Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, October 9, 2009

Siapa pukul Siapa?

Hari tu kita dengar Ketua Putera Umno di pukul oleh kira2 20 orang petugas Pas. Siap buat kenyataan media dia dipukul. Ambik gambar tang tengkuk dia yang berkerak tu. Kalau Afiq tunjuk bontot Afiq yang hitam ni pun boleh cas kena pukul tak??

Kita lihat gambar Dato Azeez dipukul!

IMG_0261 Ni Gambar Azeez di cekik oleh petugas Pas. Sambil disaksikan oleh Menteri Ismail Sabri dgn senyuman.

IMG_0260

Afiq pelik betullah dengan diorang ni. Modal dah xde ke sampai nak publis murahan. Sampai sangup mempergadaikan maruah cakap diri dipukul. Kalau betul nak kene pukul, bagilah tahu 1 Malaysia, meh kita ramai2 ganyang dia.

7b5479dec6a787dc242d10450618525c IMG_0262

http://malaysiakini.com/news/114490

Yang dalam gambar ni sampai berdarah2 sape nak jawab? Wahai Dato Azeez, ko ada kene macam ni tak? Kalau Setakat tunjuk kerak tengkuk, meh aku tunjuk kerak bontot. Nak tahu sape lagi tebal lebam.

Umno dan Gengster memang lah tak dapat dipisahkan. Yer lah, korang kuat kot. Hari2 makan telur ayam 12 bijik. Patut perut memasing membusung. Kalau korang kuat skali pun, jangan lah nak cari punchbeg masa PRK ni. Dok diam kempenkan Bapa Rasuah korang tu sudah lah. Jangan kacau orang lain.

Malas lah Afiq nak cite, buat rosak fikiran je. Nak tipu si penipu, mana lah boleh menang kan? So buatlah tafsiran sendiri. Diam-diam sudah.

Live-Bagan Pinang

Ternyata bahang pilihan raya semakin dirasai. Kemuncaknya akan tiba sabtu ini untuk menempuh Pilihan Raya Kecil N31 pada Ahad ini. Yang berkesempatan, pergi lah melihat sendiri dengan lebih dekat.

 

Begitu juga dengan Afiq, PRK yang lepas kekangan masa menjadi penghalang. Bila dah dekat begini, pasti saat ini tidak akan dilepaskan. Kemeriahan dan semangat tergambar disana. Yakini kemenangan berada dipihak Rakyat!

 

POSTER 9hbBt2

Jumaat ini kemuncak bagi memancing undi. Ceramah perdana ini bakal disaksikan oleh pengundi2 Bagan Pinang. Afiq pastinya akan berada disana! Bagi pembaca2 blog ini, boleh lah berjumpa dengan Afiq disana. Mari kita ramai2 memeriahkan Majlis Ilmu ini!

 

Antara Lain yang bakal di adakan :

(klik untuk besarkan)

 

POSTER 9hbBt4 POSTER 9hbBt6

POSTER 9hbBt9

Jangan lepaskan peluang

berjumpa Afiq disana!

Thursday, October 8, 2009

Juara Akademi Nasyid-Ustaz Azhan Atan

Memang nama nya tak seglamor Mawi Juara Akademi Fantasia, tetapi dia juga merupakan Juara Seni tanah air. Beza nya cuma irama Nasyid. Memang lunak suaranya melayakkan beliau menjadi Juara Akademi Nasyid Tv9 itu.

100_2082

Nama Penuh: Azhan Atan
Umur: 35 tahun
Asal: Pekan Nanas, Johor
Pekerjaan: Perniagaan Sendiri

http://azhan-atan.blogspot.com/

Beliau juga merupakan Ketua Pemuda Pas Tanjung Piai Johor.

Jangan kita lupakan Nasyid dan pengiat seni tanah air ini. Beliau juga berbakat besar. Mari kita menyokong dakwahnya. Sesiapa yang mahu memangil beliau untuk persembahan, boleh layari laman blognya.

Wednesday, October 7, 2009

N31 Bagan Pinang


Kita semua sedia maklum pada 11 Oktober 2009 ini, berlakulah lagi satu Pilihan Raya Kecil di Dun N-31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan. 1 lawan 1 iaitu pertembungan antara Barisan Nasional dan Pas yang kita bakal saksikan nanti. Memang terlalu banyak peristiwa yang tercalit seperti Pilihan2 Raya sebelumnya. Pergaduhan, percakaran, perbahasan dan sebagainya menjadikan suasana yang sebegitu tegang di sana.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnYhZyAOhlsdNVvtVEVXDlAeGANrEVDZG_vedEPkfM1ncTA8dD4_74RPQKmzDdJU1UNNcRF_14BRTvUV4DqzN1pFc-v0sfjtX7Ns2MwLSEIuq_wFnwxiKAJ0-sr-X_Rpl8MaCiEFgojsY/s400/bagan-pinang-byelection.png
Provokasi dari pihak yang tidak bertangungjawab mencerminkan meraka sebenarnya terdesak untuk merebut kuasa dan pangkat. Sehinggakan sangup mempergadaikan maruah parti untuk terus memerintah. Maklumlah peruntukan bagi setiap adun dikatakan Rm200000 setahun, belum masuk peruntukan projek infrastuktur yang segera. Mungkin kerana ini yang dipertaruhkan maka berlakulah perkara yang bangsat supaya dapat membolot semuanya.

Calon dari Barisan Nasional, Tan Sri Isa Samad yang pernah memengang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan diangap calon terbaik untuk memenangi hati rakyat. Walaupun kes pergantungan Rasuah beliau masih lagi terpalit disetiap minda masyarakat. Adakah ini yang dikatakan pemimpin yang bersih?

26 Jun 2005
MOHD. ISA Abdul Samad di kediamannya di Kampung Sri Rusa, Port Dickson malam tadi selepas beliau digantung keahlian UMNO selama dua penggal. – Gambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN.
KENYATAAN MEDIA (26 Jun 2005)

Kuala Lumpur, 26 Jun 2005 : Pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun lalu.

Dalam pertandingan tujuh penjuru bagi jawatan itu, Mohd. Isa berada di kedudukan teratas dengan 1,507 undi diikuti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mendapat 1,329 undi, manakala Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat ketiga dengan 1,234 undi.

Penggantungan ini telah mengesahkan segala desas desus berhubung kemenangan besar beliau dalam Pemilihan UMNO yang lalu. Ini sekaligus menunjukan bahawa UMNO bukan sahaja busuk diperingkat bawahan tetapi sememang membusuk dari peringkat atasan.

Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO ini benar – benar mencalarkan karier politik Mohd Isa. Beliau seharusnya berundur serta merta sebagai Ahli Parlimen. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga mendesak agar beliau meletakan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan memandangkan beliau juga telah melanggar kod etika penjawat awam.

Jika dirujuk pada Akta Pencegahan Rasuah 1997, beliau kini seharusnya sudah merengkok didalam penjara. Perenggan ke 11, Akta Pencegahan Rasuah 1997

Jika kita lihat, sepatutnya Isa Samad masih lagi dalam proses pergantungan. Tetapi mengapa beliau masih boleh bertanding? Jika inilah calon yang dipilih, memang lah anda tidak berotak dan menyokong rasuah. Dan memang sepatutnya hak korang sentiasa diperah bagi memuaskan nafsu Pemimpin.

Afiq seru kepada semua, lakukan lah sedikit perubahan. Beri peluang pada calon lain untuk memberi hak kepada anda untuk pembangunan masyarakat setempat. Jangan musnahkan masa depan kawasan korang demi anak-anak bangsa. Baik masyarakat Melayu mahu pun Kaum lain. Semua mahu hidup dan dibela dengan adil.

Kita lihat calon dari Pas, bukan lah calang2 orang. Berpendidikan tinggi dan beribawa juga dari segi akhlaknya. Jangan kita lihat agama dan bangsa, tetapi kita lihat ketokohannya. Antara yang baru dengan yang rahsuah serta bangkai. Kita nak pilih yang mana?

Nama : Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)
Nama Isteri : Saeiah bt Tarmizi
Bilangan Anak


:


6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)




Latar Belakang Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporat Communication), Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) UiTM


Latar Belakang Politik Dalam PAS
  • Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
  • Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)
  • Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)
  • Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)
  • Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)
  • Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)
  • Mantan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999 - 2001)
  • Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)


Latar Belakang Kerjaya
  • Pengarah Urusan / Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn.Bhd
  • Mantan Pengurus Kanan (Perniagaan) – IS Technologies Sdn.Bhd (1999 – 2004)
  • Mantan Ketua Bahagian (Market Planning-C & B) – Telekom Malaysia
  • Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor
  • Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom
  • Mantan Biro Perkhidmatan Angkasa


Latar Belakang Organisasi NGO
  • Pengerusi No Incinerator Broga (Negeri Sembilan-Selangor)
  • Penasihat Persatuan Penduduk Tiang / Sri Petaling, Jelebu Negeri Sembilan
  • Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang,Broga)
  • Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan
  • Penasihat Persatuan Penjaja Ayam (Pasar Seremban)
  • Penasihat Jawatankuasa Bertindak Getco, Jele

Pemimpin Berjiwa Rakyat!

Afiq lihat sendiri apa yang berlaku di kawasan Linggi hingga ke Port Dickson. Infrastuktur Jalan sangat teruk. Bagi yang biasa lalu, tahu lah bagaimana keadaannya. Dah berpuluh tahun masih tak ubah. Dulu, pemimpin buat ape? Habiskan duit rakyatkan?

Pikir dahulu sebelum memilih Calon.
Antara Yang baru atau Yang lama dan Haram.


Bersama kita lakukan sedikit Perubahan.

Hak Anda, Hak Rakyat!

Monday, October 5, 2009

Jamuan Hari Raya @ Holiday Inn

Hari ini, Afiq telah dijemput untuk Open House Etiqa di Holiday Inn. Makan memang xleh ingat, kambing panggang dan satey menjadi buruan utama. Sampai berkali-kali round makan. Kalau setakat rendang dengan ketupat tu dah puas makan kat open house rumah kawan3. Dan tak pernah plak org buat kambing panggang kan? So jangan lepaskan peluang ini!

100_1985 Biasalah kalau dah se-hensom ni, confirm bergambar tak ingat nyer. Ada lah beberapa gambar yang menarik tapi xsangka plak kat hotel ni ado beca. So leh snap pic dengan percuma. Kalau kat Kota A-Famosa dah kene ketuk Rm10 kan?

100_2019

Masa Afiq dok lepak2 kat Lobi, tertarik plak kat satu lembaga ni. Memang cun gile. Rasanya lum pernah jumpa lagi. Baru kot. Ianya ialah Honda Jazz baru. Warna biru kilat3. Body kit pun lain dari yang biasa tgk kat jalan. Tapi tak tahu lah pulak kewujudan makluk baru ni. Lepas ni nak tgk kat showroom Honda lah.

100_1996                                                      Cantikan?

Rasanya dah tingal beberapa hari je lagi nak akhir Syawal. Tapi ada banyak lagi rumah yang lum sempat dikunjungi ni. Maklum lah skang dah sibuk keje. Yang mana tak sempat tu, maaf lah eh. Tahun depan InsyAllah Afiq datang. Janji korang jemput.

Friday, October 2, 2009

Perodua MPV D46T

Pada November ini Syarikat kenderaan tempatan iaitu Perodua akan mengeluarkan satu lagi model terbaru kenderaannya dari jenis MPV. MPV dr produa ini menjadikan persaingan sengit diantara persaingnya Proton. Dengan kapasiti enjin 1.5cc dan muatan 7 orang penumpang ini, mungkin MPV ini sesuai dimiliki. Lebih3 lagi dimaklumkan harganya sekitar RM65k sahaja.

Pada pandangan pertama Afiq, Bentuk depan dan belakangnya tidak ubah seperti model terdahulu iaitu Myvi. Tetapi papan pemukanya menyerupai model dari Toyota. Memang tidak asing lagi kerana teknologi yang digunakan oleh Perodua adalah dari Toyota. Ada juga yang mengatakan ianya iras model Toyota Passo Sette.

Walau bagaimanapun Afiq mengucapkan syabas kepada Produa dengan pelancaran Model MPV pertamanya. Harap-harap kualitinya sama dengan Toyota dan lebih berbaloi kepengunaannya.



















Rasa-rasanya Afiq tidak berminat kot untuk membelinya. Tunggu anak dah ramai nanti baru tukar MPV.

Anti Virus

http://www.sbunit.com/images/anti-virus.jpg
Anti Virus ini sebenarnya merupakan software penting yang mesti ada didalam Pc korang. Zaman Global yang cangih ini, virus dah terlalu cangih sehinggakan mampu merosakkan sistem Pc korang. Bukan setakat kehilangan file2 penting, tetapi juga menjahanamkan OS dan Pc. Ambil lah langkah berjaga2 untuk menjaga Pc ini dari sebarang ancaman.

Anti virus ini pula ada pelbagai jenis dan beribu2 banyaknya dipasaran. Jenis Anti virus ni juga mengikut spec dan kepengunaannya dalam sistem yang korang pakai. Sebagai contoh, sebahagian anti virus ini juga mengkhaskan mengikut Os tertentu. Bukan boleh main install je. Anti virus juga biasanya mengakses bahagian sistem dalam Os, dan kerosakan pada file Anti virus juga akan merosakkan sistem Os atau Windows. Biasanya ini terjadi semasa meng install anti virus yang tidak sesuai kedalam Pc. So korang kena berhati3 dalam memilih anti virus mana yang sesuai.

Disebabkan Afiq baru mengunakan Os Windows 7, dan anti virus yang Afiq review juga berkaitan Win 7 lah. Mula3 Afiq lepas install Win 7, Afiq gunakan anti virus Kaspersky Anti-Virus Windows Workstations 6.0 MP 4 yang memang dikhaskan untuk Win 7 ni. Tetapi lepas 1 minggu mengunakan, Afiq baru perasan yang anti virus ini berat sebab mengunakan CPU usage yang tinggi. Mungkin jika spec Pc korang tinggi, korang tak perasan atau tiada sebarang masalah mengunakannya.



Altenatifnya, Afiq skang mengunakan Bitdefender Internet Security 2010 yang mengunakan Ram Memory untuk berfungsi. Jadi hanya sedikit CPU usage digunakan dan menjadikan Pc korang lebih laju dan teratur. Pengunaan anti virus ini sesuai sekiranya korang mengunakan Ram yang tinggi atau ada lebihan Ram. Cara mana nak tgk, korang pergi kat Windows Task Manager, tgk dalam performance. Atau mudah klik je Ctrl+Alt+Delete. Kalau ada lagi free memory dalam ram tu, boleh lah guna.

Berikut 10 Antivirus Terbaik 2009 yang dikeluarkan oleh TopTenREVIEWS:

Peringkat 1 : BitDefender Antivirus (www.bitdefender.com)

Peringkat 2 : Kaspersky Anti-Virus (www.kaspersky.com)

Peringkat 3 : Webroot Antivirus (www.webroot.com)

Peringkat 4 : ESET Nod32 (www.eset.com)

Peringkat 5 : AVG Anti-Virus (www.avg.com)

Peringkat 6 : Vipre Antivirus & Antispyware (www.vipreantivirus.com)

Peringkat 7 : F-Secure Anti-Virus (www.f-secure.com)

Peringkat 8 : Trend Micro (www.trendmicro.com)

Peringkat 9 : McAfee VirusScan (www.mcafee.com)

Peringkat 10 : Norton AntiVirus (www.symantec.com)

Senarai ini dikeluarkan berdasarkan pencapaian Kelajuan, Update dan kepengunaan. Yang tertinggi adalah BitDefender dan Kaspersky kerana dua syarikat anti virus ini sangat cepat dalam mengupdate data Virus yang baru. Adakalanya setiap 2 jam dia akan auto update. Kepantasan update ini lah yang melayakkan kedua produk ini harus korang gunakan bagi menjaga keamanan PC yang dicintai. Taniah kepada semua syarikat anti virus yang bertungkus lumus menyediakan perkhidmatan membasmi kuman ini, walaupun Afiq tahun korang jugalah yang membuat Virus tersebut.

Pilihlah Anti virus yang sesuai mengikut pengunaan anda. Sekiranya nak berjimat cermat, cari lah crack software untuk anti virus tersebut. So korang leh download je kat internet tanpa beli. Jimat duit dan jimat masa.