Dan sebagai lelaki, anda perlu jadi LELAKI BERANI! untuk mencari Miss Right yang benar2 kamu kagumi, beberapa tips perlu diikuti. Perempuan juga take note ok. Mungkin anda akan lebih menghargai lelaki selepas ini!
1) Pamerkan sedikit sikap angkuh atau ada yang mengelarkannya berlagak.
Angkuh dan berkeyakinan jatuh pada ketegori yang sama but sebenarnya wujud sedikit perbezaan. Wanita inginkan seseorang yang mempunyai keyakinan diri dgn sedikit sentuhan sikap angkuh. Semakin cantik si Jelita itu, semakin perlunya anda mempratikkan sikap ini. Malangnya, kebanyakan lelaki engan menyerlahkan sikap ini kerana berasa rendah diri dengan kejelitaan si wanita. Sepatutnya anda perlu tunjukkan kepada wanita tersebut bahawa kecantikannya tidak mengugat diri anda. Ye lah..Anda macho, dia jelita. Sama2 adilkan? ingat! Apabila anda jumpa dgn wanita yang cantik, keraguan adalah musuh utama anda! mulakan perbualan, malah anda mungkin boleh bergurau dengan nya! yakinkan diri bersama sedikit sentuhan sikap angkuh. Cuma jangan keterlaluan sehingga orang mengatakan anda P0Y0!
2) Tajamkan daya pemerhatian terhadap persekitaran si Dia dan anda.
Pastinya ramai pernah mendengar tentang perkara ini. Termasuk dalam 20 tips Lelaki Jatuh Cinta yang boleh anda Google. Kita boleh mengetahui banyak perkara tentang individu itu hanya dengan melihat apa yang ada disekelilingnya. Bila mendekati si Dia yang digilai cuba anda luahkan sedikit pandangan terhadap perkara-perkara kecil yang mungkin tidak disedari oleh lelaki lain. Contohnya, hobi barunya dan pertanyaan mengenai kasut yang baru dipakai. Jangan terkaku bila perjumpaan pertama,kerana anda sebagai seorang lelaki akan nampak sangat lemah.
3) Pastikan dia rasa selesa bersama anda.
Kelakuan dan percakapan anda dihadapan gadis perlulah disesuaikan dengan keadaan. Biar dia rasa selamat bersama anda. Jangan mengeluarkan kata2 kesat atau lucah yang membuatkan dia terfikir 1000 kali untuk keluar dengan anda semula. Membisu dan memandang dia dengan pandangan tajam juga boleh menimbulkan ketakutan. Lebih banyakkan percakapan supaya anda dapat mengawal keadaan. Berjalan2 adalah lebih baik dari duduk terlalu lama. Jangan sampai anda begitu membosankan.
cukup 3 je dulu ok..Afiq penat menaip. Walaupun ayat2 diatas nampak hebat, tetapi hakikat sebenarnya Afiq mungkin tak pernah pun lakukan. Hanya sekadar nak kongsikan untuk semua pembaca. Mungkin kah Afiq bukan seorang Lelaki yang BERANI?
0 Komen Pembaca:
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya