Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 2, 2009

Bila Lelaki Jatuh Cinta

Dalam blog ini selalu sebut pasal perempuan atau gadis, jarang2 nak cerita pasal lelaki. Adakah mungkin penulisnya lelaki? Yerlah, kita kan suka cerita pasal seseorang yang lain jantina. Biasa nya kalau kat kolej2 atau kat ofice tu, ada je cerita2 yang berbunyi "eh, pakwe kau hari tu aku nampak dia pergi Shopping Complex lah, dia jumpa sape eh?". Hahahaha..betul kan..kan..kan..?
http://www.lodowski.eu/wp-content/uploads/2006/07/spring_summer_man_sketch.jpg
Lelaki oh lelaki..Sebenarnya ramai yang tak tahu sifat sebenar seorang lelaki ni. Walaupun dah menjadi Laki nya, tapi masih tak faham2 kan? Oklah, sebagai seorang Lelaki Maskulin, saya nak kongsi skit mengenai Kaum Adam ini.

Lelaki ni selalu dikaitkan dengan kecurangan dan bermain kayu tiga kan. Tapi, tahukah korang, Bila lelaki benar-benar jatuh cinta?. Dan cintanya itu benar-benar suci dan ikhlas. Sikapnya yang mungkin keras sebelum ini, akan berubah menjadi lembut dan sanggup berkorban apa sahaja untuk sang kekasih. Kalau lelaki jatuh cinta, lelaki akan
  1. Akan melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
  2. Sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan gusar jika kekasihnya dalam keadaan duka.
  3. Banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar.
  4. Sentiasa mengamil berat akan setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya sehingga jika disalah erti akan menganggap dia mengongkong kekasihnya.
  5. Berasa takut anda kehilangan kekasihnya.
  6. Gusar dan curiga sekiranya kekasihnya diganggu oleh lelaki lain.
  7. Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  8. Mudah merasa cemburu dan sensitif jika kekasihnya tidak memberikan perhatian kepadanya.
  9. Berperangai seperti kebudak-budakan kerana mahukan lebih tumpuan dan bermanja.
  10. Menjadi rajin dan sanggup membantu kekasihnya dalam apa jua bentuk.
  11. Mudah merajuk atau buat-buat merajuk kerana mahu dipujuk.
  12. Tidak senang duduk kalau kekasihnya berada di tempat yang jauh dan tidak dapat berjumpa dalam waktu yang agak lama.
  13. Keselamatan kekasihnya adalah keutamaannya.
  14. Mementingkan kekasihnya berbanding dirinya.
  15. Sentiasa memberikan kata cinta dan bertanya adakah kekasihnya masih menyintainya kerana takut kasih sayang antara mereka luntur.
  16. Tidak akan melayan wanita lain kecuali mempunyai urusan penting.
  17. Meluangkan masa untuk kekasihnya walaupun mengorbankan masanya sendiri.
  18. Memuji kekasihnya di depan orang lain.
  19. Akan merasa serik untuk bercinta lagi andai kekasihnya meninggalkannya dan sentiasa berharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila kekasihnya ada orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali cintanya.
  21. Menganggap kekasihnya sebagai orang yang boleh dipercayai termasuk menyimpan rahsia.
  22. Tidak akan berlaku curang. Kalau dia curang. Itu bukan apa yang kita bincangkan.
  23. Boleh menangis kerasa kekasihnya.
Yup..itu lah ciri2 sebenarnya saya. Walaupun korang mungkin termuntah tetapi itu lah hakikat. Afiq seorang Lelaki yang Maskulin dan Tulin. Ahak.Tapi tak semua lelaki macam tu kan? Itu cuma ayat2 dari majalah, mungkin dari kajian atau pengalaman. Hakikat sebenar sifat2 lelaki ini berbagai2 mengikut cara hidup masing2.

Sebagai seorang lelaki, saya cukup berbangga menjadi sebahagian dari rebutan. Maklumlah, lelakikan dah makin pupus. Kajian mengatakan Lelaki 1:9 wanita. Wah..boleh terus pasang 4, itu pun ada lagi 5 orang yang takde lelaki. So macam mana Cik Singles dan Gadis2 diluar sana? Sila take note ok. Memang patut korang risau kalau masih takada lagi Mr Calon. Takut2 termasuk dalam 5 orang yang tadi tu..hahaha..

Lelaki menangis, betul ke? Lelaki memang mempunyai ego yang tinggi tetapi lelaki juga ada hati dan perasaan kan? So jangan lah pelik kalau tengok lelaki menangis. Dan yang paling penting, jangan dilukai hati Lelaki yang Suci, macam Afiq. Kan3? Ada yang cakap lelaki menangis ni tak maskulin dan tulin, sebenarnya silap tu. Kalau lelaki xboleh mengangis kenapa Tuhan jadikan mata berserta air mata yang sama untuk lelaki dan perempuan? Walau pun bulu mata ada sedikit berbeza. Betul kan? Jadi, hal hati dan perasaan lelaki dan wanita sama saja. Jangan cakap lelaki buaya darat, perempuan pun boleh jadi Jerung Darat tau!

Pandangan adalah hak anda mengenai lelaki ini. Yang dimata anda itu adalah cermin kepada pendirian! Fikir3kan, Maskulin kah Lelaki anda atau Maskulin kah lagi saya?

Bagi yang tak tahu ape maksud maskulin tu, keMAS + KUaliti + tuLIN = MASKULIN. hahaha..jangan percaya 100%

4 Komen Pembaca:

yann said...

hahaha..cettt..ooh tidak!!sesungguhnya daku xsanggup di madukan..

w/pon madu tu manis...

maskulin kah kamu??? werrkkkkk!!!

ok3..maskulin, ensem,baik, bla..bla..
pe lg..dah puji ni..nk spoiler free satu!!!
hahahaha

w i w i chan said...

well.. a good statements. i am not going to talk about the positive or even the negative inside. but as a human who have a wide views, i am gonna to say that if we want to have a nice, cool, great and romantic relationship, the BIG keys are understanding EACH OTHER, trusting EACH OTHER, SINCERITY, RESPECTING and of course not cemburu yg terlebih over such as xkesah si dia nk bersosial with kawan2 girls or kwn2 boys yg lain as long as jaga batasan and hati msing2 tahu siapa yg kita cintai and always saying the magic word >> "I LOVE YOU" to her/him forever and sampai syurga. And one more, BE A PROFESSIONAL person when we are having the relationship or not!

iRfan Johan said...

yup..semua yg dinyatakan btol...tp yg ke 16 tue je yg sy x mcm tu...sbb still layan gurl laen...hehe~!

nisa said...

patut kh saya rasa btuah sbb smua ciri2 tu ade kt bkal suami?alhamdulillah...
adakh smua fakta itu akn kekal smpi dh kawen?smpi tua?
konfius....but i love him so much...
watever hpen pn saya akn kawen dgn dia coming soon...insya'Allah...

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya