Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Saturday, October 17, 2009

Selamat Hari Lahir Ibu!

Hari ini Hari Lahir Ibu yang ke 49 Tahun. Masih muda lagi kan? Kami 2 orang adik beradik berpakat menyambutnya dirumah. Lebih meriah dengan Hidangan yang kami masak sendiri.

 

Menu Istimewa, Stik Kambing BBQ dan Nasi Goreng.

100_2411

 

 

 

 

 

 

 

 

Stik Kambing yang telah siap dicuci.

100_2412

Di perap dengan rempah BBQ selama 1 jam

 100_2413

Setelah itu, masakkan didalam Microwave dengan suhu sederhana selama 15 minit.

100_2418

Ini lah hasilnya dan sungguh menyelerakan.

 100_2420

Korang boleh cuba sendiri dirumah.

 

Sambutan hari lahir ibu, kek juga tidak kami lupakan. Perisa Mocha dengan coklat. Sedap gak. Tapi kambing lagi sedap tau!

100_2414 100_2422

Selamat Hari Lahir Ibu, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Happy Deepavali (Maksud sebenar)

image

Kepada semua pembaca Blog ini yang beragama hindu dan menyambut Deepavali, Afiq ingin mengucapkan Happy Deepavali! Semoga kamu semua dirahmati dan sihat sentiasa.

 

Bestkan kita jadi rakyat Malaysia, banyak sambut perayaan yang kita dapat rasa. Masyarakat yang berbilang kaum menjadikan kita lebih bersatu. Tapi ingat, Bukan 1 Malaysia tau!

 

Ok semua, jemput makan maruku..

Korang semua tahu tak apa maknanya Deepavali?

Berikut dipetik dari Mstar Online..

DEEPAVALI atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

Perayaan itu jatuh pada 17 Oktober pada tahun ini.

Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya)

Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.

Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.

Masyarakat Hindu biasanya menyalakan pelita dihadapan rumah pada hari Deepavali.

Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu:

PEMBUNUHAN NARAGASURA

Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali.

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.- Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan.

KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA

Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun.

Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat.

Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.

Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya.

SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH

Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza.

Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja.

Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.

Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.

Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.

Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI

Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.

Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.

Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka.

Ronggoli Kolam adalah lukisan diatas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna.

Kolam yang dihasilkan daripada beras berwarna. Adalah tradisi masyarakarat India yang beragama Hindu untuk membuat Kolam dihadapan rumah mereka untuk sambutan hari Deepavali. - Foto THE STAR oleh AHMAD AZMAIL AWANG

Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.

Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut.

Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.

PAGI DEEPAVALI

Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.

Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang.

Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.

Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah “vegetarian” hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak galakkan).

Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

SEHARI SEBELUM DEEPAVALI

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selam-lamanya.

Makananan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.

Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Friday, October 16, 2009

Tutorial : Melajukan Mozilla Firefox

Mengunakan Mozilla sebenarnya memang terbaik bagi Afiq. Dengan plug in nya yang lebih mesra penguna, memudahkan melayari segala web dan program dengan lebih cepat. Dan yang lebih penting, loading nya cepat berbanding IE (Internet Explorer).

 

Bagi yang masih mengunakan IE tu, bawa3 lah berubah. Memang IE lembab dan tak berguna pada Afiq. Nasib lah window dah built in kan. Kalau kene install, memang dah lama hilang dalam laptop ini. Bagi yang masih belum menginstall Mozilla ini, download dulu di http://download.mozilla.org/?product=firefox-3.5.3&os=win&lang=en-US

 

Apa yang Afiq nak kongsi hari ini adalah untuk mencepatkan lagi loading page sesebuah web yang kita buka tetapi bukan lah menambah kelajuan Internet. Loading dapat dipercepatkan kerana cara ini membatalkan respon yang diterima oleh Mozilla.

 

Caranya mudah. Buka Tab baru mozilla. Taipkan <about:config>

 

Selepas itu anda mendapati ada arahan I'll careful, I am promise -> klik je button tu

1cats

 

Bila dah keluar gambar diatas, ada beberapa perkara yang korang perlu buat dan tambah.

1:Cari perkataan iaitu dengan  mengunakan filter  "network.http.pipelining"  dan setkan kepada "true"

cats
2: Cari perkataan "network.http.proxy.pipelining" dan setkan kepada "true"

cats2
3: Cari perkataan " network.http.pipelining.maxrequests" dan setkan nilai sedia ada kepada 30.

Untitled

4. Selepas tu korang klik kanan mouse/tetikus anda dan pilih New > Integer, masukan nama Preference Name sebagai " nglayout.initialpaint.delay" dan kemudian masukan nilai tersebut kepada nilai "0". Ia merupakan nilai dimana masa Mozilla menunggu data diloadkan sebelum diterima.

 

Bila dah selesai semua ni, restart balik Mozilla Firefox korang. Selamat Mencuba!

Pemenang Contest-MamaTisya Duit Raya Giveaway

Pagi ini Afiq agak terkejut bila melihat Nama dan Blog ini tersenarai sebagai pemenang saguhati dan akan menerima RM 5. Walaupun nilai nya kecil, tetapi amat bermakna dan jutaan terima kasih Afiq ucapkan kepada penganjur! Untuk pengetahuan korang, contest ini ada dalam entri Afiq yang lepas

MamaTisya Duit Raya Giveaway

cats

Memang Afiq rasakan sungguh bertuah kerana terpilih daripada 139 penyertaan. Tak sangka sungguh boleh menang. Terima kasih sekali lagi kepada penganjur.

image

Sebagai membalas jasa penganjur, Afiq akan kekalkan Banner Mama Tisya (http://mamatisya.blogspot.com/) di sidebar blog ini. Jadi Afiq rasa ini salah satu cara Win-Win Situation yang menguntungkan kedua-dua pihak.

 

Kepada pembaca sekalian, korang kalau ada contest yang lain, cepat-cepat bagi tau Afiq eh. Nak join lagi..Sebab dah rasa bertuah ni..kan3?

Thursday, October 15, 2009

INFO : Senarai Negara Rasuah di Dunia

Ini info yang Afiq dapat dari email. Mengenai rasuah. Tak sangka Malaysia juga antara negara yang tertinggi Rasuahnya. Syabas 1 Malaysia.

http://cangkulhijau.files.wordpress.com/2009/03/rasuah.jpg
Sila lihat Jadual:
10 = Bebas Rasuah
0 = Tertinggi Rasuah

DEFINITION: A CPI Score relates to perceptions of the degree of corruption as seen by business people and country analysts and ranges between 10 (highly clean) and 0 (highly corrupt). Includes police corruption, business corruption, political corruption, etc. Data for 2005.

# 1

Iceland:

9.7


= 2

Finland:

9.6


= 2

New Zealand:

9.6


# 4

Denmark:

9.5


# 5

Singapore:

9.4


# 6

Sweden:

9.2


# 7

Switzerland:

9.1


# 8

Norway:

8.9


# 9

Australia:

8.8


# 10

Austria:

8.7


= 11

United Kingdom:

8.6


= 11

Netherlands:

8.6


# 13

Luxembourg:

8.5


# 14

Canada:

8.4


# 15

Hong Kong:

8.3


# 16

Germany:

8.2


# 17

United States:

7.6


# 18

France:

7.5


= 19

Ireland:

7.4


= 19

Belgium:

7.4


= 21

Japan:

7.3


= 21

Chile:

7.3


# 23

Spain:

7


# 24

Barbados:

6.9


# 25

Malta:

6.6


# 26

Portugal:

6.5


# 27

Estonia:

6.4


= 28

Oman:

6.3


= 28

Israel:

6.3


# 30

United Arab Emirates:

6.2


# 31

Slovenia:

6.1


= 32

Qatar:

5.9


= 32

Uruguay:

5.9


= 32

Taiwan:

5.9


= 32

Botswana:

5.9


# 36

Bahrain:

5.8


= 37

Cyprus:

5.7


= 37

Jordan:

5.7


# 39

Malaysia:

5.1


= 40

Hungary:

5


= 40

Korea, South:

5


= 40

Italy:

5


# 43

Tunisia:

4.9


# 44

Lithuania:

4.8


# 45

Kuwait:

4.7


# 46

South Africa:

4.5


= 47

Czech Republic:

4.3


= 47

Namibia:

4.3


= 47

Slovakia:

4.3


= 47

Greece:

4.3


= 51

Costa Rica:

4.2


= 51

Mauritius:

4.2


= 51

Latvia:

4.2


= 51

El Salvador:

4.2


= 55

Bulgaria:

4


= 55

Colombia:

4


= 55

Fiji:

4


= 55

Seychelles:

4


= 59

Thailand:

3.8


= 59

Cuba:

3.8


= 59

Trinidad and Tobago:

3.8


= 62

Brazil:

3.7


= 62

Belize:

3.7


# 64

Jamaica:

3.6


= 65

Peru:

3.5


= 65

Ghana:

3.5


= 65

Mexico:

3.5


= 65

Panama:

3.5


= 65

Turkey:

3.5


= 70

Egypt:

3.4


= 70

Saudi Arabia:

3.4


= 70

Croatia:

3.4


= 70

Poland:

3.4


= 70

Burkina Faso:

3.4


= 70

Syria:

3.4


= 70

Lesotho:

3.4


# 77

Laos:

3.3


= 78

Senegal:

3.2


= 78

Sri Lanka:

3.2


= 78

China:

3.2


= 78

Suriname:

3.2


= 78

Morocco:

3.2


= 83

Lebanon:

3.1


= 83

Rwanda:

3.1


= 85

Dominican Republic:

3


= 85

Mongolia:

3


= 85

Romania:

3


= 88

Benin:

2.9


= 88

India:

2.9


= 88

Tanzania:

2.9


= 88

Gabon:

2.9


= 88

Armenia:

2.9


= 88

Iran:

2.9


= 88

Bosnia and Herzegovina:

2.9


= 88

Mali:

2.9


= 88

Moldova:

2.9


= 97

Malawi:

2.8


= 97

Argentina:

2.8


= 97

Serbia and Montenegro:

2.8


= 97

Madagascar:

2.8


= 97

Algeria:

2.8


= 97

Mozambique:

2.8


= 103

Gambia, The:

2.7


= 103

Yemen:

2.7


= 103

Swaziland:

2.7


= 103

Macedonia, Republic of:

2.7


= 107

Ukraine:

2.6


= 107

Zimbabwe:

2.6


= 107

Eritrea:

2.6


= 107

West Bank:

2.6


= 107

Gaza Strip:

2.6


= 107

Nicaragua:

2.6


= 107

Honduras:

2.6


= 107

Vietnam:

2.6


= 107

Kazakhstan:

2.6


= 107

Belarus:

2.6


= 107

Zambia:

2.6


= 118

Nepal:

2.5


= 118

Guyana:

2.5


= 118

Bolivia:

2.5


= 118

Afghanistan:

2.5


= 118

Ecuador:

2.5


= 118

Libya:

2.5


= 118

Uganda:

2.5


= 118

Philippines:

2.5


= 118

Guatemala:

2.5


= 127

Albania:

2.4


= 127

Niger:

2.4


= 127

Russia:

2.4


= 127

Sierra Leone:

2.4


= 131

Congo, Republic of the:

2.3


= 131

Venezuela:

2.3


= 131

Cambodia:

2.3


= 131

Georgia:

2.3


= 131

Burundi:

2.3


= 131

Papua New Guinea:

2.3


= 131

Kyrgyzstan:

2.3


= 138

Azerbaijan:

2.2


= 138

Iraq:

2.2


= 138

Cameroon:

2.2


= 138

Indonesia:

2.2


= 138

Ethiopia:

2.2


= 138

Uzbekistan:

2.2


= 138

Liberia:

2.2


= 145

Congo, Democratic Republic of the:

2.1


= 145

Kenya:

2.1


= 145

Sudan:

2.1


= 145

Paraguay:

2.1


= 145

Somalia:

2.1


= 145

Pakistan:

2.1


= 145

Tajikistan:

2.1


# 152

Angola:

2


= 153

Côte d'Ivoire:

1.9


= 153

Nigeria:

1.9


= 153

Equatorial Guinea:

1.9


= 156

Turkmenistan:

1.8


= 156

Haiti:

1.8


= 156

Burma:

1.8


= 159

Bangladesh:

1.7


= 159

Chad:

1.7




Di bunuh Kejam (Gambar)

Manusia sekarang ini ada yang lebih buas dari Binatang! Sangup membunuh kanak2 kecil yang tidak berdosa. Apa perasaan mereka melakukannya? Apa perasaan mereka jika ini berlaku kepada keluarganya.

Sungguh menyayat hati apabila mendapat email menyatakan Pelajar ini diculik ketika dalam perjalanan ke Sekolah untuk menduduki UPSR. Takziah kepada keluarga nya.

AMARAN!

GAMBAR INI TIDAK SESUAI DI TONTON OLEH SI LEMAH SEMANGAT!

n1076015660_348055_7772335 n1076015660_348059_6081983 n1076015660_348060_1331717 n1076015660_348061_6691640 n1076015660_348062_4780326 n1076015660_348064_1898833

Wednesday, October 14, 2009

Contoh Kertas Kerja

Hari ini Afiq telah mengunakan segala kepakaran ilmu yang telah dibelajar dahulu. Itu pun setelah merujuk kepada beberapa file lama bagi menghasilkan kertas kerja ni. Ni adalah cuma sekadar kertas kerja untuk pihak dalaman dalam mesyuarat. Kalau nak submit kat bank, korang rasa lepas tak? ahak..

 

Maklumlah, dah lama tinggalkan perkara3 surat ni. Kalau lah pensyarah Afiq dapat tahu, sure diaorang ketuk kepala Afiq. Penat diaorang ajar. Yang ni baru kertas kerja, belum lagi buat akaun, sure tunggang terbalik macam kerja seorang kontraktor kelas F buat Lejer.

 

Tulah, masa belajar dulu memain je lebih. Skangkan dah susah. Ni yang Afiq terpikir nak cari kerani ni. Ada tak yang sangup kerja dengan Afiq?

Syarat-syarat kelayakan:

1) sangup kerja lebih masa

2) tidak mengira upah dan gaji yang diberi

3) melakukan kerja dengan ikhlas

4) berkebolehan menahan cacian dan kemarahan

5) sangup menerima gaji mengikut ketentuan dgn ala kadarnya

Sape yang berminat, leh hantar resume. Untung-untung nanti Afiq pangil temuduga eh. Yang tak dapat tu jangan rasa terduga. Sila cuba lagi.

 

Kertas Kerja Program

Perkara : Program Motivasi dan pengukuhan diri

Tarikh : 1 November 2009

Tempat : Auditorium Al-Azim

Masa : 9 Pagi – 5 Petang

Objektif Program

1) Menyediakan Program Motivasi kepada pelangan-pelangan.

2) Menjaga perhubungan antara sekolah-sekolah dan Kelab Anugerah Intelek.

3) Menyediakan Dana kelab untuk membeli baju t-shirt, kemeja F1, jaket dan Bissness Card.

4) Memperkenalkan Kelab Anugerah Intelek sebelum Program ‘Persediaan Menghadapi UPSR’

5) Mengumpul data pelajar bermula daripada darjah 4.

Anggaran Perbelanjaan

1) Sewa dewan = RM 1200.00

2) Penceramah 1 (Encik Rohizal) = RM 600.00

3) Penceramah 2 (Cikgu Zulkefli) = RM 500.00

4) Makan minum = RM 5.00 per pelajar

5) Bahan = RM 2.50 per pelajar

6) Lain-lain perbelanjaan = RM 200.00

Anggaran perbelanjaan untuk 200 pelajar

RM 4000.00

Titik pulang modal

130 pelajar = RM 4000.00

Anggaran Keuntungan bagi keperluan Dana Kelab

200 pelajar @ RM 30 = RM 6000.00

Kos perbelanjaan = -RM 4000.00

Baju T-shirt dan kemeja = -RM 800.00

Bussness Card = - RM 500.00

Banner Kelab = - RM 100.00

Jaket urusetia = - RM 600.00

Lebihan = RM 0

Strategi Pemasaran

Melalui pamplet ke sekolah-sekolah terutamanya di kawasan bandar Melaka. Bayaran ditetapkan selaras RM30 dan sasaran kepada semua golongan. Melalui pihak sekolah, selain dapat memperkenalkan kelab, pihak kami juga dapat mengumpul data-data pelajar bermula dari darjah 4 sehingga darjah 6.

Sasaran Pasaran

Di sasarkan kepada sekolah-sekolah terutamanya disekitar kawasan Bandar Melaka. Program ini juga tebuka kepada darjah 4 dan darjah 5 tahun 2009. Merupakan program akhir kelab untuk program tahun 2009. Kami mensasarkan kehadiran pelajar ialah 200 orang.

 

Disediakan oleh :

________________________

Mohamad Afiq B. Abu Bakar

Ketua Pegawai Perhubungan

Kelab Anugerah Intelek

Negeri Melaka.

 

Disemak oleh :

_______________________

Aziezan B. Abidin

Ketua Pegawai Operasi

Kelab Anugerah Intelek

Negeri Melaka.