Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 23, 2009

Email dan Suami

http://www.ruf.rice.edu/~evolve/images/emailIcon.png

seorang lelaki telah menginap disebuah hotel di KL. terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar email kepada isterinya.


Malangnya,dia telah tersilap taip alamat email isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia terus menghantar email tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dari majlis pengebumian suaminya.


Janda tersebut mengambil keputusan untuk mengemak emailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman2 nya. Selepas membaca email pertama itu si janda tersebut pun pengsan.


Anak lelaki jandi tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang dilantai dan dia pun membaca mesej didalam skrin komputer.


To : Isteri kesayangan Ku


Date : 19 Julai 2009


Subjek : Abang telah selamat sampai


Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer disini pada ketika ini dan kita boleh menghantar email kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman disini. Abang lihat semuanya telah disediakan disini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa dengan mu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu kesini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

5 Komen Pembaca:

Ai Adachi said...

Parah nie
Hanya kerana silap taip jer

Fifie Ierina said...

salam...

hahaha, layak masuk oh!tidak nie.. kekeke =p

niezsweetie said...

siannye wife dia...

Yann said...

haahhha..disebabkan kesilapan..kasihan itu perempuan ...huhu..

Girl Talk said...

sadis sungguh crite ini.. (^.~)

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya