Blog Widget by LinkWithin

Sunday, October 11, 2009

LIVE N-31 Bagan Pinang : 46.5% Mengundi setakat 12 Tgh Hari.

Seramai 4,220 atau 46.5 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya sebentar tadi.

Proses pengundian hari ini melibatkan 18 saluran peti undi di lapan pusat pengundian.

Seramai 4,604 pengundi pos mengundi bermula Khamis lepas.

Ketika ini, keadaan di beberapa pusat mengundi antaranya di Sek. Keb Telok Kemang, Sek. Keb Panglima Adnan dan SRJKC Ladang Siliau meriah dengan gelagat penyokong parti dan peraih undi yang berada di luar pusat mengundi bagi menarik sokongan pemilih.

SPR dijangka akan mengumumkan keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang seawal pukul 8 malam ini.

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya