Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 31, 2010

Masakan Hari Ini:

Kambing Bakar Manja, Kacang Panggang Berirama dan Coslow Seri Bujang!

Ok..korang jangan ingat lelaki tak boleh masak tau! Tengok, amacam? Confirm meleleh punya..

31032010318

Kalau order kat hotel sure dah kene berpuluh ringgit, tapi sebenarnya simple je buat. Meh Afiq kongsi kepada korang eh..

Mula-mula, perap daging kambing dulu. Pakai je serbuk BBQ yang dah siap adun. Tak perlulah kita nak kumpul rempah ratus pelbagai. Kang menanah perot kebulur. Curah je serbuk BBQ atas daging yang dah dicuci. Biarkan dalam 1 jam. Untuk pengetahuan korang, daging kambing ni boleh didapati kat SuperMarket. Dah siap potong2 macam ni. Jangan korang pergi beli sekor kambing plak.

31032010314

Sambil tungu daging itu terperap, jom kita sediakan coslow plak. Korang mesti ingat selama ni kita leh makan coslow kat KFC je kan? Afiq buat lagi sedap tau! Senang je, bahan2 nya ialah Mayonis Lady Choice, Kobis, Lobak Merah dan lemon.

Potong Kobis dan Lobak Merah dulu, potong kecik2, ikut bentuk yang korang suka. Nak panjang2 ke nak potong dadu ke suka hati. Yang penting korang potong. Kang ada plak yang letak seketul Kobis dengan seketul lobak, menjawab aku nanti.

Dah siap potong, masuk kan mayonis secukup rasa dan gaulkan. Perah skit air lemon, tapi jangan sampai terlalu masam. Sesedap rasa je. Gaul lah sambil-sambil tengok TV. Gaul tu biar pakai sudu, jangan sedap2 je gaul pakai tangan. Ada yang tak mau makan coslow korang tu kang.

31032010317 Afiq namakan Coslow Seri Bujang sebab yang buat tu orang bujang yang berseri-seri. Hahaha..

Bila dah siap je coslow, korang dah boleh lah start bakar daging tu. Tapi tak payah lah sampai nak hidupkan api bagai, masuk je dalam Micro Wave. Buat masa 7-10 minit sambil diterbalik2 kan.  Cepat dan ringkas. Ingat, bakar Manja-Manja, kalau tak xjadi Daging Kambing Bakar Manja.

Sambil tunggu daging masak, sediakan kacang panggang. Cuma bukak penutup tin tu eh. Biasanya Afiq pilih yang sos cheese berbanding sos tomato. Tapi korang ikut lah selera memasing. Yang penting, nyanyikan 1 2 lagu sambil tuangkan Kacang Panggang Berirama ni.

31032010315

Bila dah siap semua nya, letak lah dalam pingan elok-elok. Hasilnya pasti memberangsangkan. Ini kalau mak mertua tengok, mesti dia shuffle punya! Rasa tak yah cakap lah, confirm melotop!

31032010319 Ini lah hasilnya..Selamat Mencuba eh korang!

1 Komen Pembaca:

Yann said...

sgt menyelerakan

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya