Blog Widget by LinkWithin

Monday, August 31, 2009

Analisis Kenaikkan Harga Minyak Petrol

http://layarangkasa.files.wordpress.com/2008/12/raise-of-petrol-price.jpg
Menjelang tengah malam ini, 1 September 2009 sekali lagi kita dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak petrol ini. Mungkin hadiah semperna Kemerdekaan ke 52 gamaknya. Agak keterlaluan jika ini dilakukan kerana musim ini adalah musin perayaan. Kenaikan harga minyak ini sekali gus akan menaikkan harga barang-barang.

Sedikit analisis yang Afiq lihat, dan memberi impak yang besar kepada kita.

Harga Minyak Petrol berkuat kuasa 1 September 2009.
Harga Minyak Petrol Ron 97 dari Rm1.80 kepada Rm2.05 (kenaikan 25sen)

Harga Minyak Petrol Ron 95 dari Rm1.75 kepada Rm1.80 (kenaikkan 5sen)

Peratusan Harga Juga meningkat!

12.19% Harga Minyak Meningkat
12.19% Harga Barang-barang Meningkat
24.38% Kos penguna meningkat (Pengunaan Barang + Minyak)
100.0% Kenaikan Kemarahan Rakyat!

Adakah benar yang diwar-warkan oleh Kerajaan bahawa kenaikan harga minyak petrol ini tidak memberi kesan kepada rakyat?Afiq sebagai penguna mengatakan ini adalah satu pembohongan. Kerana kita tahu setiap kenaikan harga petrol, ia akan memberi kesan kepada segala kos pengangkutan. Termasuk barang-barang dagangan dan makanan. Impak ini sangat lah besar! Adakah ini 1 Malaysia yang rakyat diutamakan?

Bagi kebanyakan penguna kenderaan Bersaiz sederhana seperti Afiq yang mengunakan Tangki Minyak penuh sebanyak 45 Liter, kenaikan kos sebanyak Rm11.25! Jika sebulan sebanyak 4 kali isi penuh, bermakna kenaikan kos sebulan Rm45. Jika setahun? Rm540! Adakah ini tidak membebankan?

Imbas semula harga Petrol dahulu

1995 = Harga Petrol Malaysia RM1.52 pada Harga Minyak Dunia $65-$75 setong

2009 = Harga Petrol Malaysia RM2.05 atau RM1.80 pada Harga Minyak Dunia $65-$75 setong.


Korang sebagai penguna bagaimana? Berpuas hati dan menyokong tindakan menaikkan Harga Minyak Petrol ini?

2 Komen Pembaca:

anonymous said...

jangan hanya tahu menuding jari kepada kerajaan malaysia.. jika mahukan kemajuan tanpa pengorbanan, tak perlulah duduk di malaysia ni.. kaji kembali dasar niaga petroleum malaysia.. kalau tak tahu tak, jgn memandai2..

Anonymous said...

dulupun ada kemajuan dan pembangunan, harga petrol tak macam ini! cakap saja pandai, ingat bubuh air liur nak jalankan kereta. Ini semua kapitalis bussiness.

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya