Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Saturday, July 4, 2009

Hikayat Si Single

http://www.sharemyplaylists.com/wp-content/uploads/8483/heartbreak.jpg

Entri kali ini nak kupas sikit mengenai hidup sebagai seorang single ini. Memang agak sensitif untuk diperkatakan, maklumlah mungkin menguris banyak jiwa. Tetapi Blog ini mahu membongkar segalanya. Seorang yang single ini dikatakan agak cekal sedikit berbanding orang lain. Yer lah, segalanya sendiri, tiada tempat mengadu, tidak berkasih, dan seorang yang single ini dikatakan lebih berani. Benarkah?

Jikalau saya menulis mengenai diri saya, tentu ramai yang tidak percaya kerana saya pun Mr single. Ahak, jadi hari ini saya bawa anda temu ramah secara eksklusif bersama Cik Singles! Istimewa kali ini adalah kisah benar!
~Cik Singles~
~Berumur 23 tahun~
~Masih single~

Mr A : Apa khabar Cik S hari ni?
Cik S : Baik, Alhamdulillah masih boleh bercakap dan makan

Mr A : Ape status Cik S?
Cik S : Saya Single. Sebab tu nama saya Cik Singles!

Mr A : Cik S dah berkahwin?
Cik S : Belum! Bujang dan SINGLE! (nada agak tinggi)

Mr A : Pengalaman bercinta berapa kali?
Cik S : Hmm..2 kali kot. Yg masa skolah tak ingat.

Mr A : Berapa lama Cik S telah menyingel?
Cik S : Baru 7 bulan, masih awal untuk di tuai.

Mr A : Best ke single ni?
Cik S : Mula2 memang merana, tp lama2 dah biasa dan skang rasa best sgt2

Mr A : Kenapa yer?
Cik S : Jimat masa, Wang dan tenaga. Bil telpon, kos makan, masa, duit minyak, pakaian, hadiah aniversary, besday semua jimat dan ada yang dah tak perlu.

Mr A : Kenapa jimat pakaian?
Cik S : Sebab kalau pakai baju sama 3 hari pun orang tak tanya.

Mr A : Orang cakap single ni sebab tak laku. Betul ke?
Cik S : Hello, bkn i jer single kat dunia ni wokeh. Perempuan cantik memang slalu single! Ahak..sila muntah..

Mr A : Cik S suka tak tgk orang dating? Ada rasa kecik hati tak?
Cik S : Saya terus pangil Jab Agama! Iri hati plus benci!

Mr A : Soklan cepu Perak ni. Cik S serik untuk bercinta lagi?
Cik S : Tak serik. Cinta itu bahagia walaupun akhirnya mungkin akan duka. Pasti bertemu yang jauh lebih baik.

Mr A : Moto hidup Cik S sekarang?
Cik S : Hayati alam single, sebelum belajar kenal semula dgn cinta. Cinta pasti datang.Cinta bkn mudah utk dicapai.Cinta perlukn pengorbanan bg menyatukan 2 hati menjadi 1. Berdua lebih baik.

Mr A : Cara Cik S bercakap macam ada menaruh harapan pada sesiapa. Betul ke?
Cik S : Tak ada. Setia menanti cinta yang akan datang. Ahaks..

Mr A : Apakah keteria pilihan cinta yang akan datang tu?
Cik S : Matured, Beragama, Berharta, Setia, Hensom. Cukup ar 5!

Mr A : Agak berapa lama lagi Cik S akan menyingle?
Cik S : Mungkin 3 atau 4 tahun lagi. Atau mungkin lepas orang melamar saya, mungkin juga esok lusa akan berakhir. Jadi single tak ada tarikh luput!

Mr A : Kata-kata hikmat buat yang merasakan single itu parah.
Cik S : Past is always pass! hargai pe kita miliki hari ini!

Mr A : Ucapan terakhir Cik Single dlm temu bual kali ini.
Cik S : Thanks to u for being such a good friend. To lelaki3, plz never be a stupid Man! Hahaha.. Pe motif tah aku cakap cam ni.

Mr A : Terima kasih cik S dalam temu bual ekslusif untuk Blog Permata Merah ini. Cik S jangan lupa bayar air ni k.
Cik S : Eh, kena bayar kan ke? huhuhu (tersipu malu)

Itu saja lah saya bawakan kepada anda temu bual kisah benar Hikayat Si Single. Kesimpulan yang kita dapat pada hari ini,
1) Single tak semestinya sentiasa duka.
2) Single tak bererti tak laku.
3) Single tak bererti tidak boleh menerima cinta baru
4) Single itu bererti tiada teman lelaki atau wanita
5) Si Single juga punyai harapan untuk berkahwin dan bercinta lagi.

Sekian untuk kali ini.

5 Komen Pembaca:

L25 said...

ok la tue
per lg encik diary
ringan2kn mulut
mgorat la
mne tao slame nie jdoh depn mata

Afiq Danial said...

memang mulut saya ringan cik lin. Dulu dah pernah timbang, tak sampai 100g berat tanpa lidah. :)

Anonymous said...

bongeng siot ko ni...ciap letak pic aku..hahahah

nk cri jodoh tok aku ker? jodoh ko pon lom dapat g..ciap ko..aku cter pasal ko lak!!!

aku rasa..ko ado memandai2 ni..hahaha!!

janji ko hepi sudah r afiq

Afiq Danial said...

Cik S, kalau nak cerita pasal saya boleh..Sila2..wat interview. Letak pic skali. Manalah tahu kot3 ada yg tersangkut..Ahak..

Nak heppy kan cik S skali..huhu..

L25 said...

harap2 nnti ade org wat entry psl lin(entry yg positif je k)

huh...bile yeh?

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya