Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, March 26, 2010

Video pesawat TUDM terhempas

SINTOK: Perasmian Karnival Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam, bertukar tragedi apabila sebuah pesawat jenis Pilatus PC-7 MK II Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat persembahan sempena majlis itu, terhempas di kawasan hutan simpan di situ dan mengorbankan juruterbangnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, pesawat dipandu Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat persembahan sebelum terjunam ke dalam kawasan hutan simpan berhampiran kolej kediaman pelajar MISC/TM.


Ia menyebabkan suasana di Stadium UUM ketika majlis yang dirasmikan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan turut dihadiri Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi gempar berikutan bunyi letupan kuat diikuti asap hitam keluar dari kawasan hutan tempat pesawat itu terhempas.


Suasana majlis perasmian itu menjadi gamat apabila kira-kira 500 hadirin, terutama pelajar menjerit kerana terkejut dengan kemalangan itu.


Dua jentera dengan 14 anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan mengambil masa kira-kira sejam untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa yang ditemui beberapa meter dari pesawat. Selain bomba, operasi turut dibantu pihak TUDM dan UUM.


Mangsa dikatakan maut akibat terhempas selepas dipercayai melonjak keluar menggunakan kerusi anjal ketika pesawat menjunam, manakala separuh dari badan pesawat musnah.


Mayat juruterbang dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.


Detik cemas itu sempat dirakam di dalam sebuah video sila klik video di bawah untuk menonton

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya