Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 16, 2009

Alam Siber @ Realiti adakah sama?

Orang slalu cakap yang dari Alam Siber ni semuanya pembohong, hipokrit, dan buaya darat. Huhu..ye ke? Semua cerita diadakan hanya untuk mencari publisiti murahan. Cerita semua nak best, tapi keadaan sebenar hampeh. Ye lah, menulis atau menaip lebih senang dari bercakapkan? Tapi itu kata orang.

Pendapat Afiq pula, tak semua mcam tu. Kalau kita selalu membaca blog2, ramai blogger yang menulis kisah hidup mereka 100% sama macam dalam real life. Biasanya pasal keluarga dan cinta. Ada yang berangapan blog ini adalah diari bagi mereka untuk meluahkan segala isi hati. Dan semua itu semestinya sama dengan kehidupan.

Ada perkara yang mungkin lebih sesuai dikongsi dialam siber. Biasa yang melibatkan peribadi. Mungkin kita lebih senang untuk shout "im in Luv" dalam entri blog dari menjerit pada jiran sebelah rumah. Cuba lah kalau nak di cop gila!

Mungkin keadaan sekarang tak sama dengan 5 tahun dahulu, yang pada masa tu bila sebut internet saja orang ingat MIRC atau chit-chat. Skang ada lagi ke? Dah jarang-jarang kita dengar. Kalau tanya pada budak sekolah pun mungkin diaorang tak tahu. Chat skang dah cangih dengan video cam dan voice conference. Dah ada facebook, tweeter dan sebagainya. Mat2 dan minah siber dah upload gambar diaorang utk kenal lebih jelas. Mana ada lagi intro ASL plzz utk chat(age, sex, location).

Kalau hari ini kita tgk blog2 dah tumbuh macam cendawan. Semua orang sibuk nak cerita kisah masing2. Termasuk lah blog ni kan? Dari pembacaan, kita dapat tahu bagai mana kehidupan orang tu. Dia masuk hospital sakit ke, pergi makan ke, putus cinta ke, semua kita tahu sekelip mata. Yang bagusnya ini lah pertumbuhan media massa baru selain dari Tv dan Radio. Lagi pun skang dah ramai yang celik IT kan? Takkan masih lagi tertipu dengan lanun2 siber.

Hakikatnya, adakah sama dengan yang kita baca dengan yang ada didepan mata? Bagi sesiapa yang pernah kenal Afiq, sila jawab soalan ini. Tapi apa yang Afiq rasa, di bumi yang dipijak nyata ini Afiq tiada bezanya. Sama seperti yang tertulis, sopan, lemah lembut, kaya budi bahasa dan baik. Itu saja kan? sekian.

Bagi yang pernah menipu atau tertipu, Sila lah kongsikan dengan jelas, adakah di alam siber atau di realiti sama?

2 Komen Pembaca:

yann said...

for me,

kadangkala ada yg betul dan ada gak yg xbapa nk betul..i think

de_are_na said...

Hurm...bagi diana...

Ada sesetengah org...dia join chat sebab rasa rendah diri...tanpa berhadap muka..dia boleh sembang mcm2...tapi face-to-face dia mungkin segan...

Ada pula yang masuk chat..nk chat...tapi takut nak reveal pasal diri sendiri..sebab dia takut org akan kenal dia..so dia akan tipu identiti dia..

Ada pula yang join chat dgn seikhlas hati nak membuat kawan...

So terpulang la kepada diri masing2 kan...

For me...mcmana diana di blog, fb ataupown YM...adalah org sama di realiti...tiada sebarang penipuan (insyallah)...

Ahaks! apapun..berhati2 la sikit ya bila di alam maya neh...bahaya...

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya