Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Tuesday, May 19, 2009

Cinta Berdarah

Dari Blog http://permata-merah.co.cc/

Metro Harian 19 May 2009
KULIM: Seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda yang dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, semalam.
Berita penuh..



___________________________________________
Apa ni?cinta membawa sampai ke mati? Aduh,susah nak faham apa sebenarnya yang berlaku,tp pada hakikatnya memang jelik dan pelik. Ye lah, perempuan bukannya sorang. Berjuta lagi kat luar sana yang masih belum berpunya. Kenapa mesti memilih hanya yang satu dan bila gagal, dia rasakan dunia ini dah berpenhujung.

Merujuk balik cerita Metro hari ini(muka hadapan), perempuan umur 22 tahun itu mati dibunuh oleh kekasihnya gara2 menolak cinta. Sayang,umur yang cukup muda untuk menempuh ajal,tp dah takdir mati nya begitu. Lelaki itu pula duda berumur 26 tahun, memang bodoh dan tak berakal.sangup membunuh kerana Seorang Perempuan. Memang pelik dan jelik memikirnya kerana masih lg ada org lelaki macam ni kat Malaysia, kalau di luar negara mungkin aku tak heran.

Cantik sangat ke perempuan tu? Sampai sangup mati?alahai..lelaki..bukan apa, perempuan skang pun kan dah boleh beli. Janji ada WANG $$$ muka macam Fasha Sanda pun boleh dapat. Susah sangat ke?
Memang manusia boleh hilang punca akal bila keadaan marah menguasai diri, penyelesaiannya? Banyak kan bersabar,kalau masih lg marah, duduk. Kalau dah duduk pun marah2 lg, baring. Kalau dah baring pun marah2, tidur. Kalau tak boleh tidur, pergi mandi. Sure hilang sikit marah tu. Kalau tak berkesan juga makna nya anda tak waras lah tu, baik masuk Tanjung Rambutan sebelum ada orang yang jadi mangsa.

Moga2 kejadian macam ni tak kan terjadi lg. Perempuan kat malaysia ramai. 7:1 Perempuan berbanding Lelaki, nah.. boleh pasang 7 kalau nak. Yang penting setiap manusia akan merasai perpisahan kerana hidup manusia tidak akan kekal.semuanya akan pergi kecuali Allah maha Pencipta yang kekal abadi. Jangan tangisi yang telah pergi.

"cinta memerlukan pengorbanan. kalau kamu mencintai seseorang, lepaskan dia sekiranya dia gembira dilepaskan.kalau dia milik kamu,pasti cinta itu akan kembali"

Nasihat saya, jangan bersendiri kalau anda dilanda duka sbb banyak perkara pelik yang boleh berlaku jika hasutan syaitan + marah + nafsu + bodoh dah berada dalam diri anda, contohnya membunuh lah! cari lah teman2 untuk anda bergembira dan melupakan kisah itu,pergi melancong ke, main bowling ke janji jgn pergi cari pasal sudahlah.. Apa yang berlaku itu tentu ada hikmahnya, sesungguhnya Takdir kita telah ditentukan oleh Allah SWT.

"rasa macam nak demam, hidung dah selsema + tekak dah sakit. Minta bantuan.."

Monday, May 18, 2009

SIGMA : BOHSIA - SOLEHAH


Sejak akhir-akhir ini, hampir setiap hari ada sahaja berita mengenai gejala sosial yang melanda masyarakat dan perlakuan buruk itu bukan hanya membabitkan golongan remaja tetapi juga di kalangan dewasa. Di antara beberapa fenomena gejala sosial yang amat membimbangkan kita ialah penagihan arak, bohsia, pergaulan seks bebas, mat rempit, penderaan kanak-kanak, rogol, melepak dan penagihan dadah.

Bohsia terjadi adalah rentetan daripada perbuatan merempit (lumba haram motosikal), yang mana memenangi perlumbaan haram tersebut akan mendapat habuan atau hadiah perempuan yang dikenali sebagai bohsia.

Islam merupakan agama yang syumul dan merangkumi segala aspek kehidupan. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh hamba sama ada berupa kebaikan atau kejahatan, akan diberi ganjaran dan balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan. Semua agama di dunia menyeru umatnya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Tetapi masih ramai penganut agama yang tidak mengikut ajaran yang telah ditetapkan sebaliknya membuat sesuatu sesuka hati tanpa batasan. Akibatnya, lahirlah masyarakat yang mengabaikan aspek akhlak dalam kehidupan.

Di dalam Surah Al-Rum, 30 : 41 yang bermaksud:

“ Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Bohsia menurut pandangan Islam yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan runtuhnya akhlak di kalangan muda mudi masa kini. Kekalnya sesuatu umat itu adalah kerana ketinggian dan kesempurnaan akhlaknya. Apabila lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat tersebut. Ini dapat dijadikan pengajaran daripada peristiwa sejarah umat Islam terdahulu.

Sebuah syair Arab pernah menyebut:

“ Sesungguhnya bangsa itu tergantung kepada moralnya, bila rosak moral maka binasalah bangsa itu”. (Muhammad al-Ghazali, 1987 : 71)

Akhlak atau moral berperanan sebagai tapak kepada kekuatan dan ketahanan sesuatu bangsa. Akhlak juga merupakan syarat mutlak kepada kemajuan dan ketinggian umat dan tamadun seterusnya menjadi syarat mutlak pula kepada kekal dan keterusan umat dan tamadun tersebut. Mengamalkan amalan Islam adalah cara yang terbaik untuk mencegah segala jalan yang menyebabkan kezaliman dan masalah sosial yang sedang meruncing.

Bagi mengelakkan keruntuhan akhlak, rasul dan Nabi diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia kearah kehidupan yang mulia dan berakhlak. Pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam sehingga menjadi antara misi utama diutus Rasulullah SAW ke dunia ini.

“ Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia “.(Hadith)

Prinsip kejayaan masyarakat Islam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW terletak pada kesungguhan serta iltizam mereka yang luar biasa sifatnya. Mereka mentaati segala perintah Allah SWT serta menjauhi laranganNYA. Dengan kata lain, apa juga bentuk usaha yang dilakukan oleh mereka berpaksikan keredhaan Allah SWT serta Rasul-NYA. Tidak sama sekali melewati sempadan yang akan mengundang kemurkaan-NYA.

~Melangkah dan terus melangkah mendidik bohsia menjadi solehah~

Sunday, May 17, 2009

Sepi Sampai Mati



Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di harikuNamun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban di hidupku
Biarkan saja biar saja
Hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri

Oh! ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Oh! sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh! ada saatnya ku bicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam..

Cuci Kereta

Dari jauh nampak berkilat je kan


Dari dekat, mak ai..kotor gile!

Kereta saya dah kotor tahap dewa, kalau dihitung mungkin sudah sebulan tidak dicuci. Semenjak Car Wash aku di rompak. Malas mungkin punca utama.



Tapi disini saya tertanya2 perbandingan cuci sendiri atau hantar ke car wash.



Kalau hantar car wash, Rm12 dan ambil masa 30 minit je. Kereta terus jadi berkilat.



Kalau cuci sendiri ambil masa 2 jam,+ air sejuk dua kali, roti + kuih. Kereta berkilat dgn usaha dan kepuasan sendiri.



Memang sukar untuk membuat pilihan, yer lah selama ini hantar kedai sendiri, Tak perlu bayar dan tak perlu buat apa2. Semua pekerja yang uruskan. Tapi lepas car wash ditutup, kereta terus menjadi kotor.

Orang kata, keperibadian seseorg itu digambarkan melalui Baju, Seluar dan kereta. Kalau Baju, Seluar atau Kereta kotor dan tak terurus, tentunya pemiliknya seorang yang tidak pandai menguruskan diri. Ahak, saya bukan lah orang nya.



Jadi bagaimana? Hantar kedai? Akan dikata Tokey Car Wash tak pandai cuci kereta.



Cuci sendiri, penat tak terkata.


Binggung memikirkannya..



My Ceria Car Wash dalam kenangan



P/s: My Ceria Car Wash dengan rasminya telah ditutup selepas kejadian dirompak, atas nasihat keluarga dan rakan2. Saya doakan semoga perompak itu mendapat Rahmat Allah SWT. Kepada rakan2 dan pelangan, jika di Izinkan dan dimurahkan rezeki saya akan membuka Car Wash kali Ke 3 ditempat lain. InsyAllah.

Saturday, May 16, 2009

Bermula Dari situ!


Dari bangku itu

Disini aku bermula
disini aku membaca
disini aku mengira
disini aku dewasa.

Tidak akan hebat aku
kalau tidak kerna kamu!
Tidak sempurna aku
kalau tiada didikan kamu!

Sesungguhnya,kau lah perjuang Dunia. Kau lah wira negara, mendidik anak bangsa tanpa pernah putus asa.

Masa ini, kau corakkan
Dunia ini, kau ukirkan
Kemajuan ini, kau lahirkan

Kerana kau, disitulah ia bermula!
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Thursday, May 14, 2009

“Kadang-kadang seseorang itu perlu menangis
agar merasai pedihnya kecewa derita
TETAPI kalau tiada sesuatu untuk ditangiskan,
maka tangisilah kebarangkalian
NASIB DIRI setelah mati”

Wednesday, May 13, 2009

Balada Jiwa Perempuan Gila

Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan..Penghayatannya menarik..Saksikan lah..