Bagi korang yang tak tahu apa itu Pc Fair, ialah tempat jual segala gajet3 terkini dan sensasi dari Pemborong Gajet tempatan. Harga pulak merudum gila-gila sehingga kan korang menjadi gila! Bayangkan di Pc Fair korang boleh mendapatkan printer lexmark dgn harga cuma RM68. Laptop pun ada dengan harga RM800++. Kalau nak cerita pasal Pc Fair ni memang boleh membuatkan Afiq terus berangan sehingga 2 jam untuk memikirkan ape yang patut dibeli. Murah lah memang murah! huhu.. (geram)
Jadual Pikom Pc Fair 2 untuk tahun 2009
31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
· Village Mall, Sungai Petani - Kedah
· Dewan Perbandaran Taiping - Perak
· Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
· Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
· Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
· Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
· Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
· Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh
Pc Fair kali ini Afiq nak beli Laptop baru! Yang comel dan boleh bawa kemana2 saja. Nak screen 10.1 inci jer! Tapi yang membingungkan sekarang nak model ape? Antara yang menjadi pilihan HP, Dell, Fujitsu atau Toshiba! Arggh sudah kembali biol memikirkannya!Tapi walaupun murah, korang kena tahu juga adap2 membeli dan membuat pilihan. Bukan boleh main lamar jer tau semua barang3 kat sana. Afiq akan mengupas sikit tips3 membeli belah sakan di Pc Fair mengikut pengalaman dan skill Afiq berada di Pc Fair selama beberapa Tahun.
1) Buat List apa yang korang nak beli, supaya korang tak berpusing3 lalu pening di sana nanti.
2) Ambil seberapa banyak flyers yang ada kat sana, supaya korang senang comparekan harga dari kedai2. Kalau dah terlalu banyak, boleh jualkan di Kilang Kitar semula. Berbaloikan?
3) Datang pada hari Jumaat untuk mengambil flyers dan mencuci mata. Tapi jangan beli dahulu! Ambil masa satu hari untuk berfikir dan mengorek duit dari tabung2 anda.
4) Compare kan harga dari kedai3 untuk barang pilihan anda.
5) Membeli pada Petang Sabtu atau Ahad pagi adalah pilihan yang terbaik sebab harga akan lebih murah!
6) Pastikan barang yang dibeli betul3 ori!
7) Paling penting, pastikan alamat kedai dari penjual tersebut. Ini untuk claim waranty apabila barang yang dibeli rosak. Lebih baik beli dari kedai yang anda tahu.
8) Jika harga barang yang dibeli mahal contohnya laptop, mintak seberapa banyak free gift dari penjual! Kalau dia tak bagi, menangis sampai pensan kat sana!
9) Akhir sekali, pastikan anda tidak kehabisan wang untuk membayar parking atau tambang bas.
Memang tak sabar3 nak tunggu PC Fair kali ini! Diharap dengan tip3 yang diberi korang boleh berbelanja dengan hemah nya. Kepada yang berniat untuk membeli Camera, Laptop, Barangan PC, Video Cam, Printer, Fax, Handpone, Mp3/4, diharap bersabar menanti Pc Fair kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah!
Selamat Membeli Belah!
1 Komen Pembaca:
naseb baik la kb mall pon ad.huu
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya