Blog Widget by LinkWithin

Friday, July 31, 2009

Siapa Yasmin Ahmad?

http://www.klue.com.my/assets/0001/4762/yasmin_std.jpg
Belum satu minggu lagi Arwah meningal dunia, tetapi terlalu banyak gosip mengenainya. Afiq juga ditalakan dengan pelbagai2 soalan oleh rakan2 mengenai Arwah Yasmin. Sana sini orang bercerita mengenainya. Jadi hari ini Afiq telahpun membuat sedikit kajian dengan mengoogle web2 dan blog2 mengenai desas desus yang mengatakan Arwah Yasmin ini sebenarnya lelaki. Benar atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu.

Sebenarnya telah lama berita mengenai Arwah Yasmin ini tersebar, mulanya dikatakan khunsa. Iaitu mempunyai kedua jantina lelaki dan perempuan. Bagaimana rupanya mungkin tidak dapat kita bayangkan. Itu kuasa Allah SWT. Sebenarnya memang ada dan banyak terjadi kejadian seperti ini. Cuma kita saja yang tidak tahu. Mengikut statistik, khunsa berlaku kira2 1 dalam 1000. Jadi kalau benar, Penduduk Malaysia ada 24Juta, maknanya khunsa diMalaysia sahaja ada 2400 orang. Mungkin kah termasuk Arwah Yasmin?
Arwah Yasmin juga dikatakan Zulkifli Ahmad seperti dalam Akhbar Kosmo 27hb Julai 2009. Dalam akhbar itu juga menyebut dia merupakan naib juara Bintang RTM 1975 dan merupakan pemain bola di Sekolah Menengah St David Bukit Baru Melaka. Turut dilampirkan temubual bersama rakan sekolah Arwah Yasmin dahulu. Ok, cuba buat perbandingan dengan biodatanya.
PROFIL
Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit: 2005 Raining Amber

ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM '75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN
Artikel: 2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga:
Bapa - Ahmad Hashim
Ibu - Inom Yon

Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;

2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia... Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie's)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

BLOG RASMI YASMIN AHMAD

http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/

sumber: mstar Online
Tengok pada Pencapaian Lain. Arwah Yasmin merupakan naib juara Bintang RTM 1975? Bagaimana boleh sama dengan Zulkifli Ahmad? Tetapi dalam profilenya tidak dinyatakan sekolah menengah dimana. Cuma lahirnya di Muar.

Afiq juga terbaca dalam satu blog yang menulis tentang satu rancangan BUAL BICARA yang di hoskan oleh Rosyam Nor. Ketika menemu ramah seorang Pondan.
Aku mula mendapat tahu hal ini pada ketika rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh saudara Rosyam Nor dan menampilkan tetamu pada ketika itu seorang yang berimej pondan/maknyah..seingat aku soalan yang diajukan hos ketika itu "siapa(dikalangan pondan/maknyah) yang mendapat tempat dikalangan masyarakat ketika ini?"...dijawabnya secara sepintas lalu..."Yasmin Ahmad"...dan terus dipintas oleh saudara hos...mungkin tidak mahu ia dibicara dan dibahas...
link : DISINI
Dan yang paling ketara apabila semua station TV dan Akhbar2 menyatakan ALLAHYARHAM YASMIN. Korang perasan? Sepatutnya jika seorang wanita meningal dunia, disebut ALLAHYARHAMAH.

Jadi sejauh mana kebenarannya, Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Siapa pun Yasmin Ahmad, dia tetap seagama dengan Afiq. Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau di Hari Jumaat ini. Afiq pun xnak komen lebih2, Nanti Marina Mahadhir saman Afiq. Afiq orang susah, Afiq cuma tulis apa yang telah tertulis. Kepada semua, Afiq mohon maaf jika ada tersalah bicara mengenainya.
Wallahualam..

3 Komen Pembaca:

Anonymous said...

no komen...

iluvislam said...

1. sepatutnya lelaki mati disebut allahyarham. perempuan allahyarhamah
2. dikubur, talqin dibaca dengan dibin atau binti kepada nama ibu, bukan nama bapa
3. seorang suami sepatutnya menjadi pembela kepada seorang isteri ketika isteri difitnah, apatahlagi selepas matinya. begitu juga sebaliknya.
4. pihak jabatan agama yang mengeluarkan surat akuan jantina lah yang lebih patut membuat penerangan di televisyen dan media massa,

malang malaysia dgn konsep 1 malaysia dah terbalik. sapa lagi yg peduli dengan agama Allah? yang penting kasih sayang sesama insan saja

Anonymous said...

sebak ngan pemergiannya..tetapi hati tertanya2...kenapa dia? ini mungkin ujian ALLAH..aku tak patut mempertikaikannya..just hati ini meronta2 nk tahu siapa dia sebenarnya..
aku doakan dia semoga tenang disana...

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya