Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, July 10, 2009

Dadah, musuh No1 Negara!

Pagi tadi Afiq ke pejabat kawan untuk ambil cek. So biasa lah singah tempat orang, pasti Afiq tak lepaskan berbual dan bergosip. Mula2 dengan kerani, lepas tu pindah meja bos pula. Adalah dalam 3 jam berborak. Apa dah takde kerja ke Afiq? Ahak..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqkVqH9nFVD4lOSV40Lc1efJotVC-BQ0fOdV3F_L2P5WFzFgtUvA782X-j24Q63ZATgao8at1LBwZTHQLvw9EoBClf1PjGAvyEBc1_guwuvze0bUhAZ_H6ezQhWENvzKAvhypK38d-pFY/s320/poster-anti-narkoba_juara-10.jpg
Antara topik paling yang terkejut ialah Kerani tersebut kena rompak masa nak tranferkan duit ke Bank. Kena rompak kat trafik light. Rm 32k terkorban dan cermin kereta pecah. Kejadian berlaku kira-kira 2 petang dan tempat kejadian masa tu ramai orang. Yer lah kat trafik light. Fobia juga lah kerani tu dalam 1 minggu. Pelikkan manusia ni sangup untuk lakukan apa saje kerana duit. Afiq nak pesan kepada perempuan2 diluar sana. Pastikan keselamatan anda. Antara yang perlu anda lakukan ialah :

1) kunci pintu kereta setiap kali nak jalan

2) pastikan tingkap anda ber tinted dengan tinted yg boleh menahan hentakan.

3) jangan letakkan beg duit di atas sit kereta atau tempat yg mudah dilihat.

4) bila berlaku kecemasan, tekan hon dengan sekuat hati!

5) selalu bawa teman yang boleh dipercayai

6) maklumkan kepada rakan atau keluarga terdekat kemana arah tujuan anda.

7) pastikan hp sentiasa ada disisi.

8) jangan bawa duit yang banyak

9) sekiranya membawa duit lebih dari RM10k maklumkan kepada pihak bank, diaorang boleh hantar sekuriti utk temani anda. Biasanya perkhidmatan ini percuma kepada pelangan.

10) Dan yang paling penting, PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI INSURAN NYAWA! kalau nak tahu boleh hubungi Afiq. Afiq boleh buatkan insuran untuk anda.

Langkah berjaga-jaga ini adalah sangat penting. jangan bila dah berlaku nanti baru menyesal. Ingat, diluar sana ramai yang perhatikan kita!

Berbalik pada cerita rompakan tadi, polis pun buatlah siasatan. Semua orang kena soal siasat termasuk lah kerani tadi. Ye lah takut kes orang dalam kan. Last2 2 orang staf kawan Afiq tu yang berpangkat manager ditahan reman 1 minggu dan disabitkan kesalahan. Sebabnya? kerana dia berdua positif dadah jenis heroin. Polis tu cakap, motif yang paling kuat adalah kerana dua orang ni penagih. Yerlah, sapa lagi yang tahu kerani tu bawa duit Rm32k? Mesti orang dalam kan? Sebab dadah, manusia dah tak fikir secara normal. Ingat dadah jer. Dah gaji beribu riban, lagi nak sesah duit company.

Tapi yang Afiq pelik, mana datang nyer dadah ni? Beli kat mana? Sapa tokey dia? Kenapa kes dadah ni tak boleh selesai. Pelikkan? Dah bertahun kerajaan istiharkan dadah ni haram dan kes yang paling berat, tapi masih ada lagi yang hisap dadah. Yang membimbangkan kes2 tiap2 tahun meningkat sehingga melibatkan perempuan plak tu. Banyak sangat ke dadah kat Malaysia ni? Boleh tak korang tolong jawabkan persoalan Afiq ni. Pendapat Afiq, kalau dadah ni banyak, mesti tokey dia besar dan berpengaruh. Macam dalam cerita TV tu, tokey dadah berkuasa sampai polis pun tak boleh tangkap dia. Betul ke macam tu? Habis tu kenapa kerajaan Istiharkan DADAH MUSUH NO 1 NEGARA? Pelik3. Korang kat luar sana, jangan lah sekali skali isap dadah. Isap dada takpe. Nak makan dadih pun boleh..Ahak..Tp Jangan DADAH!

Balik dari Ofice kawan tu pun singah lah satu courier servis ni. TNT, first time dengar. Dia call suruh ambil barang kat ofice dia sebab kat rumah selalu sunyi. Sape suruh dia hantar time orang kerja kan? Tengok je satu parsel besar. Huhuhu.. Dari citibank rupanya. Teringat minggu lepas ada pesan barang online kat web www.citibank.com.my.


Korang tahu tak berapa harga periuk yang cangih ni? huhuhu...19k @ 19,000. Mahal gilakan? tapi sebenarnya Afiq redeem point jer dari citibank. Tapi kalau nak dikirakan 1 point = Rm1 dibelanjakan. So nak dapat 19000point kena belanja Rm19000. Mahalnya harga periuk ni.huhuhu.. Korang mesti pelikkan kenapa Afiq redeem periuk, alasan yang paling munasabah adalah kerana Afiq suka makan dan Afiq nak suruh Ibu masak sedap3.. Hari Ahad ni nak cari daging kambing buat sup mengunakan periuk baru yang cangih dari Jepun ni. Korang jangan cakap nak datang eh..Takde open house..sorry..

Ok lah..macam biasa..Malam ni malam keliwon kan? So besok Hari Penghulu segala Hari. Afiq Nak ucapkan Salam Jumaat untuk semua..Selamat Beramal..

1 Komen Pembaca:

Yann said...

Tak sangka eh..manusia sanggup wat apa saja demi dadah..

kenapa mesti amik dadah eh..bukan itu jalan penyelesaian yg terbaik..semua org ada masalah..

kalu dah terjebak pasti susah nk undur lik eh..

pape ponn..caya r periuk ko redeem tu..cian ibu ko..uper2 nyer bg periuk ada udang disebalik mee..hukhuk

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya