Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 9, 2009

Bila Afiq berkata Politik

http://www.anwaribrahimclub.com/wp-content/uploads/2009/02/jangandiam.jpg
Memang agak lama Afiq tak keluarkan entri pasal politik. Dari pada 95 entri yang afiq tulis, cuma 3 je kan pasal politik. Tapi korang jangan ingat Afiq tak berpolitik atau tak tahu mengenai perkembangan semasa isu2 panas, cuma Afiq lebih suka cerita mengenai remaja dalam blog ini. Sebab ramai yang kaitkan politik dengan orang tua-tuakan? Lagi pun dah beribu blog mengenai politik yang kita boleh baca. Cuma hari ini Afiq nak bercerita mengenai Politik Anak Muda!

Hari ini kalau tengok kat berita Tv, mesti ada pasal politikkan? Surat khabar pun sama. Jadi politik ini memang dah tak boleh dipisahkan dengan media massa. Bila sebut politik, ramai remaja mengelengkan kepala. Terutama perempuan. Diaorang lebih suka ambil tahu pasal fasion baju atau pun sukan bola sepak. Tapi korang tak tahu bahawa politik ini adalah sangat penting dari Bola Sepak! Kerana dari politik lah korang dibesarkan.

Cuba cakap kenapa korang tak suka? Remaja3 sekalian, kamu tak suka politik Bersih? Korang taknak ke pemimpin yang adil? U all taknak ke kebajikan u all dan generasi akan datang u all terjamin? Memilih pemimpin adalah tangungjawab umat Islam tau! Kalau rasa politik itu bukan untuk kamu, abis untuk siapa?

Kawan3 Afiq ramai yang masih lagi tidak mengundi di Pilihan Raya Umum. Alasanya ialah malas! Oitt..kalau nanti pemimpin kamu cakap malas nak jaga kebajikan kamu, kamu terima ke? Minyak naik, Sistem pembelajaran, Infrasuktur, Segala kemudahan, Masjid dan gaji korang semua adalah dipengaruhi oleh politik tau! So jangan cakap Malas kerana MEMILIH PEMIMPIN ADALAH TANGUNGJAWAB UMAT ISLAM!

Kalau ditanya Afiq tentang politik, terus terang Afiq katakan. Saya menyokong Pakatan Rakyat dan mengundi PAS. Afiq sebenarnya bukan memilih parti, tetapi Afiq lihat pada pemimpin. Pada kacamata Afiq sebagai seorang yang waras, melihat kepada pemimpin Pakatan Rakyat adalah berwawasan dan telus dalam politiknya. Ye lah, kita negara Islam. Cari makanan pun mesti Makanan Islam. Agama pun Islam. Semua Islam. Jadi politik pun Parti Islam Malaysia lah kan?
Korang jangan marah Afiq eh kalau pandangan kita berbeza. Anda ada hak anda, kalau anda cakap Parti anda bagus dan betul teruskan berjuang. Jangan kita bermusuh kerana Politik yang berbeza. Hak Afiq dan Hak Anda, kita kan demokrasi.

Tapi Afiq sedihlah dengan sesetengah pihak yang memperjudikan bangsa untuk kepentingan sendiri. Hari ini Afiq ada menerima satu sms yang mengatakan Pemimpin Pelajaran kita akur dengan kegagalan PPSMI. Dah banyak kali dibahaskan, baru hari ini dah ubah balik. Kesianlah anak2 dan adik2 kita. Nanti tahun 2012 baru ubah balik. Habis yang ambil periksa tahun lepas dengan tahun ni macam mana? Afiq ni dah lah mengajar Matematik, pelajar kita dah lemah mengira, tambah plak bahasa ingeris, terus lah gagal. Lepas tu disebabkan Mate dan Sains dalam bahasa ingeris, pelajar2 dah tak pandai bahasa melayu. Kesannya Pemahaman dan Penulisan pelajar makin lemah. Tolong lah, untuk anak3 bangsa jangan perjudikan pendidikan untuk Politik!

Spm pula nak buat 10 subjek? Taknak pelajar Malaysia pandai ke? Tolong lah fikir waras sikit. Kalau dah 10 subjek je, pelajar aliran agama bagaimana? Takkan sebab pelajar 20A SPM 2008 dari kelantan, terus taknak semua pelajar lain pandai. Alahai..penat nak cakap, tapi nak buat macam mana. Afiq bukan lah pemimpin kan?


Sebenarnya banyak isu pasal politik ni korang tak tahu. Dan kalau korang ambil tahu, sure terperanjat! Betul ke macam tu gile? Nasihat Afiq, yang dah boleh mengundi tu cepat2 lah daftar. Jalankan tangungjawab. Jangan nanti YB tempat korang buat tak tahu hal kebajikan baru nak maki hamun. Masa tu dah tak berguna lagi. Pesan Afiq ni terutama kepada Perempuan yang memang langsung tak tahu hal Politik ni! Jangan asik nak cerita pasal Pakwe dan Cinta je. Daftar SPR sekarang!

4 Komen Pembaca:

LemOn said...

LemOn ni mmg bangkang la pasal SPM 10 subjek tu... apa ke "sengal"nya diaorang sampai xnak student Malaysia cemerlang dalam exam.

Tapi kadang2 terfikir, maybe diaorang nak save bujet.. yelah, kan mulai tahun 2007 Budak-budak SPM xperlu bayar untuk setiap kertas matapelajaran. Jadi diaorang hadkan subjek supaya nak save duit..

kalau betul mcm yang Lemon cakap, alangkah KEDEKUTNYA kerajaan Malaysia...

Just too my sence.. bagi sesiapa ahli politik yang terbaca komen ni ke ape...

Jangan saman saya, saya budak lagi, belajar pun belum habis.. hehe

pstt: wah, komen terpanjang untuk hari ni :)

Afiq Danial said...

lemon..thanks for ur komen. Afiq pun berpendapat sama. Tp Afiq tak rasa diaorg nak save bujet.Duit kertas berapa sen sangat lah. Dari dia save bujet untuk kertas exam, lebih baik dia kurangkan gaji menteri..ahak..

Lemon said...

ala... mana la tau kan.. biasalah zaman sekarang ni semua orang pentingkan duit jer....

smua duit, sampai nak g tandas pun kena bayar taw... Jadi ianya x mustahil...

hehe.. ni cuma pendapat budak kecil yang belum layak mengundi.. :)

Afiq Danial said...

nanti cukup umur terus daftar mengundi yer lemon. Harap lemon dapat memilih pemimpin dengan berhemat. Lemon lah pemangkin generasi akan datang.

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya