Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, July 28, 2009

Jari oh Jari

Dah 2 hari blog ini sepi tanpa entri yang barukan.Mesti ramai yang tertanya2 kan kenapa? Dan ramai juga yang merindui Afiq kan?


Oklah sebenarnya ada beberapa perkara yg menghalang Afiq meng`update blog. Hari Ahad hari tu Afiq penat baru balik dari kampung sebab ada kenduri. Masa kenduri hari tu juga Afiq sibuk lah mencuci pingan dengan periuk2. Rewang lah katakan,bukan pakai katering. Masa sibuk2 mencuci, Afiq terlupa yang tangan Afiq luka masa jatuh motor hari tu. Tapi sikit je, xde lah sampai perlu dijahit atau diganti baru. So teruskan bekerja seperti biasa.


Tapi Ahad petang tu,jari ni dah mula sakit. Mencucuk2 dan dah mula membengkak. Rasanya sebab kena sabun banyak sangat kot. Terus lah cari klinik surgeri, dari telok mas sampai ke Bandar, tak jumpa klinik yang buka.Maklumlah hari Ahad. Last2 jumpa satu klinik kat bukit baru, Klinik Al Azim. Lepas daftar nama tungu lah dengan penuh debaran.


Afiq, sila masuk pintu 2. Huhu, nasib doktor cantik. Dia terus raba2 tangan Afiq dan tanya kenapa. So ceritakan lah kepada dia. Ingatkan dia yang rawat, rupanya nurse yang gemuk serta sangat kejam.


Mula nurse tu kata, kalau sakit cakap eh. Lantas dengan rakus dia tonyoh tangan Afiq dgn kapas, gunting dan pisau. Dia cuci luka tu.. SANGAT SAKIT! Jeritan ku tak sampai ditekak,tersekat meronta2. Sampaikan meleleh air mata ni walaupun xde benda yang sedih. Lebih kurang 15 minit Afiq merana. Habis je dia balut, Afiq terus mengigil tahan sakit.


Balik terus makan ubat tahan sakit dgn ubat bengkak. 3 kali sehari dia tulis. Lepas telan, terus Afiq tido. Tak sempat2 nak buka Laptop, sangat sakit.

Begitulah penderitaan Afiq selama dua hari ni. Ketika entri ini ditulis, Jari Afiq masih lagi berbalut. Tapi dah kurang sakit, harap2 besok tangan ni berfungsi dengan sempurna untuk makan. Kalau tak terpaksa suruh orang suapkan.ahak..


So Minta Afiq nak minta maaf lah kepada semua pembaca. Bukan sengaja taknak tulis entri baru, tapi keadaan tak mengizinkan. Lepas ni Afiq akan menulis semula dengan berbagai cerita untuk korang selepas menjalani hari yang panjang. Harap Maklum..

1 Komen Pembaca:

Yann said...

alala..ado lg jari kamu itu..pk dh kena potong..ahaks!! leh laa makan kek erk..erk

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya