Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Tuesday, July 21, 2009

Sesuci hati ini

Semua manusia tiada apa2 didunia ini. Yang zahir didepan mata itu cuma lah pinjaman sementara dari Tuhan. Harta dunia, kekeyaan, kecantikan, kesihatan dan nyawa semuanya tidak akan kekal. Tapi Tuhan itu maha adil. Dia berikan satu benda sangat2 berharga menjadi mutlak hak kita. Iaitu hati. Hati yang mengawal segala kelakuan kita didunia ini. Sama ada hati menyuruh melakukan kebaikan atau keburukan. Maka dengan itu, adillah Tuhan menjadikan Syurga dan Neraka mengikut amalan yang digerakkan melalui hati.


Sebab itulah kalau dibandingkan, manusia ini punyai sifat dan kelakuan yang berbeza. Kepercayaan juga berbeza. Kerana hati manusia lain2 dan hak mutlak masing2. Ada yang hatinya batu, hatinya kotor dengan kedengkian, hati kental dan buah hati.

Semua tingkah laku dan sifat peribadi korang lahirnya dari hati. Dan cinta juga lahirnya dari hati. Kalau hatinya setia, cinta nya juga setia. Tetapi kalau hati kamu plastik, cinta kamu juga plastik.


Kenapa perlu ada yang menderita kerana cinta? Kan setiap manusia diberikan hati masih2. Hak korang untuk terus jatuh hati. Walau pun pernah disakiti. Jangan sesekali musnahkan hati kerana bila hati telah musnah, maka diri juga akan musnah. Ingat, segalanya bermula dari hati.


Hati juga selalu digangu oleh syaitan, sebab tu kita tengok ada yang sentiasa melakukan kemungkaran. Tidak setia pada Cinta, sebab hatinya menjadi sarang Hantu2 Syaitan ini. Jadi bersihkan lah hati korang dengan ayat2 Al-Quran dan amalan kepada Tuhan.


Cerita pasal hati ni, Afiq juga ada hati. Walaupun hati Afiq pernah dilukakan dengan cinta seseorang dulu. Sekarang luka itu telah menjadi parut. Parut itu juga lama2 akan hilang dengan terapi cinta kehidupan baru. Hati Afiq tidak pernah musnah, juga tidak pernah hilang. Sebab tu Afiq masih lagi waras menjalani kehidupan sebagai seorang Insan.


Kepada yang inginkan cinta Afiq, terus terang Afiq katakan. Afiq tiada apa2 didunia ini. Yang dilihat didepan mata ini cuma pinjaman semata2. Bila2 boleh ditarik balik oleh Tuhan. Afiq tiada kecantikan dan kekayaan. Yang Afiq ada cuma hati. Dan hati ini lah yang akan menjadi janji kepada Cintanya. Hati juga lah yang Afiq boleh serahkan kerana ia satu2nya milik Afiq.


Tak kesah lah warna hati korang pink ke,hijau ke, hitam ke, merah ke, yang pasti hati kita tidak mungkin sama. Hargai lah apa yang dimiliki ini,jaga kelakuan,jaga hati sendiri dan jaga juga hati orang lain. Jangan disakiti hati nya dan jangan juga disakiti hati Afiq.

Hati hanya ada satu untuk cinta yang satu!

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya