Saya di fahamkan Madrasah ini tidak mendapat bantuan dari kerajaan Negeri dan Pusat kerana dipercayai Madrasah ini dibangunkan oleh Parti Pembangkang iaitu PAS. Bayangkan hanya kerana perbezaan politik, yang fakir terus dibiarkan fakir. Ini kah sikap pemimpin kita? Yang senang kerana berjawatan atau berkempentingan sahaja dibantu?
Program ini dirancang bagi mengadakan aktiviti gotong royong, aktiviti permainan, kenduri dan sedikit motivasi untuk anak-anak ini. Program ini adalah kelolaan Etiqa Berhad iaitu sebagai penyumbang utama dalam pembangunan Asrama, Sekolah dan Infraskurtur Madrasah ini. Saya cukup berbangga menerima jemputan sebagai sukarelawan bagi menjayakan program yang mulia ini.
Mereka ini tidak kenal apa. Yang mereka tahu terpancar kegembiraan bila ada tetamu yang melawat Mereka
Sukarelawan Ceria bergambar atau ceriakan mereka?
Sukarelawan Ceria bergambar atau ceriakan mereka?
Dapat Ayah angkat baru eh adik?
Majlis diadakan bagi meraikan mereka
Mungkin bukan dengan Wang Ringgit tetapi cukup sekadar berkongsi kegembiraan bersama mereka
Majlis diadakan bagi meraikan mereka
Mungkin bukan dengan Wang Ringgit tetapi cukup sekadar berkongsi kegembiraan bersama mereka
Kita hari ini mungkin tidak pernah merasai lapar. Kita mungkin tak pernah kekurangan belaian kasih dari ibu bapa. Lahir-lahir saja kita terus dimanja sehingga terlupa ada insan yang derita kurang bernasib baik seperti kita. Anak-anak kita hari mampu menunjuk saja apa kemahuannya, KFC, McD atau PERMAINAN mampu tersedia sekelip mata. Tetapi tidak kepada anak-anak di Madrasah Annuriah ini. Mereka tiada ibu bapa yang akan memenuhi kehendaknya seperti kita. Mereka terpaksa hidup berdikari untuk terus hidup di muka bumi ini.
Bayangkan sebelum ini mereka tidur dilantai, belajar di kelas yang serba kekurangan, makan hanya sekadar mengharap ikhsan orang lain. Sangupkah kita mengalaminya? Atau kita hanya mampu mengelengkan kepala?
Bukan semua insan hidup sempurna seperti kita. Bersyukurlah atas nikmat yang Tuhan beri. Bantu lah mereka yang memerlukan. Mungkin bukan hanya Wang Ringgit yang mereka pinta, tetapi sekadar ingin berkongsi Gembira dan Duka. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Alhamdullilah dengan Izin Allah SWT, keperhatinan pihak Korporat Etiqa mampu mengubah sedikit penderitaan mereka. Disamping itu mereka juga di beri perhatian dalam akedamik dan sosial. Terima kasih kepada pihak yang menjayakan program-program seperti ini.
Satu lagi yang menarik ialah catatan Puisi ini di dinding Madrasah tersebut. Sebagai seorang guru biasa, hati saya benar-benar tersentuh. Mungkinkah anak didik saya bakal menjadi Seorang Perdana Menteri kelak?
2 Komen Pembaca:
wah wah wah!! byknye pics dia ngn kemal bkerja eh.. peh!! kite yg dtg brsengkang mata 56jam kt situ, pic nye sekeping jerk! cet!
suke sajak tue.. JASA GURU
sekolah rendah lin dulu pown ade jgk
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya