Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Saturday, July 18, 2009

Pc Fair Fever


Begitu lah nampaknya, semakin hampir, demamnya semakin dirasai oleh peminat3 Komputer dan Gajet2 terbaru. Termasuk lah Afiq. Saban hari ni Afiq sibuk buat kajian tentang spec dan keluaran terbaru Laptop. Baru rasanya hari tu update tentang Pc Fair ni kan? Bagi yang masih tak tahu jadual dan lokasi boleh tgk semula entri ni http://www.permata-merah.co.cc/2009/07/pikom-pc-fair-ii-2009.html. Untuk Pc Fair kali ni Afiq bercadang nak sambar sebuah Netbook atau Laptop kecil dengan spec sederhana. Saiz screen cuma 10.1' dengan prosesor Atom. Berat pula tak sampai 1kg. Sangat mudah kan bila laptop kecil dan senang dibawa kemana2. Boleh tumpang beg kengkawan lagi tu.

Untuk Afiq, pengunaan laptop tak perlulah spec yang terlalu tinggi. Sbb Afiq hanya guna untuk kerja dan surf internet saja. Selain dari tu untuk mengupdate blog. Software berat2 macam autocad memang tak pernah Afiq guna. Games plak, memang tak pernah nak diinstall. Kalau setakat main game kat facebook boleh lah layan lagi. Tapi kalau nak mengadap CS or Dota, minta maaf lah, memang tak reti. So Afiq rasa prosesor Atom N270 @ N280 adalah bersesuaian sekali. Disamping kecil Atom ini menjimatkan bateri. Boleh lah lepak lama kalau surf di kopitiam kan?

Harga pula berlegar disekitar Rm1500. Tah harga syiling atau lantai Afiq pun tak tahu. Tapi apa yang memeranjatkan, harga untuk laptop3 jatuh menjunam dikala kehangatan Pc Fair ni. Bayangkan harga turun Rm100 tak sampai 1 minggu.


Best kan harga murah? Siap tambah FOC 3 years Warranty lagi tu! Ni lah model yang menjadi pilihan Afiq. Tapi ada juga terfikir model3 lain seperti Dell dan BenQ. Harga lebih kurang jer, mungkin design yang menjadi tarikan kepada model3 tersebut. Dan Afiq juga buntu memikirkan colour ape nak pilih. Kalau warna Pink ok tak?

Kepada pengunjung2 Pc Fair nanti kalau nak beli barang, sila lah beli yang Latest Produk tau. Jangan lah nak beli Pendrive 1G lagi.Alahai, orang dah pakai pendrive 32G tau! Dan nak pesan kepada yang nak membeli belah, sila lah bawa duit cash secukupnya. Jangan sampai sana baru terkial2 nak cari ATM, beratur berjam2 lah korang jawabnya.

Untuk yang berada disekitar Melaka, Afiq akan ke Mahkota Parade pada hari Sabtu jam 6 petang. So boleh lah jumpa disana eh. Kalau korang tak beli paper, mungkin korang leh bantu Afiq bawa beg Shopping yang dijangka tak muat tangan. hahaha..

Latest Produk Price Update
Pc Fair 2009 Promotion

http://www.navotech.com.my/CityXP2.gif

Klik untuk besarkan.
Harga Dijangka akan turun 5%-10% lagi pada Pc Fair nanti.

List Laptop disini

List Hardware disini

Harga berdasarkan kedai tempatan di Melaka. Mungkin harga diatas tak sama seperti di Lowyat. tetapi berbaloilah juga dari plus harga Tol dan Minyak ke lowyat semata-mata nak beli Barang3 yang sama seperti diatas.

1 Komen Pembaca:

Yann said...

Argghhh!!..jgn bli laptop pink okay..
daku sgt berjelesan nanti..

lagi satu sebab adalah..nanti org kata ko pnjam laptop awek!!

gluppp..padan muka ko!!

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya