Blog Widget by LinkWithin

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Meningal Dunia. Al-Fatihah.

Din beramboi baru saja menghembuskan nafas terakhir pada jam sekitar 12.30am sebentar tadi.. Al-Fatihah..
Negara kehilangan seorang penghibur yang hebat! Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh beliau!
Saya baru diberitahu bahawa Jenazah ABang Din Beramboi akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan (FRIM) sebelum solat Jumaat esok!

NAMA SEBENAR: Meor Ahmad Fuad bin Meor Badri
TARIKH LAHIR: 22 Jun
TEMPAT LAHIR: Sg. Besi, Selangor
ZODIAK: Capricorn
NAMA ISTERI: Suhaini Bt. Che' Man
KERJAYA: Penyampai radio Era, pelakon, pengacara, pelakon, penyanyi
HOS: Mandi
FILEM: Baik Punya Cilok, Papadom
ALBUM: Aduhai Mimpi
BAND: Diplomasi(pernah popular suatu ketika dulu)

 

Sejarah terciptanya nama Din Beramboi?

Buku Sawancara Din Beramboi - tulisan Mior Ahmad Fuad.

karektor Din Beramboi - Lukisan Ujang.

SIAPAKAH SEBENARNYA DIN BERAMBOI?

ADAKAH WATAK INI BENAR-BENAR WUJUD?

SUATU ketika dulu pada awal 1990-an, nama Din Beramboi cukup popular. Watak ini menjadi kegilaan pada ketika itu. Namun begitu watak Din Beramboi menjadi lebih misteri apabila ia diperebutkan.


SEJARAH AWAL PENCIPTAAN KAREKTOR WATAK DIN BERAMBOI.
Idea untuk melukis watak Din Beramboi dalam bentuk kartun bermula pada tahun 1987. Ketika itu, Ibrahim Anon (ujang) yang merupakan pelukis kartun majalah Gila-Gila sedang menuntut Pengajian Seni Kreatif di USM Pulau Pinang. Disanalah buat pertama kalinya beliau mendengar kaset interview dengan orang gila yang sangat popular dikalangan mahasiswa. Malahan kaset itu juga cukup popular di semua pusat pengajian tinggi.
Namun tidak siapa dapat memastikan dari mana kaset tersebut didapati. Isi kaset itu ialah temuramah dalam dialek negeri sembilan dengan orang gila yang menggelarkan dirinya Din Beramboi. Dalam temubual itu, Cara orang gila tersebut menjawap soalan-soalan yang diajukan cukup melucukan.
Dari sinilah timbul idea Ujang untuk melukis watak Din Beramboi ini. Pada awalnya iaitu dalam tahun 1988, beliau cuba mempopularkan watak kartun Din beramboi ini di majalah Gila-Gila. Watak ini telah diberi kolum khas dalam Isu Gila-Gila 325, keluaran 15 MAC 1992, Bumper Raya “Super Selebet Hari Lebaran” pada muka surat 8 dengan artikel bertajuk “Siapakah Professor Serba Tau?” .
maklumat lanjut link- http://jibam.cesb.net.my/2007/04/11/din-beramboi-di-gila-gila/
Pada Januari 1994, selepas keluar dari Majalah Gila-Gila, beliau terus mempopularkan watak Din beramboi dalam Majalah kelolaan beliau sendiri dengan mengambil nama samaran beliau iaitu UJANG bersama motto Majalah Lawak Antarabangsa. Majalah UJANG ketika itu, diterbitkan oleh Kharisma Publication Hood iaitu sebuah kompeni yang masih baru bagi bidang penerbitan, tetapi dalam bidang teknologi tinggi KHARISMA Group of Companies mempunyai empayarnya sendiri. Kharisma Group of Companies telah bertapak berpuluh tahun dengan rangkaian syarikat di beberapa buah Negara luar.

Pada keluaran pertama Majalah UJANG lagi, beliau telah memperkenalkan watak ini sekaligus dijadikan maskot majalah tersebut. Sejak itu watak Din beramboi seakan-akan memberi satu fenomena baru yang luar biasa dalam dunia kartun dan humor.

Ketika mengelola Majalah UJANG juga, beliau sempat menghasilkan 2 kaset rakaman Din Beramboi iaitu Radio 9 Din Beramboi dan Din Beramboi Live in Seremban. Kedua-dua kaset ini mendapat sambutan luarbiasa. selain itu terdapat juga 3 koleksi Din Beramboi diterbitkan. Salah satu Sebab jualan majalah UJANG mencatatkan rating yang tertinggi berbanding majalah kartun dan humor lain ialah kerana keberkesanan watak maskot Din Beramboi yang berjaya menambat hati pembaca Majalah tersebut.

Di saat watak ini mencapai puncak popularitinya, Muncul individu bernama Meor Ahmad Fuad Meor Badri yang mendakwa watak Din Beramboi sebenarnya ciptaannya. Ianya telah diciplak. Menurut Meor Ahmad Fuad, nama sebenar watak ciptaannya itu ialah Din Beramboi Alai Berjanggut. Menurut meor lagi, beliau membuat rakaman Din Beramboi itu secara santai dengan menggunakan alat perakam biasa. Kemudian dia meminta tolong rakannya menguruskan rakaman tersebut supaya menjadi lebih cantik. Tahu-tahu cerita Din Beramboi ciptaan beliau itu sudah tersebar luas. Maka berlakulah perebutan watak Din Beramboi tersebut. kontroversi ini turut digembar gemburkan oleh Media cetak dan elektronik.

Saat itu tiada siapa yang tahu kebenarannya hinggalah perkara ini berlanjutan ke mahkamah. Akhirnya Ujang menarik diri daripada perebutan watak itu. Menurutnya tidak mungkin beliau menjerat diri dengan kebodohan jiwa yang tidak terbatas.

Bagi Meor pula, nama Din Beramboi tersebut seolah-olah memberi satu sinar baru dalam kerjaya seninya. Beliau mula mendapat perhatian. Pada tahun 2000, Meor tampil dengan album celoteh bersama Aznil Nawawi berjudul Sawancara Aznil Dengan Din Beramboi. Album itu yang diterbitkan oleh Kirabagus diedarkan oleh PonyCanyon.

Selepas itu pada 2002, beliau tampil pula dengan album Din Beramboi Cari Makan yang memuatkan lagu dan sketsa terbitan Broadway. Kebolehan luarbiasa Meor Ahmad Fuad Meor Badri ialah beliau mampu meniru pelbagai gaya suara. Beliau pernah menjadi penyampai di stesen radio THR pada 1996. Sewaktu bertugas di stesen radio tersebut, beliau popular dengan program Ronda-Ronda.

Meor juga pernah melukis karikatur untuk majalah Din Beramboi yang pernah diterbitkan selepas kontroversi watak tersebut (tetapi hanya berjaya terbitan lapan isu sahaja) Majalah Din Beramboi @ Din Lawak diterbitkan oleh Tempo Publishing, 1997 Petaling Jaya. Beliau juga pernah mengeluarkan buku Siri sawancara eksklusif Din Beramboi/Mior Ahmad Fuad yang diterbitkan oleh Melati Publishing, Kuala Lumpur pada tahun 1995. Sehingga hari ini Meor Ahmad Fuad Meor Badri masih menggunakan nama samaran Din Beramboi buat dirinya.

Apapun, biarlah watak Din Beramboi ini menjadi lipatan sejarah buat semua kerana bukan niat kita untuk mengenang kisah lama. Afiq berpendapat bahawa watak Din Beramboi ini cukup meninggalkan kesan di hati pembaca-pembaca majalah kartun dan humor tempatan ketika era kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Al-Fatihah buat saudara Din Beramboi..

6 Komen Pembaca:

Salwa said...

saya peminat din beramboi, sangat sedih dengan pemergiannya...alFatihah...kami sekeluarga sangat minat dan sayang pada arwah...

Sky0ne said...

fakta yang bagus bro...thanks for sharing!

Azam said...

Tahun tahun 90-92.Kaset rakaman ni bergerak diserata dorm/rumah sewaktu di ITM dulu..last2 ada yag pinjam x bagi balik..Alfatihah untuk Allahyarham Meor a.k.a Din Beramboi

EgNaro said...

Bro..aku tau cite ni..nak copy-paste boleh?? nanti aku bagi kredit kat blog ko ni..

Anonymous said...

band Diplomasi : Lagu bertajuk seloka cinta.

jojie said...

saya sekeluarga amat menyayangi allahyarham abg din beramboi,semoga rohnya dicucuri rahmat,alfatihah

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya