Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 16, 2009

Tutorial : Melajukan Mozilla Firefox

Mengunakan Mozilla sebenarnya memang terbaik bagi Afiq. Dengan plug in nya yang lebih mesra penguna, memudahkan melayari segala web dan program dengan lebih cepat. Dan yang lebih penting, loading nya cepat berbanding IE (Internet Explorer).

 

Bagi yang masih mengunakan IE tu, bawa3 lah berubah. Memang IE lembab dan tak berguna pada Afiq. Nasib lah window dah built in kan. Kalau kene install, memang dah lama hilang dalam laptop ini. Bagi yang masih belum menginstall Mozilla ini, download dulu di http://download.mozilla.org/?product=firefox-3.5.3&os=win&lang=en-US

 

Apa yang Afiq nak kongsi hari ini adalah untuk mencepatkan lagi loading page sesebuah web yang kita buka tetapi bukan lah menambah kelajuan Internet. Loading dapat dipercepatkan kerana cara ini membatalkan respon yang diterima oleh Mozilla.

 

Caranya mudah. Buka Tab baru mozilla. Taipkan <about:config>

 

Selepas itu anda mendapati ada arahan I'll careful, I am promise -> klik je button tu

1cats

 

Bila dah keluar gambar diatas, ada beberapa perkara yang korang perlu buat dan tambah.

1:Cari perkataan iaitu dengan  mengunakan filter  "network.http.pipelining"  dan setkan kepada "true"

cats
2: Cari perkataan "network.http.proxy.pipelining" dan setkan kepada "true"

cats2
3: Cari perkataan " network.http.pipelining.maxrequests" dan setkan nilai sedia ada kepada 30.

Untitled

4. Selepas tu korang klik kanan mouse/tetikus anda dan pilih New > Integer, masukan nama Preference Name sebagai " nglayout.initialpaint.delay" dan kemudian masukan nilai tersebut kepada nilai "0". Ia merupakan nilai dimana masa Mozilla menunggu data diloadkan sebelum diterima.

 

Bila dah selesai semua ni, restart balik Mozilla Firefox korang. Selamat Mencuba!

1 Komen Pembaca:

Kennee said...

Tips bagus!!!

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya