Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, June 5, 2009

Seks & Cinta

Mungkin entri kali ini agak panas sedikit. Namun ianya realiti yang perlu dibincangkan. Apa peranan seks dalam cinta? Ramai yang terkeliru mengangapkan seks itu perlu untuk tunjukkan kasih sayang. Adakah ianya adakah benar2 satu keperluan dalam perhubungan? Mungkin Ya bagi yang telah berumah tangga. Tapi yang masih bergelar couple pula bagaimana?

Saya agak terperanjat bila mendengar pengakuan ikhlas dari seorang rakan dengan secara terangan mengatakan hubungan itu biasa. Ia tidak lagi diangap telanjur atau melakukan zina, malahan ia seperti satu kewajipan. Apakah budaya ini juga kita angap biasa sepertinya?

Mungkin remaja sekarang berfikiran lebih terbuka sehinggakan kesucian diri mereka bukan lagi terletak pada dara. Pemikiran begitu yang menghumban remaja kelembah kemaksiatan. Sebenarnya mereka tidak sedar mereka bukan saja mencemarkan diri malah mencemarkan hubungan itu semua. Seks dan Cinta sangat berbeza, itu pandangan saya.

Hari ini kita sering digemparkan dengan kes buang bayi. Yang menyayatkan hati kenapa bayi yang tidak berdosa itu dihukum atas kesalahan ibu bapa mereka? Adakah ini punca cinta durjana? Ketika peluh nafsu membasahi badan mereka, akal dan minda tertutup dari memikirkan apa yang akan berlaku. Bila telah puas berasmara barulah dirasakan kesalnya.

Kalau bercakap soal dosa pula, tentulah mereka menempelak dengan pelbagai alasan. Mereka boleh katakan perbuatan itu tidak berdosa. Jadi apa lagi yang boleh menghalang dari perkara ini?

Jawapan saya : Jangan lah bercinta..Pendapat anda pula bagaimana?

Thursday, June 4, 2009

Dia



Permainan Dunia adalah derhaka, permainan jiwa pula adalah cinta. Setiap orang punyai hati dan perasaan. Setiap orang ada rasa Gembira dan duka. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Begitu juga dengan dia.


Dia entah dimana, mungkin ada lagi didunia ini. Langit itu sedang melihatnya dan melihat aku. Bulan yang dia pandang itu juga sama dengan apa yang aku lihat walau jarak itu berbeza. Dia, Aku tetap ada.


Mungkin ketika ini dia telah lupa, siapa aku dalam dirinya dahulu. Kerana aku ini bagai derita baginya. Ketika dia gembira, tentulah aku hilang dari hati. Tapi aku percaya, mungkin ingatannya tersentak bila mana ada orang menyebut nama aku, bila dia terlihat wajah aku. Dia akan menjadi kaku. Adakah kerana aku adalah dosanya?


Dia gembira, Dia berduka, Dia menangis jua walau tanpa aku disisinya. Dia tetap derita kerana cinta walau bukan kerana aku, namun tangisnya dan sedihnya itu sama. Aku tahu kadang-kala dia benci, kadang dia pilu bila terkenangkan aku. Aku juga keliru dengan rasa begitu. Mungkin cinta itu telah terlalu lama, meningalkan kesan pada jiwa.


Kau, dia, percaya pada Karma? Masa aku telah bertukar dari gembira kepada duka, dan masa dia pasti tiba walau bukan aku yang pinta Cuma saat dan waktunya berbeza. Aku ini mungkin bukan insan sempurna yang pernah dia miliki, dan aku juga tidak mungkin sama dengan insan yang dia akan miliki. Walau dia mencari ganti, aku Cuma ada satu didunia ini.


Takdir serta jodoh Aku & Dia telah Tuhan tentukan berbeza. Aku tak salahkan sesiapa dan aku tetap redha. Mungkin ada yang lagi sempurna. Aku tidak sesalkan kenapa aku pernah kenal dia. Walau balasannya itu memilukan tetapi dia juga pernah membahagiakan. Mungkin saat itu dia terburu-buru membunuh cinta aku dan membiarkan aku dalam kegelapan. Namun masa tidak akan mungkin berubah semula, walau sesalan dipinta. Nisan cinta aku dan dia telah setahun bersemadi dengan darah air mata derita.


Walaupun dia selalu menghina, Aku tetap senyum melihat dia bahagia. Itu hadiah aku yang sangat bermakna bagi mengantikan janji cinta kita dahulu. Terima kasih lah atas segala-galanya. Terima kasih kerana pernah ada didalam jiwa aku.

Aku pasti kalau dia sedang membaca cerita ini, aku masih lagi di hati kecilnya.


Selamat Tingal Kisah Cinta Aku & Dia..

Wednesday, June 3, 2009

Ini Lah Cinta!

Kasih Sayang inilah hadiah Cinta yang paling Bermakna.
Terima Kasih Keluarga.

Jangan lah sesali kehilangan seseorang dalam hidup kerana anda masih lagi punyai cinta dari keluarga!

Tuesday, June 2, 2009

Mencari Nikmat Hidup

Gambar ini adalah sumbangan Daripada Nuyoi



Ramai orang tahu dia masih lagi bernyawa. Ketika bangun dari tidur kita semua tahu bahawa kita masih lagi ada di dunia. Tapi ramai yang tidak tahu apakah sebenarnya yang dicari dunia ini? Kenapa dan mengapa kita hidup di Dunia? Adakah untuk sekadar mengisi masa kerana masih lagi bernyawa?


Kalau kita kata hidup ini untuk mencari kebahagian. Selama ini anda tidak bahagia kah? Kalau dah bahagia, apa lagi yang anda cari?


Kalau anda kata hidup ini untuk mencari kekayaan. Selama ini anda tidak ada duit ke? Kalau dah ada duit, apa lagi anda nak?


Kalau anda kata hidup ini untuk mencari Akhirat. Kenapa anda perlu hidup lama di dunia ini?


Kalau anda kata hidup ini untuk mencari cinta. Kasih sayang dari kedua ibu bapa anda bukan cinta namanya? Cinta yang macam mana anda cari?


Kalau anda kata hidup ini untuk ilmu. Anda sudah pun berilmu, malah sedang mengunakannya iaitu ilmu anda membaca.


Kalau bukan ini semua, Jadi apakah nikmat hidup ini yang KITA cari??

Sebab itulah ramai manusia hidup di Dunia ini hanya melakukan kemungkaran kerana gagal Mencari Sebab kenapa perlu hidup.
Walahualam..

Monday, June 1, 2009

Cinta Ku di Langkawi

Isnin 1 Jun 2009, Hari ini hari pertama aku di Langkawi bersama rombongan keluarga. Tiba kira2 jam 10 Pagi waktu Langkawi. Sama tak dengan waktu korang di Kl dan Melaka? Cuaca panas dan hujan renyai pula pada waktu petang. Shoping takyah cakap lah, Kain batik, Kain pelikat, Baju Langkawi, minyak gamat, Toto, cokelat dan sewaktu dengannya. Cuma pingan mangkuk belum beli lagi. Aduhai...

Tempat2 menarik di padang maksirat dan pantai chenang. Cuma aku nak tanya kat sini Pantai Chenang tu bukan dalam Malaysia ke? Asal ramai yang bogel? Baik yang tempatan atau import semua sama saja. Sedikit mencemarkan identiti Budaya dan Rakyat Malaysia. Rasanya pemantauan perlulah di lakukan. Anak2 tempatan pun, jangan ambil kesempatan. Jangan sampai orang kata jijik dengan pemandangan disana walaupun pantainya indah!

Rasanya takda apa nak cakap lagi, cuma gambar disertakan untuk tatapan. Bestkan bila semua keluarga berkumpul untuk bercuti. 2 Buah Bas, 7 Buah Van di Langkawi dan 15 bilik di Apartment Seaview Langkawi. Dan Rm Beribu2. Lengkap perjalanan kali ini. Alhamdulillah..














Cinta DORAEMON kah?

Lagu : Rossa, Hey Ladies.

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Lagu diatas sekadar hiburan..memg sedap didengar..tapi lagu ni boleh memberi kekuatan pada wanita2 yg pernah dikecewakan dalam percintaan. Dunia Percintaan itu sangat laa indah, terlalu indah.




''cinta itu jangan seperti nobita yg gampang nangis dan putus asa,


jangan seperti Giant yang penuh dengan emosi,


jangan seperti Nobita yg lemah,


tapi cinta itu seperti Doraemon yg penuh dengan keajaiban.''


jangan menyesali dgn apa yang terjadi..anggap saja ni semua adalah dugaan dari Pencipta kepada HambaNya yg dikasihi..Yakin kan pada diri, bahawa insan yg pernah membahagikan anda suatu ketika dlu hanya dipinjamkan sementara untuk anda..Dia bukan jodoh terbaik untuk anda..dan biarlaa..masa yg tentukan segalanya..


tp kita, jgn pernah memendam satu perasaan dendam kpd kaum2 laki, ''Memanglah tak semua laki-laki busuk Namun ladies tetaplah harus waspada Semogalah kita semua akhirnya Mendapatkan cinta yang tulus"



Hatiku kini lebih tenang,

Panggilan Bahaya!

Petang tadi aku dikejutkan dengan pangilan telefon dari no yang tidak aku kenali. Ring..Ring..Kringg..Ringtone aku yang merdu tu macam biasa menjerit..Siapa yang call?

Assalammualaikum, Afiq cakap ni..siapa tu? (sopan nyer)
Waalaikumsalam, ni n** lah.Ingat x? (merdu suara dia)
Siapa eh? Lupa lah..
Ala..yang hari tu saya keluar dgn kawan awk tu. Kat *******. Ingat tak?
Ohh...

Masa tu aku keluar makan, terserempak plak dengan kawan aku sorang ni *****. Minggu lepas kalau tak silap. Kebetulan aku sorang, dipelawa lah oleh si ***** duduk sekali. Masa tu dia bersama kawan perempuan si n** ni lah nama dia. Borak punya borak, makan punya makan, masa aku nak balik si n** ada lah minta no fon aku. Tanpa segan silunya aku pun hulur Biz Kad pada dia. So sebab itu dia ada no fon aku. Sambung balik perbualan tadi.

Ada apa call saya? Nak belanja makan ke? (aku melawak jer ni)
Ha ah. Awak free tak malam ni?
Malam ni? Kenapa?
Saya boring lah duduk rumah sorang2. BF saya balik kg. Kita keluar makan nak tak?
Hmm..Boleh, tapi awk kena tanya mak saya dulu. (hahaha..anak mak)
Apa ni..saya serius lah..Jangan lah main2. (dia marah ni)
Tengok lah dulu. saya tak janji. (dalam hati memang nak mungkir janji)
Nanti awk dtg ambik saya kat rumah eh. saya sms kan address.
Kalau tak call tu takde lah eh.Takut saya ada kerja. (alasan baik ni)
Ok, saya tunggu. Jangan tak jadi eh.
Bye..Bye.. (Dialog2 ini sebenarnya telah dipendekkan)
Bila pikir2, kenapa tetiba dia ajak keluar? Padahal aku bukan kenal pun. Baru sekali jumpa, itu pun kebetulan. Bf takde? Huhuhuhu..Ape lah pompuan ni, baru kenal dah nak skandal. Ingat aku murah ke? hahaha.. Maaf lah, aku bukannya lelaki gatal k. Jangan mimpi suka2 hati je nak dating dengan aku. Aku tak keluar sebarangan dengan orang aku tak kenal K. Biarlah dia lapar malam ni. Sape suruh?

Padahal masa catatan ni ditulis,Aku tengah berhenti di R&R seremban dan dalam perjalan ke Langkawi..Ahak...
Jahat ke aku? Atau aku cuba di Jahatkan oleh seorang perempuan?





Profile N**
  • Rambut Panjang mencecah bahu.
  • Warna rambut di highlight kan perang dan perang terang.
  • Warna kulit macam tea susu kurang manis.
  • Ada 4 subang ditelinga kanan + 4 di telinga kiri = 8 subang lah kot.
  • Suara lunak manja.
  • Saiz badan sederhana, tinggi pun sederhana.
  • Berpenampilan agak seksi.
  • Tinggal di Apartment P***** A** **R**
  • No Hp : 016-623****

Kepada sesiapa yang bertemu dengan perempuan ini, elok lah berhati2. Terutama kepada Lelaki.