Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, July 10, 2009

Dadah, musuh No1 Negara!

Pagi tadi Afiq ke pejabat kawan untuk ambil cek. So biasa lah singah tempat orang, pasti Afiq tak lepaskan berbual dan bergosip. Mula2 dengan kerani, lepas tu pindah meja bos pula. Adalah dalam 3 jam berborak. Apa dah takde kerja ke Afiq? Ahak..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqkVqH9nFVD4lOSV40Lc1efJotVC-BQ0fOdV3F_L2P5WFzFgtUvA782X-j24Q63ZATgao8at1LBwZTHQLvw9EoBClf1PjGAvyEBc1_guwuvze0bUhAZ_H6ezQhWENvzKAvhypK38d-pFY/s320/poster-anti-narkoba_juara-10.jpg
Antara topik paling yang terkejut ialah Kerani tersebut kena rompak masa nak tranferkan duit ke Bank. Kena rompak kat trafik light. Rm 32k terkorban dan cermin kereta pecah. Kejadian berlaku kira-kira 2 petang dan tempat kejadian masa tu ramai orang. Yer lah kat trafik light. Fobia juga lah kerani tu dalam 1 minggu. Pelikkan manusia ni sangup untuk lakukan apa saje kerana duit. Afiq nak pesan kepada perempuan2 diluar sana. Pastikan keselamatan anda. Antara yang perlu anda lakukan ialah :

1) kunci pintu kereta setiap kali nak jalan

2) pastikan tingkap anda ber tinted dengan tinted yg boleh menahan hentakan.

3) jangan letakkan beg duit di atas sit kereta atau tempat yg mudah dilihat.

4) bila berlaku kecemasan, tekan hon dengan sekuat hati!

5) selalu bawa teman yang boleh dipercayai

6) maklumkan kepada rakan atau keluarga terdekat kemana arah tujuan anda.

7) pastikan hp sentiasa ada disisi.

8) jangan bawa duit yang banyak

9) sekiranya membawa duit lebih dari RM10k maklumkan kepada pihak bank, diaorang boleh hantar sekuriti utk temani anda. Biasanya perkhidmatan ini percuma kepada pelangan.

10) Dan yang paling penting, PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI INSURAN NYAWA! kalau nak tahu boleh hubungi Afiq. Afiq boleh buatkan insuran untuk anda.

Langkah berjaga-jaga ini adalah sangat penting. jangan bila dah berlaku nanti baru menyesal. Ingat, diluar sana ramai yang perhatikan kita!

Berbalik pada cerita rompakan tadi, polis pun buatlah siasatan. Semua orang kena soal siasat termasuk lah kerani tadi. Ye lah takut kes orang dalam kan. Last2 2 orang staf kawan Afiq tu yang berpangkat manager ditahan reman 1 minggu dan disabitkan kesalahan. Sebabnya? kerana dia berdua positif dadah jenis heroin. Polis tu cakap, motif yang paling kuat adalah kerana dua orang ni penagih. Yerlah, sapa lagi yang tahu kerani tu bawa duit Rm32k? Mesti orang dalam kan? Sebab dadah, manusia dah tak fikir secara normal. Ingat dadah jer. Dah gaji beribu riban, lagi nak sesah duit company.

Tapi yang Afiq pelik, mana datang nyer dadah ni? Beli kat mana? Sapa tokey dia? Kenapa kes dadah ni tak boleh selesai. Pelikkan? Dah bertahun kerajaan istiharkan dadah ni haram dan kes yang paling berat, tapi masih ada lagi yang hisap dadah. Yang membimbangkan kes2 tiap2 tahun meningkat sehingga melibatkan perempuan plak tu. Banyak sangat ke dadah kat Malaysia ni? Boleh tak korang tolong jawabkan persoalan Afiq ni. Pendapat Afiq, kalau dadah ni banyak, mesti tokey dia besar dan berpengaruh. Macam dalam cerita TV tu, tokey dadah berkuasa sampai polis pun tak boleh tangkap dia. Betul ke macam tu? Habis tu kenapa kerajaan Istiharkan DADAH MUSUH NO 1 NEGARA? Pelik3. Korang kat luar sana, jangan lah sekali skali isap dadah. Isap dada takpe. Nak makan dadih pun boleh..Ahak..Tp Jangan DADAH!

Balik dari Ofice kawan tu pun singah lah satu courier servis ni. TNT, first time dengar. Dia call suruh ambil barang kat ofice dia sebab kat rumah selalu sunyi. Sape suruh dia hantar time orang kerja kan? Tengok je satu parsel besar. Huhuhu.. Dari citibank rupanya. Teringat minggu lepas ada pesan barang online kat web www.citibank.com.my.


Korang tahu tak berapa harga periuk yang cangih ni? huhuhu...19k @ 19,000. Mahal gilakan? tapi sebenarnya Afiq redeem point jer dari citibank. Tapi kalau nak dikirakan 1 point = Rm1 dibelanjakan. So nak dapat 19000point kena belanja Rm19000. Mahalnya harga periuk ni.huhuhu.. Korang mesti pelikkan kenapa Afiq redeem periuk, alasan yang paling munasabah adalah kerana Afiq suka makan dan Afiq nak suruh Ibu masak sedap3.. Hari Ahad ni nak cari daging kambing buat sup mengunakan periuk baru yang cangih dari Jepun ni. Korang jangan cakap nak datang eh..Takde open house..sorry..

Ok lah..macam biasa..Malam ni malam keliwon kan? So besok Hari Penghulu segala Hari. Afiq Nak ucapkan Salam Jumaat untuk semua..Selamat Beramal..

Thursday, July 9, 2009

Bila Afiq berkata Politik

http://www.anwaribrahimclub.com/wp-content/uploads/2009/02/jangandiam.jpg
Memang agak lama Afiq tak keluarkan entri pasal politik. Dari pada 95 entri yang afiq tulis, cuma 3 je kan pasal politik. Tapi korang jangan ingat Afiq tak berpolitik atau tak tahu mengenai perkembangan semasa isu2 panas, cuma Afiq lebih suka cerita mengenai remaja dalam blog ini. Sebab ramai yang kaitkan politik dengan orang tua-tuakan? Lagi pun dah beribu blog mengenai politik yang kita boleh baca. Cuma hari ini Afiq nak bercerita mengenai Politik Anak Muda!

Hari ini kalau tengok kat berita Tv, mesti ada pasal politikkan? Surat khabar pun sama. Jadi politik ini memang dah tak boleh dipisahkan dengan media massa. Bila sebut politik, ramai remaja mengelengkan kepala. Terutama perempuan. Diaorang lebih suka ambil tahu pasal fasion baju atau pun sukan bola sepak. Tapi korang tak tahu bahawa politik ini adalah sangat penting dari Bola Sepak! Kerana dari politik lah korang dibesarkan.

Cuba cakap kenapa korang tak suka? Remaja3 sekalian, kamu tak suka politik Bersih? Korang taknak ke pemimpin yang adil? U all taknak ke kebajikan u all dan generasi akan datang u all terjamin? Memilih pemimpin adalah tangungjawab umat Islam tau! Kalau rasa politik itu bukan untuk kamu, abis untuk siapa?

Kawan3 Afiq ramai yang masih lagi tidak mengundi di Pilihan Raya Umum. Alasanya ialah malas! Oitt..kalau nanti pemimpin kamu cakap malas nak jaga kebajikan kamu, kamu terima ke? Minyak naik, Sistem pembelajaran, Infrasuktur, Segala kemudahan, Masjid dan gaji korang semua adalah dipengaruhi oleh politik tau! So jangan cakap Malas kerana MEMILIH PEMIMPIN ADALAH TANGUNGJAWAB UMAT ISLAM!

Kalau ditanya Afiq tentang politik, terus terang Afiq katakan. Saya menyokong Pakatan Rakyat dan mengundi PAS. Afiq sebenarnya bukan memilih parti, tetapi Afiq lihat pada pemimpin. Pada kacamata Afiq sebagai seorang yang waras, melihat kepada pemimpin Pakatan Rakyat adalah berwawasan dan telus dalam politiknya. Ye lah, kita negara Islam. Cari makanan pun mesti Makanan Islam. Agama pun Islam. Semua Islam. Jadi politik pun Parti Islam Malaysia lah kan?
Korang jangan marah Afiq eh kalau pandangan kita berbeza. Anda ada hak anda, kalau anda cakap Parti anda bagus dan betul teruskan berjuang. Jangan kita bermusuh kerana Politik yang berbeza. Hak Afiq dan Hak Anda, kita kan demokrasi.

Tapi Afiq sedihlah dengan sesetengah pihak yang memperjudikan bangsa untuk kepentingan sendiri. Hari ini Afiq ada menerima satu sms yang mengatakan Pemimpin Pelajaran kita akur dengan kegagalan PPSMI. Dah banyak kali dibahaskan, baru hari ini dah ubah balik. Kesianlah anak2 dan adik2 kita. Nanti tahun 2012 baru ubah balik. Habis yang ambil periksa tahun lepas dengan tahun ni macam mana? Afiq ni dah lah mengajar Matematik, pelajar kita dah lemah mengira, tambah plak bahasa ingeris, terus lah gagal. Lepas tu disebabkan Mate dan Sains dalam bahasa ingeris, pelajar2 dah tak pandai bahasa melayu. Kesannya Pemahaman dan Penulisan pelajar makin lemah. Tolong lah, untuk anak3 bangsa jangan perjudikan pendidikan untuk Politik!

Spm pula nak buat 10 subjek? Taknak pelajar Malaysia pandai ke? Tolong lah fikir waras sikit. Kalau dah 10 subjek je, pelajar aliran agama bagaimana? Takkan sebab pelajar 20A SPM 2008 dari kelantan, terus taknak semua pelajar lain pandai. Alahai..penat nak cakap, tapi nak buat macam mana. Afiq bukan lah pemimpin kan?


Sebenarnya banyak isu pasal politik ni korang tak tahu. Dan kalau korang ambil tahu, sure terperanjat! Betul ke macam tu gile? Nasihat Afiq, yang dah boleh mengundi tu cepat2 lah daftar. Jalankan tangungjawab. Jangan nanti YB tempat korang buat tak tahu hal kebajikan baru nak maki hamun. Masa tu dah tak berguna lagi. Pesan Afiq ni terutama kepada Perempuan yang memang langsung tak tahu hal Politik ni! Jangan asik nak cerita pasal Pakwe dan Cinta je. Daftar SPR sekarang!

Wednesday, July 8, 2009

Epilog Semalam

Cerita ini diambil dari iluvislam.com Saya sangat tertarik membacanya. Kita kongsikan untuk pembaca blog ini. Sama2 mendapat manafaatnya.
****************************************************************
Dedikasi khas buat insan yang bernama ibu,yang belum pernah ku cium manja dahinya,belum pernahpun kulihat wajahnya walau sekali cuma.

Dedikasi khas untuk masyarakat agar memahami dilema dan perasaan anak yang tak berbapa,hentikan membuat spekulasi dan pandangan negatif terhadap anak luar nikah.

Dedikasi khas buat remaja Adam dan Hawa yang sedang enak diburu dengan perasaan cinta sementara, membiar nafsu merajai hati,membuang ketepi sebab dan akibat hanya kerana sedetik kepuasan yang tak kekal lama; sementara cuma...


Kutiplah sisa-sisa pengalamanku ini sebagai pengajaran. Bimbang mendung semalam akan berulang.


*********


Tatkala awan kelabu mula mundur untuk pulang ke kamar peraduan,sepasang pipit comel masih menari mengikut lagu hatinya. Kelihatan bayu malam seakan tidak sabar-sabar untuk keluar berjalan. Iman Nadrah masih leka dibelai angin petang yang berpuput lembut menghempas pipinya. Seketika,tudung biru yang dipakainya menari mengikut rentak angin. Sepasang matanya masih tak berkedip memandang ke arah langit. Ya,hidup ini umpama langit, bisik hatinya. Langit tak selalunya cerah. Dan dia akur andai hidup ini tak akan selalunya indah. Sejenak, mindanya menayangkan kembali video rakaman hidupnya lima tahun lepas.

“Iman,asal nama ayah kau Abdullah? Bukan ke orang panggil ayah kau Pak Leman,” tanya Badrul.

”Ye lah iman. Asal ek? Entah-entah kau bukan anak Pak Leman,” ujar Rizal dalam nada menyindir diiringi gelak tawa teman-temannya. Saat itu,Iman cuba memekakkan telinga. Dia tepu,jemu dengan sindiran teman-temannya terutama Rizal. Persoalan mereka sebentar tadi dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Lantas, Iman meneruskan latihan matematik yang diberikan oleh cikgu Latifah. Di satu sudut di hujung kamarnya, iman diam membatu. Dirinya seakan mengiyakan persoalan Rizal. Walaupun dia masih belum sepenuhnya mengerti akan semua itu,tapi naluri ingin tahu yang menjalar dalam hatinya mendesak dia untuk bertanya pada ayahnya segera. Lantas,dia menuju ke arah Pak Leman yang asyik membelek akhbar.

“Ayah, tadi ada kawan Iman tanya kenapa dalam buku Iman nama Iman Nadrah binti Abdullah bukan Sulaiman? Bukan ke nama sebenar ayah Sulaiman?”

Seketika Mak Leha berhenti melipat kain. Berdebar menanti reaksi dan tindakan suaminya. ”Hmm,Iman,kawan-kawan Iman mungkin tak tahu kalau ayah Iman ada dua nama.”

Tersenyum Mak Leha.Lega.

”Boleh ke seorang tu ada dua nama? Iman masih belum berpuas hati.

”Hmm,boleh. Mari duduk atas riba ayah sayang,bacakan surat khabar ni untuk ayah,Iman kan dah pandai membaca,mata ayah pedih la,” pujuk Pak Leman untuk mengalihkan perhatian Iman. Pak Leman mengeluh kecil. Bimbang rahsia akan terbongkar,tapi sampai bila? Iman berhak untuk mengetahuinya. Mungkin belum tiba masanya,fikir Pak Leman.

”Iman, Iman anak ayah sayang.”

Tak bersahut.

”Iman dah tidur bang,” sampuk Mak Leha.

Sekejapnya dia lena,ujar Pak Leman perlahan lantas mendukung Iman ke kamarnya.

“Iman!Iman! Isyh,mengelamun pula budak ni,”leter Mak Leha. Lantas Mak Leha menepuk lembut peha anak gadisnya.

”Ya,mak!” serta-merta dia tersedar. Kembali pulang ke alam realiti setelah sejenak di dunia fantasi.

”Dah maghrib ni,tak baik kalau masih diluar, jom masuk!” Lantas tanpa sepatah kalam bicara,Iman menurut kata ibunya.

Dalam menongkah arus kehidupan di dunia yang serba mencabar,acap benar ujian bertandang tanpa diundang. Untuk itu,kita perlu sentiasa bersedia,iman kalau sekadar setebal kulit bawang,mana mungkin dapat digapai walau segenggam tabah. Iman akur,dia perlu tahu ynag dirinya perlu menjadi seperti pohon,tetap menghasilkan buah walau dibaling dengan batu. Dan dia cuba menghadiahkan segaris senyuman pada teman-teman yang masih menghinanya,namun dia tidak setegar itu. Mereka perlu tahu, disebalik senyum palsu itu,hati Iman terluka.

Dia tidak mahu membebankan hati kedua orang tuanya. Kerana Iman sedar,bukan setitis pengorbanan dan kasih sayang Pak Leman dan Mak Leha kepadanya. Iman umpama sebutir mutiara yng bersinar dalam keluarganya.I manlah harapan mereka, Imanlah jantung hati mereka kerana Iman satu-satunya anak mereka. Daun-daun kering yang berguguran walaupan sehelai, semuanya berlaku dengan izin Allah. Suasana nyaman itu agak tenang dan mendamaikan. Namun Iman merasakan hatinya membahang. Memikirkan persoalan yang entahkah wujud atupun tidak jawapannya. Remaja asyik berbicara tentang cinta. Bagi mereka cinta satu kemestian. Melihat teman-teman umpama belangkas kehulur ke hilir demi sesaat kepuasan? Adakah menunggu natijah dan bala baru merasakan keinsafan? Umur baru setahun jagung, hingus masih dilap ibu, sudah pandai bermain api cinta. Apa salah ke,kolot ke mereka yang tidak bercinta?

Hidup dalam kelompok masyarakat yang kebejatan akhlak, Iman harus bijak menilai sesuatu. Manusia memang susah menerima nasihat. Pantang ditegur,mulalah mencerakinkan satu–satu persatu kelemahan orang itu demi menunjukkan bukan dia sahaja yang melakukan kesalahan. Memang benar andai setiap manusia tidak pernah terlepas daripada menelan duri kesilapan dalam kamus hidup. Kalaulah manusia memiliki prinsip seperti padi, makin berisi makin tunduk, pasti semua masalah dapat diuraikan kekusutannya.


“Eh!Iman, kau tak payah la susah-suasah nak nasihat aku. Aku tahulah jaga diri aku. Apa kau bimbang aku jadi macam mak kau?” Ujar Lina dalam nada menyindir.

”Mak aku? Kenapa dengan mak aku?” Soal Iman kebingungan.

”Eleh buat-buat tak tahu! Dasar anak luar nikah!”

Pang! Satu tamparan hebat hadiah daripada Iman atas ucapan Lina.

”Soal maruah diri aku, kau jangan nak main-main! Apa,kau ingat kau..."

Iman tak dapat menahan kata-katanya. Dia sebak lantas mengambil beg dan terus pulang.

Diganggu Rizal


Iman masih dibayangi dengan peristiwa tiga hari lepas. Hatinya tidak tenang. Jiwanya resah. Selesai subjek Sejarah, Iman pulang agak lewat sedikit kerana dia perlu membersihkan kelas. Bimbang dia terlewat kerana jarak rumahnya dengan sekolah bukanlah dekat. Ketika asyik mengemas meja guru,dia terasa bahunya dipegang oleh tangan seseorang. Lantas sepantas kilat dia memalingkan badannya. Tangan itu menjalar ke pipinya. Iman cuba untuk menjerit,namun terhalang seakan kerongkongnya tersumbat.

”Ala,rilek Iman.Ini ringan-ringan je.”

”Binatang kau!” Iman meludah tepat ke arah muka lelaki tersebut lantas bergegas mengambil beg untuk pulang. Kerja membersih kelas dibiarkan separuh jalan. Sambil mengesat mukanya dengan tisu yang tersedia diatas meja guru, dia menjerit:

”Eh anak luar nikah! Sedar diri sikit! Kau tu bukannya suci sangat!”

Persoalan Terungkai


Dia masih lagi trauma dengan kalimah anak luar nikah! Seakan terngiang-ngiang kalimah itu dicuping telinganya. Baru tadi dia memastikan nama ibu pada sijil kelahirannya berbeza dengan nama yang tertera pada kad pengenalan Mak Leha. Tahulah dia bila dipastikan ayahnya yang bernama Abdullah, segalanya terjawab. Benarlah anggapan dan omelan teman-temannya. Kebetulan Pak Leman baru memasuki rumah seusai berjemaah di surau. Lantas Iman menuju ke arah Pak Leman dan memeluk ayahnya seeratnya. Mak Leha bergegas ke ruang tamu tatkala mendengar tangisan anak emas mereka.

Iman menatap mata ayahnya. ”Ayah,jujurlah dengan Iman.Siapa Iman sebenarnya ayah?Katakanlah ayah,Iman bukan anak luar nikah! Iman bukan anak pungut ayah.”

Pak Leman beristighfar. Mengucap. Tergamam. Mak Leha duduk di atas kerusi .Sebak.Terlalu sedih. Hatinya masih belum bersedia untuk kehilangan Iman. Iman seakan orang yang terkena histeria. Masih terkejut dengan rahsia yang baru terbongkar.

”Jadi,Rizal tu……,dan lebih tepat penghulu kampung itu adalah...."

Pak Leman menggangguk walaupaun ayat itu tidak penuh kerana dia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu.

Iman masih sedih. Dia masih belum dapat melelapkan mata walau jam telah menunjukkan tepat jam tiga pagi. Persoalannya telah terjawab. Namun dia hilang kepercayaan kepada penghulu. Dimana sikap kepimpinan seorang ketua andai dia membuang cucunya sendiri. Inilah masyarakat yang mengheret sama anak yang tak berdosa ke lembah kemaksiatan bersama ibu bapa mereka. Meskipun mereka semua tahu,andai diberi pilihan,lebih baik tiada daripada ada. Lahir daripada rahim ibu yang memperjudikan hidup dengan setitis nafsu bersama kaum Adam di lembah hina. Namun Iman nekad,walau apapun terjadi,dia tak akan meninggalkan Pak Leman dan Mak Leha meskipun Iman tahu siapa keluarganya yang sebenarnya.

Dua minggu berlalu,ketika kelas matematik riuh rendah apabila seorang anggota polis datang mengetuk pintu. Selepas berbicara dengan cikgu Latifah,kelihatan penghulu yang datang dari arah pejabat terus menerkam ke arah Rizal kerana tuduhan memperkosa Lina,teman sekelasnya. Iman menatap sayu mata insan yang sepatutnya tapi tak selayaknya dipanggil datuk. Dia sedar,semakin tinggi kemajuan,makin lupus ketamadunan .Kuasa dan pangkat menjadi manusia lupa diri. Lantas demi menjaga nama baik keturunannya,Iman Nadrah “dijual” pada pasangan yang berhati mulia untuk menerimanya. Meskipun seakan tidak percaya, Rizal adalah adik kandung pada insan yang telah meminjamkan rahimnya untuk melahirka aku ke dunia. Tidak hairanlah ada yang bertanya,adakah mereka kembar? Rupanya ada rahsia yang tersirat disebalik iras wajah yang tersurat. Dan mereka yang telah menjadikanya telah dihukum buang daerah hampir 15 tahun lepas dan tak dibenarkan pulang ke kampung ini.

Hari Ini..


Ya,Rizal kita tetap saudara. Apa yang terjadi kepada Lina dan Rizal benar-benar memberi keinsafan kepada Iman dan teman-temannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian. Jangan tika ditelus duga kita goyah, tika diberi nikmat kita alpa. Dan Iman perlu untuk menghadapi kenyataan siapa dirinya sebenarnya kerana dia yakin dengan firman Allah di dalam surah Al-furqan ayat ke-25:

"Dialah yang menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina dan menciptakan hubungan keturunan (nasab) dan perkahwinan."

Pada insan yang tak layak ku gelar bapa,meninggalkan aku tanpa bicara,moga hidayah Allah membimbingmu sebelum maut menjemput.

Pada ibu yang tak kutahu dimana berada,meskipun payah menerima siapa aku,yang dilahirkan tanpa diundang,terima kasih.

Andai kalian tahu,betapa deritanya aku yang dilahirkan dari setitik nafsumu yang diladungi dosa kemaksiatan, pasti kalian masih tidak mampu untuk menjernihkan kembali kolam hati yang berlumpur kesedihan.

Dan andai diberi kesempatan,dia ingin bersalam dan menzahirkan segalur penghargaan pada seorang insan yang sudi menerima kehadirannya selama 9 bulan di dalam laman rahim seorang wanita.

Dan dia ingin berjumpa dengan lelaki itu,menitipkan kalam keinsafan,sebelum pulang pada Ilahi,biarlah setiap denyut nadi dalam redha dan keampunanNya.

Biarlah yang lepas itu adalah sejarah. Esok adalah masa depan.

Ya allah,kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,kasihi dan terimalah taubat mereka kerana sesungguhnya kau maha pengampun dan penyayang. Aamin.

Tuesday, July 7, 2009

Pikom Pc Fair II 2009


Lebih kurang sebulan lagi Pc Fair ke 2 bermula untuk tahun 2009! Pc Fair yang pertama tempoh hari tak dapat pergi sebab outstation di JB selama 10hari. Sedeh nya! Tapi kali ini pasti Afiq tak akan lepaskan peluang menempel di celahan ribuan orang untuk ke Pc Fair 2.

Bagi korang yang tak tahu apa itu Pc Fair, ialah tempat jual segala gajet3 terkini dan sensasi dari Pemborong Gajet tempatan. Harga pulak merudum gila-gila sehingga kan korang menjadi gila! Bayangkan di Pc Fair korang boleh mendapatkan printer lexmark dgn harga cuma RM68. Laptop pun ada dengan harga RM800++. Kalau nak cerita pasal Pc Fair ni memang boleh membuatkan Afiq terus berangan sehingga 2 jam untuk memikirkan ape yang patut dibeli. Murah lah memang murah! huhu.. (geram)

Jadual Pikom Pc Fair 2 untuk tahun 2009

31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
· Village Mall, Sungai Petani - Kedah
· Dewan Perbandaran Taiping - Perak
· Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
· Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
· Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
· Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
· Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
· Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh
Pc Fair kali ini Afiq nak beli Laptop baru! Yang comel dan boleh bawa kemana2 saja. Nak screen 10.1 inci jer! Tapi yang membingungkan sekarang nak model ape? Antara yang menjadi pilihan HP, Dell, Fujitsu atau Toshiba! Arggh sudah kembali biol memikirkannya!

Tapi walaupun murah, korang kena tahu juga adap2 membeli dan membuat pilihan. Bukan boleh main lamar jer tau semua barang3 kat sana. Afiq akan mengupas sikit tips3 membeli belah sakan di Pc Fair mengikut pengalaman dan skill Afiq berada di Pc Fair selama beberapa Tahun.

1) Buat List apa yang korang nak beli, supaya korang tak berpusing3 lalu pening di sana nanti.

2) Ambil seberapa banyak flyers yang ada kat sana, supaya korang senang comparekan harga dari kedai2. Kalau dah terlalu banyak, boleh jualkan di Kilang Kitar semula. Berbaloikan?

3) Datang pada hari Jumaat untuk mengambil flyers dan mencuci mata. Tapi jangan beli dahulu! Ambil masa satu hari untuk berfikir dan mengorek duit dari tabung2 anda.

4) Compare kan harga dari kedai3 untuk barang pilihan anda.

5) Membeli pada Petang Sabtu atau Ahad pagi adalah pilihan yang terbaik sebab harga akan lebih murah!

6) Pastikan barang yang dibeli betul3 ori!

7) Paling penting, pastikan alamat kedai dari penjual tersebut. Ini untuk claim waranty apabila barang yang dibeli rosak. Lebih baik beli dari kedai yang anda tahu.

8) Jika harga barang yang dibeli mahal contohnya laptop, mintak seberapa banyak free gift dari penjual! Kalau dia tak bagi, menangis sampai pensan kat sana!

9) Akhir sekali, pastikan anda tidak kehabisan wang untuk membayar parking atau tambang bas.

Memang tak sabar3 nak tunggu PC Fair kali ini! Diharap dengan tip3 yang diberi korang boleh berbelanja dengan hemah nya. Kepada yang berniat untuk membeli Camera, Laptop, Barangan PC, Video Cam, Printer, Fax, Handpone, Mp3/4, diharap bersabar menanti Pc Fair kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah!

Selamat Membeli Belah!

Biarlah bulan bicara

Tetiba teringat sebuah lagu Klasik dari Broery Marantika - Biar bulan bicara. Lagu ini cukup famous di pusat3 karaoke. Cuba cakap, Lelaki sentimental mana yang tak tahu lagu ni kan? Memang lirik nya memberi erti yang cukup mendalam. Maklumlah nak fahamkan bahasa bulan, tak semua orang tahukan?


Bulan menanti malam
Bulan Tak mahu pagi
Bulan tahu hari telah siang
Bulan tetap menanti esok hari

Bulan itu memang berseri
Bulan menyinar malam sepi
Bulan bicara pada kita
Bulan sentiasa beri bahagia

puisi Bulan by Afiq D.

Adakala bicara kita tidak mengambarkan hasrat hati sebenar. Dan adakala kita lebih senang gambarkan kata2 dengan perbuatan. Kadang3 kita nyatakan dengan tersirat tanpa kita sedari. Masalahnya tak semua yang faham dengan apa yang cuba kita nak sampaikan. Kalau tonjolkan emosi, mungkin ramai yang mengerti.

Walau macam mana pun, hati orang memang bukan senang untuk kita teka. Kalau lah ada satu kuasa yang mampu untuk kita mendengar isi hati orang lain, Afiq mungkin orang pertama menuntutnya. Bestkan? berangan3 sudah..ahak..

Terlalu banyak fakta atau aouta yang mengatakan kemahuan seseorang boleh digambarkan dengan baju yang dipakai, arah pandangan mata, ayat3 yang sering digunakan, soalan atau jawapan yang diberi, senyuman, gerak geri tangan dan bermacam macam lagi.

Pada Afiq, memang ada perkara yang kita tidak boleh katakan melalui lidah dan mulut tetapi ia bergantung kepada keadaan. Kalau nak makan pun sampai nak guna isyarat gerak geri, susah juga lah orang sekeliling nak memahami anda. Yang penting, rasa suasana itu bagaimana dan tonjolkan kemahuan kita. Jangan asik nak suruh bulan je yang bicara.

Jangan asik berdiam diri dengan kemahuan kita hanya dijadikan impian yang tidak kesampaian. Takut lama-lama ia menjadi anggan3. Kalau perlu bersuara kita bersuara dengan hemahnya. Kadang kala orang disekeliling kita begitu tuli untuk memahami, so terus saja pekik ditelingganya agar ia cepat mengerti apa kemahuan kita.

Hmm..sebut pasal ini teringat besok petang ada meeting. Adakah Afiq hanya perlu berdiam diri dan menyatakan pendapat hanya mengunakan gerak laku? Atau menangis dengan emosi tanda tidak setuju? Arghh..Kadang3 Afiq juga dalam dilema nak guna sama ada suara, mata, tangan, perbuatan atau tangisan untuk menyatakan sesuatu!

Monday, July 6, 2009

Pagi yang Gelap, kini sudah terang

Hari ini ahad yang dingin di melaka. Hujan dari pagi dan suasana mendung seolah-olah meratapi sesuatu. Memang pagi ini sungguh gelap. Kalau dulu mungkin Afiq mendung mengikut suasana. Tapi mendung tidak sampai ke petang bukan? Hari-hari yang mendatang ini Afiq lebih gembira, seolah-olah sentiasa ada sinar yang menerangi. Mungkin cahaya mentari atau bulan yang terang. Ahak..

Moga-moga ceria itu untuk semua. Jangan lagi meratapi duka atau sensara. Berdiri teguh dengan keyakinan diri sendiri. Tak perlu ada orang lain untuk membuatkan kita ketawa kan? Cukup dengan membaca blog ini juga mampu untuk membuatkan anda tersenyum. Kalau nak lebih seronok, pergi lah ambil sedikit masa bercuti atau bershopping dengan teman-teman.

Cuaca mendung sebegini cukup3 sentimental bagi yang berjiwa romantik. Lebih-lebih lagi yang ada pasangan. Bagi Afiq pula, satu nikmat untuk memejamkan mata dan terlena sambil berguling-guling diatas katil. Minta-minta besok hujan lagi, biar mata sayu dan layu. Hujan Rezeki kan?

Walaupun Afiq keseorangan di rumah dan masih lagi belum menonton Transformer (masih belum ada sesiapa ajak menonton), Ahad ini dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Bangun pagi, gosok gigi, pergi mengajar, balik tido, pergi mengajar lagi, balik tido, bangun, tido lagi. Lalalala..seronokkan? Siapa kata jadi Mr Single tak best?

Ok. Hari ini nak review satu puisi dalam lagu dari Fynn Jamal. Korang kenal tak? Search kat youtube nama Fynn Jamal atau user dia nottiewabbit. Memang dia tidak sepopular Siti atau pun Mawi, tapi puisi dia banyak msg yang menarik. Cuba dengar dulu..


cinta kita di atas atap
depang tangan kita mengambil mentari di waktu malam
cinta kita ~bersemi.

dan ku nampak di bawah mentari malam itu
wajahmu yang begitu cantik
wajah aku yang begitu indah
cuma kita yang tahu

di atas atap itu, kita berdua
berzapin dengan bintang
berzapin dengan dgn malam
bercinta
berkasih
bersayang

dan cinta itu milik kita
kita berdua

cinta kita di atas atap
tanganmu merangkul wajahku
erotismu semata melihat senyumku

cinta-cinta

cinta kita berdua
di atas atap hanya berdua
dan cinta kita cinta yang gila

kita merasa
hanyalah kita
cinta

ku cinta dia
dia cinta aku
aku cinta dia
dia cinta aku saja

kita berdua di atap sana
di atap sana

kerna ku hanya berdua
di atas itu tiada siapa
hatiku cinta
tapi siapa tau
aku milik orang
dan kau milik orang

aku cinta
aku mau
aku ingin
aku hendak

tapi kita cuma cinta-cinta di atap saja

ku mau
ku ingin di cinta

Bagi hati yang beku mcm batu, korang memang takkan faham atau suka lirik puisi diatas. Sebabnya mungkin korang dilahirkan ketika bulan gelap atau korang semangnya seorang yang sangat tidak romentik.hahaha..jangan marah ok..Sebut pasal romentik ni, Afiq pun bukannya romentik. Cakap pun kasar je. Sebab tu single sampai sekarang. So bagi yang masih tak percaya, diulangi untuk kali ke 99, Afiq still single till Now!

Pelik, kenapa ramai yang kaitkan Afiq dengan Jiwang. Padahal Afiq bukan lah seorang romeo atau pun lelaki yang sering bersiul Fiewett kat aweks3. Afiq cumalah seorang blogger sunyi yang cuma bertemankan sebuah laptop usang. kan..kan..kan? Tanpa korang sebagai pembaca, blog ini langsung tiada makna. Untuk mengingati pembaca dan sahabat3 sekalian, tak lupa ucapkan Happy Birthday kepada Zie. Sweet birthday gurl kali ini yang menjemput meraikan hari jadinya.



Cerita pasal kek ni, memang sedap. Cokelat stawbery lah katakan. Dengar cerita ditempah khas untuk si Birthday Gurl ni. Tempat jamuan pulak di Restoran Che Wah yang terkenal. Ingat entri pasal asam pedas dulu? Layanan istimewa dengan tempat duduk yang siap di Reserve. Siap bagi ice cream coklat free lagi untuk pencuci mulut. Memang tidak sia2 menyambut hari jadi disini. Betul-betul puas hati. Hari jadi Afiq yang ke 2* nanti boleh lah tempah lagi eh.

So untuk Cik Zie, Happy Besday to U! Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Cik Nani dan Cik Zie atas jemputan anda. Kepada yang tertanya2, dua-dua Cik ini masih lagi single katanya lah. Kalau nak tahu lebih lanjut sila lah hubunggi 999 ext: bahagian kecemasan.

Saturday, July 4, 2009

Anak - anak yatim, Kasihanilah mereka

Pagi ini kunjungan ke Madrasah Anak-Anak Yatim, Paya Rumput Melaka dalam satu program Penyerahan Zakat Korporat oleh Etiqa Berhad. Tempat ini dipangil Madrasah kerana disini lah tempat tidur, makan, minum, beribadat dan juga Sekolah mereka. Madrasah ini dibangunkan hanya dengan sumbangan perorangan sebelum ini. Dengan tidak mendapat bantuan kerajaan negeri atau pun pusat, Madrasah ini menempatkan 320 pelajar dan 80 orang guru serta penjaga. Kira-kira 100 orang anak yatim menginap di asrama manakala selebihnya dari pelajar luar yang kurang berkemampuan. Bayangkan betapa sukarnya mereka, hidup dengan serba kekurangan.

Saya di fahamkan Madrasah ini tidak mendapat bantuan dari kerajaan Negeri dan Pusat kerana dipercayai Madrasah ini dibangunkan oleh Parti Pembangkang iaitu PAS. Bayangkan hanya kerana perbezaan politik, yang fakir terus dibiarkan fakir. Ini kah sikap pemimpin kita? Yang senang kerana berjawatan atau berkempentingan sahaja dibantu?
Program ini dirancang bagi mengadakan aktiviti gotong royong, aktiviti permainan, kenduri dan sedikit motivasi untuk anak-anak ini. Program ini adalah kelolaan Etiqa Berhad iaitu sebagai penyumbang utama dalam pembangunan Asrama, Sekolah dan Infraskurtur Madrasah ini. Saya cukup berbangga menerima jemputan sebagai sukarelawan bagi menjayakan program yang mulia ini.
Stuktur bangunan asal masih dikekalkan

Bilik Darjah Mereka

Bangunan yang dibina oleh Etiqa

Mereka ini tidak kenal apa. Yang mereka tahu terpancar kegembiraan bila ada tetamu yang melawat Mereka

Sukarelawan Ceria bergambar atau ceriakan mereka?

Dapat Ayah angkat baru eh adik?

Majlis diadakan bagi meraikan mereka

Mungkin bukan dengan Wang Ringgit tetapi cukup sekadar berkongsi kegembiraan bersama mereka

Kita hari ini mungkin tidak pernah merasai lapar. Kita mungkin tak pernah kekurangan belaian kasih dari ibu bapa. Lahir-lahir saja kita terus dimanja sehingga terlupa ada insan yang derita kurang bernasib baik seperti kita. Anak-anak kita hari mampu menunjuk saja apa kemahuannya, KFC, McD atau PERMAINAN mampu tersedia sekelip mata. Tetapi tidak kepada anak-anak di Madrasah Annuriah ini. Mereka tiada ibu bapa yang akan memenuhi kehendaknya seperti kita. Mereka terpaksa hidup berdikari untuk terus hidup di muka bumi ini.

Bayangkan sebelum ini mereka tidur dilantai, belajar di kelas yang serba kekurangan, makan hanya sekadar mengharap ikhsan orang lain. Sangupkah kita mengalaminya? Atau kita hanya mampu mengelengkan kepala?

Bukan semua insan hidup sempurna seperti kita. Bersyukurlah atas nikmat yang Tuhan beri. Bantu lah mereka yang memerlukan. Mungkin bukan hanya Wang Ringgit yang mereka pinta, tetapi sekadar ingin berkongsi Gembira dan Duka. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Alhamdullilah dengan Izin Allah SWT, keperhatinan pihak Korporat Etiqa mampu mengubah sedikit penderitaan mereka. Disamping itu mereka juga di beri perhatian dalam akedamik dan sosial. Terima kasih kepada pihak yang menjayakan program-program seperti ini.

Satu lagi yang menarik ialah catatan Puisi ini di dinding Madrasah tersebut. Sebagai seorang guru biasa, hati saya benar-benar tersentuh. Mungkinkah anak didik saya bakal menjadi Seorang Perdana Menteri kelak?