa lah satu barang yang sangat pelik ini. Jenglot Asli dengan harga bidaan Rm1000. Sangat pelik kan? bagi yang masih tak tahu apa itu Jenglot, Sila lah baca apa yang Afiq baca ni.

JENGLOT KERING BATARA KARANG
Penerangan ringkas dari carian kami

Jenglot,biasanya juga di sebut batara karang. Menurut cerita yang ada, jenglot pada masa ribuan tahun lalu adalah manusia yang tengah mempelajari ilmu Bethara Karang. Ilmu Bethara Karang diyakini sebagai ilmu keabadian. Artinya, setiap orang yang memiliki ilmu tersebut akan hidup abadi di dunia.

Namun, akibat kutukan, jasad jenglot tidak diterima di dunia sedangkan rohnya tidak diterima di akherat. Perawakannya kecil dengan tubuh tak lebih dari 12 cm dan rambutnya yang panjang, jarang dan kaku melewati kaki. Makhluk itu dinamakan jenglot. Kabarnya, jenglot itu bukan benda mati.

Konon ia hidup, namun tak ada yang pernah tahu kapan bergerak.Konon pula bisa membantu mengamankan pemiliknya dari segala macam bahaya. Tapi lebih baik percaya dan tawakallah kepada ALLAH SWT...


Entah lah, susah nak tafsirkan kebenarannya. Yang kita tahu, syaitan dan jin memang wujud cuma kita tidak boleh melihatnya. Dan jangan sesekali kita pesongkan Akidah dengan percaya ada kuasa yang boleh membantu kita selain Allah SWT. Syirik dan boleh Murtad tu.

Ada lagi cerita pasal Jenglot ni, video pulak. So korang tengok dan fikirkan lah sendiri eh.



...Dalam tayangan ini tampak jelas salah satu Jenglot (berkain putih) milik Thabib Mohammad Dwi ber-gerak2 setelah mulut Jenglot tsb di-tetesi darah yg keluar dari jari telunjuk Pak Dwi yg tertusuk taring Jenglot lainnya.


Agak-agak korang, Jenglot ni leh tolong carikan Makwe tak?

Jari oh Jari

Dah 2 hari blog ini sepi tanpa entri yang barukan.Mesti ramai yang tertanya2 kan kenapa? Dan ramai juga yang merindui Afiq kan?


Oklah sebenarnya ada beberapa perkara yg menghalang Afiq meng`update blog. Hari Ahad hari tu Afiq penat baru balik dari kampung sebab ada kenduri. Masa kenduri hari tu juga Afiq sibuk lah mencuci pingan dengan periuk2. Rewang lah katakan,bukan pakai katering. Masa sibuk2 mencuci, Afiq terlupa yang tangan Afiq luka masa jatuh motor hari tu. Tapi sikit je, xde lah sampai perlu dijahit atau diganti baru. So teruskan bekerja seperti biasa.


Tapi Ahad petang tu,jari ni dah mula sakit. Mencucuk2 dan dah mula membengkak. Rasanya sebab kena sabun banyak sangat kot. Terus lah cari klinik surgeri, dari telok mas sampai ke Bandar, tak jumpa klinik yang buka.Maklumlah hari Ahad. Last2 jumpa satu klinik kat bukit baru, Klinik Al Azim. Lepas daftar nama tungu lah dengan penuh debaran.


Afiq, sila masuk pintu 2. Huhu, nasib doktor cantik. Dia terus raba2 tangan Afiq dan tanya kenapa. So ceritakan lah kepada dia. Ingatkan dia yang rawat, rupanya nurse yang gemuk serta sangat kejam.


Mula nurse tu kata, kalau sakit cakap eh. Lantas dengan rakus dia tonyoh tangan Afiq dgn kapas, gunting dan pisau. Dia cuci luka tu.. SANGAT SAKIT! Jeritan ku tak sampai ditekak,tersekat meronta2. Sampaikan meleleh air mata ni walaupun xde benda yang sedih. Lebih kurang 15 minit Afiq merana. Habis je dia balut, Afiq terus mengigil tahan sakit.


Balik terus makan ubat tahan sakit dgn ubat bengkak. 3 kali sehari dia tulis. Lepas telan, terus Afiq tido. Tak sempat2 nak buka Laptop, sangat sakit.

Begitulah penderitaan Afiq selama dua hari ni. Ketika entri ini ditulis, Jari Afiq masih lagi berbalut. Tapi dah kurang sakit, harap2 besok tangan ni berfungsi dengan sempurna untuk makan. Kalau tak terpaksa suruh orang suapkan.ahak..


So Minta Afiq nak minta maaf lah kepada semua pembaca. Bukan sengaja taknak tulis entri baru, tapi keadaan tak mengizinkan. Lepas ni Afiq akan menulis semula dengan berbagai cerita untuk korang selepas menjalani hari yang panjang. Harap Maklum..

Sunday, July 26, 2009

Perhatian!

http://tell.fll.purdue.edu/JapanProj/FLClipart/Medical/rest.gif
Pagi-pagi lepas Subuh sabtu, Afiq dah mengelupur bangun.Nak bertolak dari melaka ke Kuala Pilah, ambil cousin di UITM.Kes kolej tutup pasal H1N1. Lepas tu terus ke segamat. Balik kampung coz ada kenduri. Rewang kenduri sampai lepas Isyak. Lepas kenduri pula basuh pingan dengan periuk, sampai tgh malam. Kol 12.30 pagi terus balik ke melaka. Sampai je dah kol 1.40 pagi.


Badan ini sgt lah letih, otak dah macam taknak berfungsi. Idea sudah sesat dijalan buntu.. Korang, Afiq nak rehat eh hari ni, bolehkan? Nak berguling-guling dan menghempaskan diri diatas katil.. Afiq sedang mencari-cari mimpi.. Biar sampai meleleh air liur basi membasahi bantal, peduli ape! Afiq tetap tetap tetap tetap lena di Katil sakti. Afiq dah macam sleping beauty tau..sangat seronok!


Oleh itu, siaran hari ini DITUNDA! Sekian..

Friday, July 24, 2009

Formula Cinta


Adakah formula ini boleh diguna pakai? Masuk dalam addmate SPM tak?

ok..Afiq nak ubah skit supaya formula ini dapat digunakan dengan lebih tepat!

*********************************************
1) women = time + (women - money)
women = time + (-women) + (-money)
women - time = (-women) + (-money)
women - time = women - money
time = money
So kalau xnak duit keluar banyak, jangan banyak masa bersama perempuan.

*********************************************
2) women = money²
women² = money
So kalau banyak perempuan, banyak lah duitnya..kan3?

*********************************************
3) women = problem²
women = problem x problem
women ÷ problem = problem
wo x men ÷ problem = problem
men + problem = women - problem
men = women
So laki dan perempuan sama saja masalahnya.

Malam ini Afiq menyambut Hari Jadi kali kedua Akmal dan kembarnya Din. Hari tu sambut di pejabat, hari ni sambut bersama teman2 pula. So sweet mereka berdua ni. Kepada yang tak dapat hadir tu sangat rugi tau. Tapi xpe, nanti Hari Jadi Afiq jgn bagi alasan lagi eh. Akan daku kerat kepala mu kalau tak datang..Ahak..

Semoga korang berdua dimurahkan Rezeki Dan Panjang Umur..

Kek sangat sedap! Siap ada oreo lagi tu..

Bila Diburu Kenangan


Untuk makluman semua, Afiq telah delete acc Friendster tadi. Maaflah pada kawan2 lama yang mengenali Afiq. Pada Afiq acc FS itu tidak lagi diperlukan. Dan terlalu banyak kenangan yang perlu dipadamkan. Cukup lah sekarang dengan Facebook. Kawan2 baru dan dunia yang baru..

Untuk pengetahuan korang, ingatan Afiq mungkin dah hilang untuk mengenangkan kisah silam. Sampaikan kadang2 Afiq terlupa yang dulu pernah menyayangi seseorang setulus hati. Yang Afiq tahu sekarang adalah masa hadapan. Dan Afiq macam dah jadi orang baru, tak sama seperti 5 tahun dahulu. Masa itu telah mencorakkan perubahan dalam hidup ini.

Sampai bila kan nak dihantui dengan kenangan masa2 dulu kan? Apa yang Afiq pelajari dari masa lampau, "sayangi insan yang kita sayang perlu ada batas dan hadnya". Sayangi lah orang yang kita sayang dengan berpada2. Jangan kerana terlalu sayang dan menjaga kepentingan orang lain, diri sendiri terabai. Lebihkan setia dari cinta. Kalau seimbang lagi bagus.

Memang Afiq pernah dilukai dulu, tapi tak bermakna Afiq tidak boleh menerima kehadiran orang baru. Afiq pun ingin mencari kebahagian dan kasih sayang dari seorang perempuan. Afiq pun mahu mencintai dan dicintai. Tapi biarlah bidadari itu datang betul3 kerana keikhlasannya. Tak perlu Afiq taburkan janji atau segala2nya untuk merebut cinta. Biar cinta itu datang dengan ketentuan Ilahi..

Mungkin kah hati Afiq berbunga kembali?

Untuk apa kita bertemu..
Jika hanya penuh derita ..
Kepedihan dihatiku..
mendayukan bicara asmara..
Kering layu bagai daunan..
Yang menitih sekilas usia..

Terkuncilah mimpi bertahun ..
Dalam suram malam gelita..
Menantikan embun pagi
Menitiskan wangian kasturi..
Keluhuran benih cinta..
Merantai ingatan..
Kenangan masa silam..

Dirimu diriku..
Pernah bernama kekasih..
Apa mungkin kau dan aku..
Melayarkan bahtera impian..
Walau pernah kehilangan..
Tanda cinta pedoman setia..

Bicaramu sentuhanmu kasih..
Menghangatkan kenangan..
Namun hati yang terluka ini..
Mengunci perasan hati..
Untuk aku bercinta lagi denganmu..

Apa mungkin kau dan aku..
Melayarkan bahtera impian..
Walau pernah kehilangan..
Tanda cinta pedoman setia..

Bicaramu sentuhanmu kasih..
Mengenangkan dan kenangan..
Namun hati yang terluka ini..
Mengunci perasan hati..
Untuk aku bercinta lagi denganmu..

Thursday, July 23, 2009

Email dan Suami

http://www.ruf.rice.edu/~evolve/images/emailIcon.png

seorang lelaki telah menginap disebuah hotel di KL. terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar email kepada isterinya.


Malangnya,dia telah tersilap taip alamat email isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia terus menghantar email tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dari majlis pengebumian suaminya.


Janda tersebut mengambil keputusan untuk mengemak emailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman2 nya. Selepas membaca email pertama itu si janda tersebut pun pengsan.


Anak lelaki jandi tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang dilantai dan dia pun membaca mesej didalam skrin komputer.


To : Isteri kesayangan Ku


Date : 19 Julai 2009


Subjek : Abang telah selamat sampai


Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer disini pada ketika ini dan kita boleh menghantar email kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman disini. Abang lihat semuanya telah disediakan disini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa dengan mu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu kesini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Tuesday, July 21, 2009

Pujangga Si Biru

Tubuh sasa kini layu,
memandang jauh disana,
katanya juga telah kelu,
bila hati terduga

Si Biru,
menjerit tak bersuara,
berkata tak didengar,
merintih tak dihirau,
menangis ia sepi.

Si Biru,
mencari sinar bahagia
mencari senyum gembira
mencari hidup sempurna
mencari cinta setia

Bila mencari malam,
Datang pula siang,
Bila saat hitam,
Datang pula terang.

Biru, carilah Sang Merah,
Disitu ada sakti,
Biarlah sampai berdarah,
Mencari jawapan pasti.

Si Biru dan Si Merah,
Sama-sama mencari,
Si Biru dan Si Merah,
Semoga mereka akan abadi.

***************************************************
Dikesempatan ini juga Afiq nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada sahabat, Akmal dan Kembarnya Din. Taniah umur berdua kamu telah meningkat kepada 22tahun. Tak sangka eh, kamu sudah lebih tua dari Afiq..ahak.. Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki..Amin..

Kepada yang berpuasa, Anda tidak digalakkan merenung
Gambar ini..Sekian..

Sesuci hati ini

Semua manusia tiada apa2 didunia ini. Yang zahir didepan mata itu cuma lah pinjaman sementara dari Tuhan. Harta dunia, kekeyaan, kecantikan, kesihatan dan nyawa semuanya tidak akan kekal. Tapi Tuhan itu maha adil. Dia berikan satu benda sangat2 berharga menjadi mutlak hak kita. Iaitu hati. Hati yang mengawal segala kelakuan kita didunia ini. Sama ada hati menyuruh melakukan kebaikan atau keburukan. Maka dengan itu, adillah Tuhan menjadikan Syurga dan Neraka mengikut amalan yang digerakkan melalui hati.


Sebab itulah kalau dibandingkan, manusia ini punyai sifat dan kelakuan yang berbeza. Kepercayaan juga berbeza. Kerana hati manusia lain2 dan hak mutlak masing2. Ada yang hatinya batu, hatinya kotor dengan kedengkian, hati kental dan buah hati.

Semua tingkah laku dan sifat peribadi korang lahirnya dari hati. Dan cinta juga lahirnya dari hati. Kalau hatinya setia, cinta nya juga setia. Tetapi kalau hati kamu plastik, cinta kamu juga plastik.


Kenapa perlu ada yang menderita kerana cinta? Kan setiap manusia diberikan hati masih2. Hak korang untuk terus jatuh hati. Walau pun pernah disakiti. Jangan sesekali musnahkan hati kerana bila hati telah musnah, maka diri juga akan musnah. Ingat, segalanya bermula dari hati.


Hati juga selalu digangu oleh syaitan, sebab tu kita tengok ada yang sentiasa melakukan kemungkaran. Tidak setia pada Cinta, sebab hatinya menjadi sarang Hantu2 Syaitan ini. Jadi bersihkan lah hati korang dengan ayat2 Al-Quran dan amalan kepada Tuhan.


Cerita pasal hati ni, Afiq juga ada hati. Walaupun hati Afiq pernah dilukakan dengan cinta seseorang dulu. Sekarang luka itu telah menjadi parut. Parut itu juga lama2 akan hilang dengan terapi cinta kehidupan baru. Hati Afiq tidak pernah musnah, juga tidak pernah hilang. Sebab tu Afiq masih lagi waras menjalani kehidupan sebagai seorang Insan.


Kepada yang inginkan cinta Afiq, terus terang Afiq katakan. Afiq tiada apa2 didunia ini. Yang dilihat didepan mata ini cuma pinjaman semata2. Bila2 boleh ditarik balik oleh Tuhan. Afiq tiada kecantikan dan kekayaan. Yang Afiq ada cuma hati. Dan hati ini lah yang akan menjadi janji kepada Cintanya. Hati juga lah yang Afiq boleh serahkan kerana ia satu2nya milik Afiq.


Tak kesah lah warna hati korang pink ke,hijau ke, hitam ke, merah ke, yang pasti hati kita tidak mungkin sama. Hargai lah apa yang dimiliki ini,jaga kelakuan,jaga hati sendiri dan jaga juga hati orang lain. Jangan disakiti hati nya dan jangan juga disakiti hati Afiq.

Hati hanya ada satu untuk cinta yang satu!

Sunday, July 19, 2009

DS Anwar Ibrahim di Ayer Molek Melaka

Hari ini saya telah ke majlis Minum Petang bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Ayer Molek Melaka. Alhamdulillah selepas saja tamat kelas, saya bergegas ke sana. Sampai lebih kurang jam 5.30 petang. Majlis dimulakan dengan jamuan makan. Teralas juga perut dengan Nasi impit, Kuih3, Mee hoon dan Rendang Ayam. Sangat sedap tau..Terima kasih kepada yang masak.

Selepas itu majlis ceramah dimulakan dengan pemimpin3 barisan hadapan Pakatan Rakyat. Sehingga lah jam 6.30 petang dengan ketibaan DSAI.

Amanat beliau yang serba ringkas itu mengamitkan suasana hangat para hadirin. Saya kira ramai yang mengetahui betapa pentingnya perjuangan mencari Keadilan Rakyat dan Politik yang bersih. Melalui acara seperti ini lah kita mungkin dapat mengubah haluan penduduk yang masih lagi kelam dalam membuat pilihan.


Ketibaan DSAI, walaupun dengan keuzuran, tetapi beliau tetap kuatkan semangat untuk berjuang demi Rakyat. Saya sangat simpati bila melihat beliau dipapah keluar dari kereta. Ya Tuhan ku, kau berikan lah kekuatan kepada beliau untuk menegakkan kebenaran Umat Islam. Panjangkan lah Umur beliau..Amin..

Para hadirin kusyuk mendengar amanat dari DSAI

Akmal dan kembarnya, Din. Orang kuat pemuda Pas melaka ni.

Dataran Reformasi Ranting Air Molek Melaka

Jam 7.30 malam saya bersama3 DSAI berjemaah Solat Magrib di Masjid Ayer Molek.

Jawatan Kuasa Masjid mengadukan masalah karpet Masjid yang sangat usang selepas 11 tahun tidak pernah ditukar. Mana YB kawasan eh? Tak ada bagi sumbangan ke?

Pada pendapat saya, DSAI adalah pemimpin Negara Malaysia. Dia yang mencorakkan permainan Politik Malaysia. Suka atau tidak, pemimpin Umno sering mengikut rentak agenda Pakatan Rakyat. Adakah ini menandakan Politik Malaysia akan berubah bentuk?

Afiq bersama rakan2 sentiasa menantikan dan mencari Malaysia Baru untuk Rakyat!

Hidup Hidup, Hidup Rakyat!
Takbir!

Miss Calon, sila baca ini!

Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.

Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama Afiq menginginkan anda ............... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini.

Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

Saturday, July 18, 2009

Pc Fair Fever


Begitu lah nampaknya, semakin hampir, demamnya semakin dirasai oleh peminat3 Komputer dan Gajet2 terbaru. Termasuk lah Afiq. Saban hari ni Afiq sibuk buat kajian tentang spec dan keluaran terbaru Laptop. Baru rasanya hari tu update tentang Pc Fair ni kan? Bagi yang masih tak tahu jadual dan lokasi boleh tgk semula entri ni http://www.permata-merah.co.cc/2009/07/pikom-pc-fair-ii-2009.html. Untuk Pc Fair kali ni Afiq bercadang nak sambar sebuah Netbook atau Laptop kecil dengan spec sederhana. Saiz screen cuma 10.1' dengan prosesor Atom. Berat pula tak sampai 1kg. Sangat mudah kan bila laptop kecil dan senang dibawa kemana2. Boleh tumpang beg kengkawan lagi tu.

Untuk Afiq, pengunaan laptop tak perlulah spec yang terlalu tinggi. Sbb Afiq hanya guna untuk kerja dan surf internet saja. Selain dari tu untuk mengupdate blog. Software berat2 macam autocad memang tak pernah Afiq guna. Games plak, memang tak pernah nak diinstall. Kalau setakat main game kat facebook boleh lah layan lagi. Tapi kalau nak mengadap CS or Dota, minta maaf lah, memang tak reti. So Afiq rasa prosesor Atom N270 @ N280 adalah bersesuaian sekali. Disamping kecil Atom ini menjimatkan bateri. Boleh lah lepak lama kalau surf di kopitiam kan?

Harga pula berlegar disekitar Rm1500. Tah harga syiling atau lantai Afiq pun tak tahu. Tapi apa yang memeranjatkan, harga untuk laptop3 jatuh menjunam dikala kehangatan Pc Fair ni. Bayangkan harga turun Rm100 tak sampai 1 minggu.


Best kan harga murah? Siap tambah FOC 3 years Warranty lagi tu! Ni lah model yang menjadi pilihan Afiq. Tapi ada juga terfikir model3 lain seperti Dell dan BenQ. Harga lebih kurang jer, mungkin design yang menjadi tarikan kepada model3 tersebut. Dan Afiq juga buntu memikirkan colour ape nak pilih. Kalau warna Pink ok tak?

Kepada pengunjung2 Pc Fair nanti kalau nak beli barang, sila lah beli yang Latest Produk tau. Jangan lah nak beli Pendrive 1G lagi.Alahai, orang dah pakai pendrive 32G tau! Dan nak pesan kepada yang nak membeli belah, sila lah bawa duit cash secukupnya. Jangan sampai sana baru terkial2 nak cari ATM, beratur berjam2 lah korang jawabnya.

Untuk yang berada disekitar Melaka, Afiq akan ke Mahkota Parade pada hari Sabtu jam 6 petang. So boleh lah jumpa disana eh. Kalau korang tak beli paper, mungkin korang leh bantu Afiq bawa beg Shopping yang dijangka tak muat tangan. hahaha..

Latest Produk Price Update
Pc Fair 2009 Promotion

http://www.navotech.com.my/CityXP2.gif

Klik untuk besarkan.
Harga Dijangka akan turun 5%-10% lagi pada Pc Fair nanti.

List Laptop disini

List Hardware disini

Harga berdasarkan kedai tempatan di Melaka. Mungkin harga diatas tak sama seperti di Lowyat. tetapi berbaloilah juga dari plus harga Tol dan Minyak ke lowyat semata-mata nak beli Barang3 yang sama seperti diatas.

Friday, July 17, 2009

Best Friend Win (BFW)

Korang pernah dengar tak BFW? Mungkin, cuma lupa atau tidak tahu dimana. Dalam bahasa melayunya, Kawan Baik Menang. Cuba korang fikirkan sekejap.

Apa sebenar maksudnya? Kawan baik yang menjadi pilihan atau perhatian? Kawan baik mendahului dari semua perhubungan? Kawan baik sangat baik? Kawan baik sentiasa dihati? Tah, Afiq pun kurang jelas sebenarnya. Tapi mengikut yang Afiq faham selepas ditanya kepada sahabat3, BFW tu sebenarnya adalah permulaan satu hubungan dari kawan baik menjadi kepada istimewa. Faham tak?

Memang lah setiap perhubungan itu bermula dari kawan kan? Tak kan tetiba jer leh jadi istimewa or special. Cinta pandang pertama? oh tidak..Afiq sungguh tidak mempercayainya. Untuk jadikan yang teristimewa, mesti lah kita kenal dia dulu. Baik ke dia, siapa dia, brape umur dia, tingal kat mana, kerja apa dan bermacam lagilah yg perlu disoal siasat sebelum menyatakan pilihan. Walaupun korang lihat hari2, tapi kalau tak kenal maka tak cinta kan?ahak..

Entah lah, Afiq pun tak tahu kenapa entri ini ditulis. Sebelum idea ini menjadi kosong, korang dengarkan lah lagu ini. Lagu ini juga merupakan Msg Ringtone terbaru hp Afiq.



Kekasih yang dulu memang takkan pulang ok..Yang baru tu mungkin..
Walaupun Afiq masih lagi single, tapi Afiq masih punyai Hati.
Tp tak tahu lah kalau ada sesiapa yang dah curi.kena simpan baik2 ni..
Who took my heart?

Thursday, July 16, 2009

Alam Siber @ Realiti adakah sama?

Orang slalu cakap yang dari Alam Siber ni semuanya pembohong, hipokrit, dan buaya darat. Huhu..ye ke? Semua cerita diadakan hanya untuk mencari publisiti murahan. Cerita semua nak best, tapi keadaan sebenar hampeh. Ye lah, menulis atau menaip lebih senang dari bercakapkan? Tapi itu kata orang.

Pendapat Afiq pula, tak semua mcam tu. Kalau kita selalu membaca blog2, ramai blogger yang menulis kisah hidup mereka 100% sama macam dalam real life. Biasanya pasal keluarga dan cinta. Ada yang berangapan blog ini adalah diari bagi mereka untuk meluahkan segala isi hati. Dan semua itu semestinya sama dengan kehidupan.

Ada perkara yang mungkin lebih sesuai dikongsi dialam siber. Biasa yang melibatkan peribadi. Mungkin kita lebih senang untuk shout "im in Luv" dalam entri blog dari menjerit pada jiran sebelah rumah. Cuba lah kalau nak di cop gila!

Mungkin keadaan sekarang tak sama dengan 5 tahun dahulu, yang pada masa tu bila sebut internet saja orang ingat MIRC atau chit-chat. Skang ada lagi ke? Dah jarang-jarang kita dengar. Kalau tanya pada budak sekolah pun mungkin diaorang tak tahu. Chat skang dah cangih dengan video cam dan voice conference. Dah ada facebook, tweeter dan sebagainya. Mat2 dan minah siber dah upload gambar diaorang utk kenal lebih jelas. Mana ada lagi intro ASL plzz utk chat(age, sex, location).

Kalau hari ini kita tgk blog2 dah tumbuh macam cendawan. Semua orang sibuk nak cerita kisah masing2. Termasuk lah blog ni kan? Dari pembacaan, kita dapat tahu bagai mana kehidupan orang tu. Dia masuk hospital sakit ke, pergi makan ke, putus cinta ke, semua kita tahu sekelip mata. Yang bagusnya ini lah pertumbuhan media massa baru selain dari Tv dan Radio. Lagi pun skang dah ramai yang celik IT kan? Takkan masih lagi tertipu dengan lanun2 siber.

Hakikatnya, adakah sama dengan yang kita baca dengan yang ada didepan mata? Bagi sesiapa yang pernah kenal Afiq, sila jawab soalan ini. Tapi apa yang Afiq rasa, di bumi yang dipijak nyata ini Afiq tiada bezanya. Sama seperti yang tertulis, sopan, lemah lembut, kaya budi bahasa dan baik. Itu saja kan? sekian.

Bagi yang pernah menipu atau tertipu, Sila lah kongsikan dengan jelas, adakah di alam siber atau di realiti sama?

Wednesday, July 15, 2009

Gempar! Facebook telah mabuk!


Aduhai facebook..bengang pun pulak rasanya bila letak iklan flash ni. Dah lah tak boleh nak klik. Tambah plak dengan iklan arak. Hoi..Aku xnak lah! Tahu lah dia bayar mahal, aku ni pakai free. Tapi jangan lah semakkan iklan sampai aku tak boleh nak klik.

Hari ini kita digemparkan lagi dengan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Manik Urai. Pas menang dengan majoriti 65 undi. Tahniah buat Pas! Besar ke kecil mejoriti, Pakatan tetap menang ok! Ini membuktikan apa? Walau mcm mana pun, teruskan usaha Barisan Nasional. Kalau Bn tambah lagi Rm100k sebagai umpan undi dan Perdana Menteri turun bersama Timbalan menoreh getah hari tu, confirm korang menang. Ahak..

Afiq terbaca satu artikel menarik dari Blog Khai yang terkenal di OhTidak. Pasal Kahwen-kahwen ni..Korang mesti suka kan? Tapi lepas korang baca ni, jangan plak fobia nak kahwen. Tak semua lelaki macam tu tau, lebih3 lagi Afiq yang setia ni.

***************************************************

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.

Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

breast breast… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan abang…

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang… Aliyah sayangkan abang… Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan abang. Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

***************************************************

Sekian..

Tuesday, July 14, 2009

Lupa yang lama bila

1) Ada penganti yang baru

2) Yang lama betul2 telah rosak

3) Yang baru lebih baik

4) Bertukar citarasa

5) leka dengan perkara2 yang lain

6) Dah bosan dengan yang lama

7) Telah hilang ingatan

8) Yang lama hilang atau dirampas

9) Yang lama telah betul2 lama

10) Bila membaca blog ini

Semua ni membuatkan korang lupa pada yang lama, tapi tak semestinya yang lama tu kekasih tau. Yang lama tu juga boleh jadi barang atau baju buruk.
http://farm4.static.flickr.com/3007/2747738909_45592db2f6.jpg?v=0
Tapi korang akan terkenang yang lama bila

1) Masih tak ada penganti yang baru

2) Yang lama masih lagi berguna

3) Yang lama lebih baik

4) Citarasa tetap lama

5) Dah tak tahu apa nak buat

6) Bosan dengan yang baru

7) Yang baru tak sama dengan yang lama

8) Ingatan korang masih kuat

9) Yang lama datang balik

10) Bila terlupa baca blog ini!

Sunday, July 12, 2009

Ada apa dengan Ahad?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWAr1P-XDrmiNEIUAfyPj6T8gfQ1-J6ophsG44en8fJIbZSUBU64w238XHXVysRfIonh8fPK8Q85VdL0zT6hm3-_WEXMSSIl4M7VfP5RS8ORDvLZCAAvUO7h5bwMn70GQ7Mg6OaSfLt7w/s400/img358.jpg
Mesti korang semua seronok tido atau bergolek2 di atas katil ibarat lipas yang terbalik. Lain pula ceritanya kalau yang ada boipren or gulpren, mesti nak gie showoff dan menjerit "wei! Aku ada couple lah!". Kan3? So tak heran lah kalau kat bandar tu penuh sesak dengan manusia dan ditambah dengan kereta, Pesta hari Minggu lah katakan.

Bagi afiq pula, hari ahad ni sungguh kosong. Dah tak tahu nak buat ape. Nak keluar, tak tahu nak gie mana. Nak makan, tak tahu nak ajak sape. Nak shoping? huhu..lagi lah langsung takde idea. Maklumlah, hidup membujang dan xde makwe. Kesiankan?

Memang Afiq rasa banyak perubahan hidup berbanding dengan tahun lepas. Kalau dulu jangan kata ahad, hari jumaat pun dapat msg 'b, jom keluar makan!'- b, jom gie shopping'- b, keluar jalan2 nak?'- 'b ni, babi lah...uhuk... Memang takkan free lah setiap hari ahad, yer lah masa tu kan ada buah hati, mestilah nak berjumpa dan tanya khabar sihat ke tidak. sekarang, nak keluar tu bergantung dengan kawan2. Kalau ada yang mengajak tu jalan lah. Tapi biasanya masing2 ada hal masing2 kan?

Takpe lah, ahad ni Afiq habiskan dengan pergi mengajar, membaca surat khabar, menonton tv dan membuta. than bila Afiq nak update blog, mula lah line internet streamyx ni problem. wah, wat the fish dgn streamyx ni? bila time pack hour mula lah dia nak buat hal. Arghh..bertambah lagi satu tension! Minta tolonglah kat telekom, bukan satu dua kali masalah ni berlaku tapi hampir setiap minggu. Weh, aku bayar tak pernah miss lah! Bagi servis baik skit lah kan untuk Afiq terus memberikan perhidmatan yang cemerlang utk pembaca blog Permata-Merah ni.

Korang ingat lagi tak dengan entri Afiq pasal Biarlah Bulan Bicara? Ramai pula yang msg dan tag Afiq di facebook menyuruh menyanyikan lagu ni secara live. Korang ni biar betul, berani ke nak dengar? oklah, tapi sebelum itu pastikan jarak korang dengan Pc jauh bagi mengelakkan korang termuntah diatas keyboard. Dan bagi yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis, sila lah jangan tengok!


Amacam? Ada mirip2 mawi tak suara diatas? Sila lah ketawa sepuas2nya sehingga mengeluarkan air mata.Hahahaha.. Tapi untuk pengetahuan korang, cuaca di melaka masih lagi cerah selepas Afiq menyumbangkan lagu tu. Kira not bad lah kan? So lepas ni, Korang jangan berani lagi suruh Afiq menyanyi ok. Takut3 muntah hijau pula, sape yang susah? Korang jugak kan?

Saturday, July 11, 2009

Entri ke 100

Tak sangkakan blog ini dah mencapai entri yg ke 100. Rasa macam baru je semalam menulis kan. Terima kasih lah kepada sahabat2 dan pembaca2 blog Afiq ni. Korang sudi membaca walaupun tulisan seposen dari Afiq.

Bagi yang masih tak tahu, Blog Permata-Merah ini adalah projek pertama Afiq dan merupakan Blog pertama yang Afiq tulis. Sebelum ni Afiq hanya menulis di Facebook atau pun hanya memberikan komen di blog2 lain. Afiq buat blog ini pun sebab atas dorongan sahabat2 yang mahu tulisan Afiq di kumpulkan dengan lebih teratur di sini. Sebab tu kalau korang baca blog ini catatan tidak menjerumus kepada Diari Afiq semata2. Afiq lebih suka menulis mengenai persekitaran yang berlaku tentang Dunia, Cerita2 dan Cinta.

Pada Afiq, bila cerita mengenai umum lebih sesuai untuk dikongsikan kepada pembacakan? Dari hanya menulis cerita mengenai Afiq saja. Lagi pun ramai yang dah kenal siapa Afiq. Cukuplah dengan korang mengetahui yang Afiq seorang yang single. Tapi takdelah Afiq langsung tak cerita pasal Cinta dan Perempuan. Taknak lah sampai pembaca mengelarkan Blog Afiq sebagai blog gay macam dalam cerita Blogger Boy. Huhuhu..

Projek kedua Afiq pula ialah Ceria.via.my dan Cinta.via.my. Tapi masih lagi dalam pembinaan dan belum lagi lengkap sepenuhnya. Kalau mengikut perancangan asal, Afiq taknak kaitan kan Blog ceria dan Blog cinta itu dengan Blog Permata-Merah ini dengan tujuan identiti Penulis dirahsiakan. Tapi hadiah untuk pembaca Entri ke 100 ini, anda orang pertama yang mengetahuinya. Konsep dan kandungan kedua projek baru ini masih lagi terawang-awang. Sebenarnya Afiq dah terlalu blur nak pikirkannya. Jadi hari ni Afiq nak offer kepada pembaca atau blogger2 yang berminat untuk menulis di Cinta.via.my, boleh lah berhubung dengan Afiq. Apalah salahnya kan kita kongsi bersama, manalah tahu boleh dimanafaatkan untuk pembaca dari seluruh dunia.

Ramai yang tertanya2 sebenarnya kenapa Blog Permata-Merah ni ada writer 2 orang? Korang perasan tak? Sebenarnya memang bukan Afiq seorang saja yang menulis ni sini. Korang perasan tak ada entri yang di sign dibawahnya. Siapa MissPinkFroogy ni? identiti dia biar lah rahsia. Memang dia taknak orang tahu siapa dia. So biarlah Afiq sorang saja yang kenal siapa MissPinkFroogy. Dah lama dia tak tuliskan?Asik Afiq jer, nanti korang boring pula..Korang rindu tak dengan entri dia?

Untuk makluman korang, Antara projek MissPinkFroogy ni adalah di http://www.lovelyhandmadecards.co.cc/ dan http://pinkygirltalk.blogspot.com/. Nak tahu ape, korang tgk lah sendiri eh.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCrZddOXRZbEpkRf7AaNmMTcGAV7E_8eoZLUVImLTNJ5ealtVXLjxAfaiw12IeZOGpAM78Mdfiqnpf5jAji2oKmxys-vnuxYdYoMnX74S-jTV2ObWgYoQ89QjMWCMNkQSyNdtF0ikJPGM/s1600-r/logo2-resize90.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiitFpJg3frdRrQAmgR6acqovfJhSfVd028Yrmf1YtO7CBRkMm93bkZ6RDmyQn98h3ENDMKfEuXejRcLOdDefSWmNBDRCAq-BNY85f_3JHicj7_-if5h-k8nW1TKCbfYl65tM0cYCdpaqk/s1600-r/banner1.jpg

Jadi korang suport lah eh Projek2 Blog Afiq yang tak seberapa ni ,diharap korang semua terhibur. Korang lah sentiasa hadir dalam hidup Afiq ni. Korang tetap dihati. Terima Kasih semua.

Jatuh Cinta lagi

Nak cerita pasal jatuh cinta ni, tapi bukan untuk Afiq ok! Afiq still single till now!(penat nak ulang ayat ni banyak kali). Ni cerita pasal gosip kawan sorang ni. Kejap break, kejap couple, break, couple, break, Jalan daa..Ahak..pelikkan? Diaorang ni macam main tarik tali plak. Nak kata gaduh pun bukan juga, sebab orang ketiga pun bukan juga, kalau bukan jodoh, pun bukan juga. Habis apehal eh? Kalau Afiq lah, untuk jatuh cinta kali kedua pada orang yang sama, mungkin 1% jer keberangkaliannya.
http://ms.langitilahi.com/wp-content/uploads/2009/05/i_love_you__i_love_you_not____by_ohbradley.jpg
Tapi nak wat macam mana, Hati kita tak sama. Pendapat Afiq, antara cinta dengan suka tak sama tau. Jangan terkeliru. Ramai orang mengatakan cinta padahal dia hanya suka dan berpura2. Tak mahu lah jadi orang macam ini. Biar cinta kita telus, menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Setuju tak? So, kalau cinta kata cinta, kalau suka kata suka, kalau nak main2, kamu boleh jalan daa..

Dan sebagai lelaki, anda perlu jadi LELAKI BERANI! untuk mencari Miss Right yang benar2 kamu kagumi, beberapa tips perlu diikuti. Perempuan juga take note ok. Mungkin anda akan lebih menghargai lelaki selepas ini!

1) Pamerkan sedikit sikap angkuh atau ada yang mengelarkannya berlagak.
Angkuh dan berkeyakinan jatuh pada ketegori yang sama but sebenarnya wujud sedikit perbezaan. Wanita inginkan seseorang yang mempunyai keyakinan diri dgn sedikit sentuhan sikap angkuh. Semakin cantik si Jelita itu, semakin perlunya anda mempratikkan sikap ini. Malangnya, kebanyakan lelaki engan menyerlahkan sikap ini kerana berasa rendah diri dengan kejelitaan si wanita. Sepatutnya anda perlu tunjukkan kepada wanita tersebut bahawa kecantikannya tidak mengugat diri anda. Ye lah..Anda macho, dia jelita. Sama2 adilkan? ingat! Apabila anda jumpa dgn wanita yang cantik, keraguan adalah musuh utama anda! mulakan perbualan, malah anda mungkin boleh bergurau dengan nya! yakinkan diri bersama sedikit sentuhan sikap angkuh. Cuma jangan keterlaluan sehingga orang mengatakan anda P0Y0!

2) Tajamkan daya pemerhatian terhadap persekitaran si Dia dan anda.
Pastinya ramai pernah mendengar tentang perkara ini. Termasuk dalam 20 tips Lelaki Jatuh Cinta yang boleh anda Google. Kita boleh mengetahui banyak perkara tentang individu itu hanya dengan melihat apa yang ada disekelilingnya. Bila mendekati si Dia yang digilai cuba anda luahkan sedikit pandangan terhadap perkara-perkara kecil yang mungkin tidak disedari oleh lelaki lain. Contohnya, hobi barunya dan pertanyaan mengenai kasut yang baru dipakai. Jangan terkaku bila perjumpaan pertama,kerana anda sebagai seorang lelaki akan nampak sangat lemah.

3) Pastikan dia rasa selesa bersama anda.
Kelakuan dan percakapan anda dihadapan gadis perlulah disesuaikan dengan keadaan. Biar dia rasa selamat bersama anda. Jangan mengeluarkan kata2 kesat atau lucah yang membuatkan dia terfikir 1000 kali untuk keluar dengan anda semula. Membisu dan memandang dia dengan pandangan tajam juga boleh menimbulkan ketakutan. Lebih banyakkan percakapan supaya anda dapat mengawal keadaan. Berjalan2 adalah lebih baik dari duduk terlalu lama. Jangan sampai anda begitu membosankan.

cukup 3 je dulu ok..Afiq penat menaip. Walaupun ayat2 diatas nampak hebat, tetapi hakikat sebenarnya Afiq mungkin tak pernah pun lakukan. Hanya sekadar nak kongsikan untuk semua pembaca. Mungkin kah Afiq bukan seorang Lelaki yang BERANI?