Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Sunday, July 19, 2009

DS Anwar Ibrahim di Ayer Molek Melaka

Hari ini saya telah ke majlis Minum Petang bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Ayer Molek Melaka. Alhamdulillah selepas saja tamat kelas, saya bergegas ke sana. Sampai lebih kurang jam 5.30 petang. Majlis dimulakan dengan jamuan makan. Teralas juga perut dengan Nasi impit, Kuih3, Mee hoon dan Rendang Ayam. Sangat sedap tau..Terima kasih kepada yang masak.

Selepas itu majlis ceramah dimulakan dengan pemimpin3 barisan hadapan Pakatan Rakyat. Sehingga lah jam 6.30 petang dengan ketibaan DSAI.

Amanat beliau yang serba ringkas itu mengamitkan suasana hangat para hadirin. Saya kira ramai yang mengetahui betapa pentingnya perjuangan mencari Keadilan Rakyat dan Politik yang bersih. Melalui acara seperti ini lah kita mungkin dapat mengubah haluan penduduk yang masih lagi kelam dalam membuat pilihan.


Ketibaan DSAI, walaupun dengan keuzuran, tetapi beliau tetap kuatkan semangat untuk berjuang demi Rakyat. Saya sangat simpati bila melihat beliau dipapah keluar dari kereta. Ya Tuhan ku, kau berikan lah kekuatan kepada beliau untuk menegakkan kebenaran Umat Islam. Panjangkan lah Umur beliau..Amin..

Para hadirin kusyuk mendengar amanat dari DSAI

Akmal dan kembarnya, Din. Orang kuat pemuda Pas melaka ni.

Dataran Reformasi Ranting Air Molek Melaka

Jam 7.30 malam saya bersama3 DSAI berjemaah Solat Magrib di Masjid Ayer Molek.

Jawatan Kuasa Masjid mengadukan masalah karpet Masjid yang sangat usang selepas 11 tahun tidak pernah ditukar. Mana YB kawasan eh? Tak ada bagi sumbangan ke?

Pada pendapat saya, DSAI adalah pemimpin Negara Malaysia. Dia yang mencorakkan permainan Politik Malaysia. Suka atau tidak, pemimpin Umno sering mengikut rentak agenda Pakatan Rakyat. Adakah ini menandakan Politik Malaysia akan berubah bentuk?

Afiq bersama rakan2 sentiasa menantikan dan mencari Malaysia Baru untuk Rakyat!

Hidup Hidup, Hidup Rakyat!
Takbir!

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya