Blog Widget by LinkWithin

Sunday, August 2, 2009

H1N1


Maksud H1N1 ni adalah Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung
dan manusia.

Jangkitan ini sangat membimbangkan diseluruh negara didunia ini kecuali Malaysia. Masa awal2 penyebaran wabak ini dulu, Singapore dan Indonesia sudah istiharkan wabak ini merbahaya dan langkah berjaga-jaga diambil. Masalah nya, Malaysia terus berdiam diri mengatakan tidak ada apa2.

Sikap menyembunyikan oleh kerajaan dilihat suatu benda yang tidak sihat. Ingat tak dulu seluruh rantau asia barat dan dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk. Malaysia? Masih tidak ada apa2. Bila keadaan menjadi makin parah kerana banyak kilang2 tutup baru lah nak cakap, Ekonomi Malaysia pun terjejas sedikit.

Samalah juga dengan kes H1N1 ni, sekarang dah masuk 6 orang terkorban dengan berpuluh2 rakyat telah dijangkiti, ITPA, IPTA, sekolah2 telah ditutup, tapi kerajaan masih lagi sambil lewa. Yang berhempas pulas adalah orang2 klinik dan hospital. Saya sangat terkejut dengan kenyataan Menteri Kesihatan yang dilihat menyalahkan hospital Swasta kerana lambat mengambil tindakan. (Sila rujuk ahkbar Star 31 Julai 2009). Dia? cepat sangat ke ambil tindakan? Dengan menyembunyikan fakta yang sebenar, seluruh rakyat patut menyalahkannya.

Kita tahu penyebaran mahkluk H1N1 ini dari udara dan pernafasan. So untuk mencegahnya perlu pakai mask atau topeng. Sepatutnya kerajaan memberikan topeng ini secara percuma kepada pelajar2 sekolah dan IPT dan seluruh rakyat untuk mencegah wabak ini. Dulu masa kes jerebu yang teruk, kenapa pula boleh bagi. Sekarang kerajaan dah takde duit ke?

Biar seluruh rakyat Malaysia menjadi budaya memakai topeng ketika keluar rumah. So tak ada lah yang terkejut melihat orang lain memakai topeng ni. Dan secara tidak langsung, wabak ini dapat dicegah kan?

Afiq sangat pelik kenapa perkara2 yang serius seperti ini perlu disembunyikan atau dalam erti kata lain menipu kepada rakyat. Adakah perkara2 seperti ini melibatkan politik yng perlu di pertahankan. Yang Afiq tahu ini melibatkan nyawa dan keselamatan seluruh rakyat! Berterus terang lah untuk kita bersama2 menanganinya.

Bagi yang tak setuju dengan pendapat Afiq ni, senang saja jawapannya. Kerana ibu bapa, adik2 atau sedara mara korang tak kena, sebab tu lah korang tetap mempertahankan pembohongan yang nyata ini. 1 Malaysia Masih tidak ada apa-apa dengan H1N1. Kan3?

sekiranya ada tanda2 berikut, sila rujuk ke hospital berhampiran.
http://abuaiman.files.wordpress.com/2009/07/hin1.jpg

Langkah2 pencegahan, sila lah pakai topeng semasa keluar di kawasan yang sesak.

2 Komen Pembaca:

Anonymous said...

bagus....

ia dapat membantu saye membuat kerja tentang H1N1......

Anonymous said...

kalau bg lbh informasi yg lbh details pon bgus jgk.. boleh la saye dpat maklumat untuk bt kerja saye...

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya