Blog Widget by LinkWithin

Saturday, July 11, 2009

Entri ke 100

Tak sangkakan blog ini dah mencapai entri yg ke 100. Rasa macam baru je semalam menulis kan. Terima kasih lah kepada sahabat2 dan pembaca2 blog Afiq ni. Korang sudi membaca walaupun tulisan seposen dari Afiq.

Bagi yang masih tak tahu, Blog Permata-Merah ini adalah projek pertama Afiq dan merupakan Blog pertama yang Afiq tulis. Sebelum ni Afiq hanya menulis di Facebook atau pun hanya memberikan komen di blog2 lain. Afiq buat blog ini pun sebab atas dorongan sahabat2 yang mahu tulisan Afiq di kumpulkan dengan lebih teratur di sini. Sebab tu kalau korang baca blog ini catatan tidak menjerumus kepada Diari Afiq semata2. Afiq lebih suka menulis mengenai persekitaran yang berlaku tentang Dunia, Cerita2 dan Cinta.

Pada Afiq, bila cerita mengenai umum lebih sesuai untuk dikongsikan kepada pembacakan? Dari hanya menulis cerita mengenai Afiq saja. Lagi pun ramai yang dah kenal siapa Afiq. Cukuplah dengan korang mengetahui yang Afiq seorang yang single. Tapi takdelah Afiq langsung tak cerita pasal Cinta dan Perempuan. Taknak lah sampai pembaca mengelarkan Blog Afiq sebagai blog gay macam dalam cerita Blogger Boy. Huhuhu..

Projek kedua Afiq pula ialah Ceria.via.my dan Cinta.via.my. Tapi masih lagi dalam pembinaan dan belum lagi lengkap sepenuhnya. Kalau mengikut perancangan asal, Afiq taknak kaitan kan Blog ceria dan Blog cinta itu dengan Blog Permata-Merah ini dengan tujuan identiti Penulis dirahsiakan. Tapi hadiah untuk pembaca Entri ke 100 ini, anda orang pertama yang mengetahuinya. Konsep dan kandungan kedua projek baru ini masih lagi terawang-awang. Sebenarnya Afiq dah terlalu blur nak pikirkannya. Jadi hari ni Afiq nak offer kepada pembaca atau blogger2 yang berminat untuk menulis di Cinta.via.my, boleh lah berhubung dengan Afiq. Apalah salahnya kan kita kongsi bersama, manalah tahu boleh dimanafaatkan untuk pembaca dari seluruh dunia.

Ramai yang tertanya2 sebenarnya kenapa Blog Permata-Merah ni ada writer 2 orang? Korang perasan tak? Sebenarnya memang bukan Afiq seorang saja yang menulis ni sini. Korang perasan tak ada entri yang di sign dibawahnya. Siapa MissPinkFroogy ni? identiti dia biar lah rahsia. Memang dia taknak orang tahu siapa dia. So biarlah Afiq sorang saja yang kenal siapa MissPinkFroogy. Dah lama dia tak tuliskan?Asik Afiq jer, nanti korang boring pula..Korang rindu tak dengan entri dia?

Untuk makluman korang, Antara projek MissPinkFroogy ni adalah di http://www.lovelyhandmadecards.co.cc/ dan http://pinkygirltalk.blogspot.com/. Nak tahu ape, korang tgk lah sendiri eh.
http://1.bp.blogspot.com/_ITI1hg79GrQ/Sjw80SINxFI/AAAAAAAABGU/1OMknkhmr8E/S1600-R/logo2-resize90.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_ITI1hg79GrQ/SldjNvZVuTI/AAAAAAAABNM/IHepwRUAtvE/S1600-R/banner1.jpg

Jadi korang suport lah eh Projek2 Blog Afiq yang tak seberapa ni ,diharap korang semua terhibur. Korang lah sentiasa hadir dalam hidup Afiq ni. Korang tetap dihati. Terima Kasih semua.

2 Komen Pembaca:

yann said...

tahniah!!
teruskan menulis kt blog buwok ko ni..
aku akan jadi peng-komen merangkap pengutuk entry3 ko..ahahha..

Afiq Danial said...

hahaha..time kasih peng-kutuk blog..ahak..

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya