Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Wednesday, October 7, 2009

N31 Bagan Pinang


Kita semua sedia maklum pada 11 Oktober 2009 ini, berlakulah lagi satu Pilihan Raya Kecil di Dun N-31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan. 1 lawan 1 iaitu pertembungan antara Barisan Nasional dan Pas yang kita bakal saksikan nanti. Memang terlalu banyak peristiwa yang tercalit seperti Pilihan2 Raya sebelumnya. Pergaduhan, percakaran, perbahasan dan sebagainya menjadikan suasana yang sebegitu tegang di sana.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnYhZyAOhlsdNVvtVEVXDlAeGANrEVDZG_vedEPkfM1ncTA8dD4_74RPQKmzDdJU1UNNcRF_14BRTvUV4DqzN1pFc-v0sfjtX7Ns2MwLSEIuq_wFnwxiKAJ0-sr-X_Rpl8MaCiEFgojsY/s400/bagan-pinang-byelection.png
Provokasi dari pihak yang tidak bertangungjawab mencerminkan meraka sebenarnya terdesak untuk merebut kuasa dan pangkat. Sehinggakan sangup mempergadaikan maruah parti untuk terus memerintah. Maklumlah peruntukan bagi setiap adun dikatakan Rm200000 setahun, belum masuk peruntukan projek infrastuktur yang segera. Mungkin kerana ini yang dipertaruhkan maka berlakulah perkara yang bangsat supaya dapat membolot semuanya.

Calon dari Barisan Nasional, Tan Sri Isa Samad yang pernah memengang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan diangap calon terbaik untuk memenangi hati rakyat. Walaupun kes pergantungan Rasuah beliau masih lagi terpalit disetiap minda masyarakat. Adakah ini yang dikatakan pemimpin yang bersih?

26 Jun 2005
MOHD. ISA Abdul Samad di kediamannya di Kampung Sri Rusa, Port Dickson malam tadi selepas beliau digantung keahlian UMNO selama dua penggal. – Gambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN.
KENYATAAN MEDIA (26 Jun 2005)

Kuala Lumpur, 26 Jun 2005 : Pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun lalu.

Dalam pertandingan tujuh penjuru bagi jawatan itu, Mohd. Isa berada di kedudukan teratas dengan 1,507 undi diikuti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mendapat 1,329 undi, manakala Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat ketiga dengan 1,234 undi.

Penggantungan ini telah mengesahkan segala desas desus berhubung kemenangan besar beliau dalam Pemilihan UMNO yang lalu. Ini sekaligus menunjukan bahawa UMNO bukan sahaja busuk diperingkat bawahan tetapi sememang membusuk dari peringkat atasan.

Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO ini benar – benar mencalarkan karier politik Mohd Isa. Beliau seharusnya berundur serta merta sebagai Ahli Parlimen. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga mendesak agar beliau meletakan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan memandangkan beliau juga telah melanggar kod etika penjawat awam.

Jika dirujuk pada Akta Pencegahan Rasuah 1997, beliau kini seharusnya sudah merengkok didalam penjara. Perenggan ke 11, Akta Pencegahan Rasuah 1997

Jika kita lihat, sepatutnya Isa Samad masih lagi dalam proses pergantungan. Tetapi mengapa beliau masih boleh bertanding? Jika inilah calon yang dipilih, memang lah anda tidak berotak dan menyokong rasuah. Dan memang sepatutnya hak korang sentiasa diperah bagi memuaskan nafsu Pemimpin.

Afiq seru kepada semua, lakukan lah sedikit perubahan. Beri peluang pada calon lain untuk memberi hak kepada anda untuk pembangunan masyarakat setempat. Jangan musnahkan masa depan kawasan korang demi anak-anak bangsa. Baik masyarakat Melayu mahu pun Kaum lain. Semua mahu hidup dan dibela dengan adil.

Kita lihat calon dari Pas, bukan lah calang2 orang. Berpendidikan tinggi dan beribawa juga dari segi akhlaknya. Jangan kita lihat agama dan bangsa, tetapi kita lihat ketokohannya. Antara yang baru dengan yang rahsuah serta bangkai. Kita nak pilih yang mana?

Nama : Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)
Nama Isteri : Saeiah bt Tarmizi
Bilangan Anak


:


6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)




Latar Belakang Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporat Communication), Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) UiTM


Latar Belakang Politik Dalam PAS
  • Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
  • Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)
  • Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)
  • Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)
  • Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)
  • Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)
  • Mantan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999 - 2001)
  • Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)


Latar Belakang Kerjaya
  • Pengarah Urusan / Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn.Bhd
  • Mantan Pengurus Kanan (Perniagaan) – IS Technologies Sdn.Bhd (1999 – 2004)
  • Mantan Ketua Bahagian (Market Planning-C & B) – Telekom Malaysia
  • Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor
  • Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom
  • Mantan Biro Perkhidmatan Angkasa


Latar Belakang Organisasi NGO
  • Pengerusi No Incinerator Broga (Negeri Sembilan-Selangor)
  • Penasihat Persatuan Penduduk Tiang / Sri Petaling, Jelebu Negeri Sembilan
  • Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang,Broga)
  • Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan
  • Penasihat Persatuan Penjaja Ayam (Pasar Seremban)
  • Penasihat Jawatankuasa Bertindak Getco, Jele

Pemimpin Berjiwa Rakyat!

Afiq lihat sendiri apa yang berlaku di kawasan Linggi hingga ke Port Dickson. Infrastuktur Jalan sangat teruk. Bagi yang biasa lalu, tahu lah bagaimana keadaannya. Dah berpuluh tahun masih tak ubah. Dulu, pemimpin buat ape? Habiskan duit rakyatkan?

Pikir dahulu sebelum memilih Calon.
Antara Yang baru atau Yang lama dan Haram.


Bersama kita lakukan sedikit Perubahan.

Hak Anda, Hak Rakyat!

3 Komen Pembaca:

iyouwe.info said...

keadilan tidak ada di pilihan raya tersebut, baner PR banyak diturunkan pada petang tadi! Nanged u. Nang the cakes that made in moon. TQ!

hcvvorld of Travels, Lifestyle and Photography said...

Harap2 lah.. calon yang berkaliber dan bersih menang..

Mr azmie said...

Bagus2..berjiwa rakyat...hidup pas...huhu

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya