Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Tuesday, July 7, 2009

Biarlah bulan bicara

Tetiba teringat sebuah lagu Klasik dari Broery Marantika - Biar bulan bicara. Lagu ini cukup famous di pusat3 karaoke. Cuba cakap, Lelaki sentimental mana yang tak tahu lagu ni kan? Memang lirik nya memberi erti yang cukup mendalam. Maklumlah nak fahamkan bahasa bulan, tak semua orang tahukan?


Bulan menanti malam
Bulan Tak mahu pagi
Bulan tahu hari telah siang
Bulan tetap menanti esok hari

Bulan itu memang berseri
Bulan menyinar malam sepi
Bulan bicara pada kita
Bulan sentiasa beri bahagia

puisi Bulan by Afiq D.

Adakala bicara kita tidak mengambarkan hasrat hati sebenar. Dan adakala kita lebih senang gambarkan kata2 dengan perbuatan. Kadang3 kita nyatakan dengan tersirat tanpa kita sedari. Masalahnya tak semua yang faham dengan apa yang cuba kita nak sampaikan. Kalau tonjolkan emosi, mungkin ramai yang mengerti.

Walau macam mana pun, hati orang memang bukan senang untuk kita teka. Kalau lah ada satu kuasa yang mampu untuk kita mendengar isi hati orang lain, Afiq mungkin orang pertama menuntutnya. Bestkan? berangan3 sudah..ahak..

Terlalu banyak fakta atau aouta yang mengatakan kemahuan seseorang boleh digambarkan dengan baju yang dipakai, arah pandangan mata, ayat3 yang sering digunakan, soalan atau jawapan yang diberi, senyuman, gerak geri tangan dan bermacam macam lagi.

Pada Afiq, memang ada perkara yang kita tidak boleh katakan melalui lidah dan mulut tetapi ia bergantung kepada keadaan. Kalau nak makan pun sampai nak guna isyarat gerak geri, susah juga lah orang sekeliling nak memahami anda. Yang penting, rasa suasana itu bagaimana dan tonjolkan kemahuan kita. Jangan asik nak suruh bulan je yang bicara.

Jangan asik berdiam diri dengan kemahuan kita hanya dijadikan impian yang tidak kesampaian. Takut lama-lama ia menjadi anggan3. Kalau perlu bersuara kita bersuara dengan hemahnya. Kadang kala orang disekeliling kita begitu tuli untuk memahami, so terus saja pekik ditelingganya agar ia cepat mengerti apa kemahuan kita.

Hmm..sebut pasal ini teringat besok petang ada meeting. Adakah Afiq hanya perlu berdiam diri dan menyatakan pendapat hanya mengunakan gerak laku? Atau menangis dengan emosi tanda tidak setuju? Arghh..Kadang3 Afiq juga dalam dilema nak guna sama ada suara, mata, tangan, perbuatan atau tangisan untuk menyatakan sesuatu!

2 Komen Pembaca:

L25 said...

suke sgt lagu nie

Yann said...

ooo bulan...enggan melayan diriku lagi..

huhu..

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya