Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Thursday, November 5, 2009

Fakta Membimbangkan- Marjerin & Mentega

Ini adalah satu email yang Afiq terima hari ini dan sangat membimbangkan. Yer lah, rumah Afiq mesti ada roti dan marjerin Jenama Butter Cup untuk sarapan dan makan kunyah2 bila masa lapar. Tetapi yang dibaca ini mungkin bakal mengubahnya. Cuma, beberapa fakta yang mungkin terpesong dari kita membaca http://en.wikipedia .org/wiki/ Margerine# History. Afiq pun bukan lah nak menakut-nakutkan sesiapa dan menyebarkan berita yang mungkin palsu, cuma Afiq nak kongsikan sebagai bahan bacaan. Yang arif tu, mungkin korang boleh jelaskan.

http://citrasupply.files.wordpress.com/2008/11/mentega_tatura.jpg

Korang peratikan kedua gambar diatas dan dibawah ni, Ada perbezaan tak antara marjerin dan mentega? Pada Afiq dua-dua sama sahaja!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFxlbYV5yXFpn6ub9QYANIRCgK2x1-TM8c9kxa98-uAFVJJnLSkC88MXT4om3Wm9lwOkY2bmvzQH9zr-IFKH1BxsaRBkO7PigF7NhDcILMfcUgrV0pqk3a-sS9ZvlD1DGcMT_12Cz2Fkk/s400/01052009566.jpg 

Email yang Afiq terima:

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang

melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah

otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi

mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu

mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti

mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan

pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai

jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya

sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin

boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding

memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.

Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah

makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan

lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin

terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid

lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga

kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol

berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin
menaikkan risiko
penyakit barah
sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin

semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG

SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan
SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur

hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna

hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat

teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia

sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai

nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma

juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada

plastik.
Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?


BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Betul atau tidak, terpulang lah kepada korang. Afiq pun tak tahu nak kata apa, maklumlah bidang Afiq ialah matematik dan akauntan, tak ada kena mengena dengan biokimia ok!

Wednesday, November 4, 2009

Hantu berkeliaran di PMM

Teringat aku kisah hantu ni masa menuntut di Politeknik Merlimau dulu. Masa asgment last sem, kitaorang di suruh buat satu perniagaan masa konvo. So dah tentu lah ramai yang pilih nak jual makanan dan pelbagai. Tapi Afiq n de geng berfikir jual makanan tu terlalu banyak saingan dan tak untung. Kita orang ape lah lagi, pikir2 punya pikir tercetuslah idea si hantu ni untuk membuat rumah hantu.Wahh..seram gitu..

 

Orang lain sibuk jual makanan2 dan terpekik2 menarik pelangan, kitaorang plak sibuk jaga rumah hantu serta menjadi HANTU! Sumpah memang seram. Hasilnya, rumah hantu kita orang telah menjadi tarikan diseluruh PMM sampaikan beratus orang beratur nak masuk. Harga tiket Rm 1.50 sorang dan confirm puas hati! Lecture pun ada yang masuk. Amacam? seram kan?

16052007(001) (1) 16052007(002) 16052007 Hantu yang paling orang takut yang tengah2 tu. Pocong! Dan dengar kata hantu pocong tu sekarang merayap3 kat UUM plak sekarang ni. So korang hati2 tau.

 

Bagi pelajar-pelajar yang bakal dpt asgment perniagaan nanti, cuba lah korang berfikir luar dari pemikiran biasa. Takkan tgk orang jual mee, kita pun nak jual mee. Come on lah, think out of the box! Faham tak? Cipta identiti sendiri tanpa tengok orang lain. Baru lah perniagaan akan maju!

 

Cerita pasal rumah hantu Konvo PMM ni, Afiq nk ucapkan lah terima kepada semua yang menangis kerana terperanjat. Termasuk lah yang menjerit2 sebab tertarik tangan Afiq yang di ingatkan selipar dia yang tercabut. Hahaha…

Dikala aku sudah tua

Peningkatan umur skang ni sangat2 lah dirasai. Lebih2 lagi dengan sakit2 badan yang dialami ni, memang sesuai lah Afiq mengingat hari2 yang makin tua.

100_2702 Nak tulis blog ni pun macam dah tak larat, tapi digagahkan juga. Bukan apa, sebenarnya Afiq baru balik main badminton. Serius lama gile tak main, tetiba hari ni gatal sangat. So akibatnya tangunglah sekarang. Berenang dengan jogging pun dah lama tingalkan, stamina makin drop. Perut makin kedepan. Tetiba hari ni terkinja2 kejar bulu tangkis, Afiq pun ape lagi macam nak menangis lah.

 

Bila main badminton ni teringat zaman dulu kala, masa darjah 4 sampai 6. Siap pergi tuisyen badminton kat dewan High School setiap hari sabtu dan ahad. Dan berlatih untuk main diperingkat sukma. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, habis semuanya. Dah tukar aktiviti lain pulak. Kalau Afiq teruskan dulu, mesti skang dah jadi pemain antara benua kan? Setaraf dengan Lee Chong Wei agaknya.

100_2698 100_2699 100_2700 100_2701 Walau macam mana pun, game badminton hari ni memang betul2 membakar lemak2 tepu yang bermaharaja lela di sekeliling pinggang, sekali gus membentuk badan Afiq lebih menawan dan bergaya. Ahak..

 

Keluar peluh ada lah sebotol air mineral 500ml, penat memang tak ingat. Badan plak dah mula terasa sengal sekarang ni. Tapi serius memang enjoy. Jadi lepas ni mungkin Afiq akan main secara berkala tiap-tiap minggu. Atau mungkin Afiq boleh anjurkan Pertandingan macam pertandingan Bowling dulu? http://www.permata-merah.co.cc/2009/06/bowling-20-jun-2009.html

Korang rasa macam mana?Ok tak?

Tuesday, November 3, 2009

Contest Digi lagi..

Baru sat tadi dapat email dari DIGI pasal contest Pimp My Broadband tu. Yang best nyer diaorang nak postkan barang-barang tu. Tak payah lah susah payah Afiq nak ambik kat KL kan? Lagi satu, diaorang siap cakap harga Modem + Internet Broadband 3 bulan tu nilainya lebih RM500. Wah! Untung nyer kan? Dan modem tu tak di lock kan dan bebas mengunakan mana-mana sim card dari lain-lain network! Memang best lah DIGI!

Congratulations! 

Your blog post for the ‘Pimp My Broadband’ contest has qualified as one of the top 50 most voted entries. 

As such, you have won yourself a pimped up DiGi broadband modem AND 3 months of free service!  This total package is worth more than RM500!

Just to clarify, there is no contract or obligation attached to this prize. 

Once the 3 months expires, you have the option to continue the service (at a discounted rate), or simply keep the modem and use it with another service of your choice, as all DiGi modems are unlocked. 

Afiq masih lagi teruja dengan kemenangan ini! Yeah! Kalau nak tau, Sayang Afiq pun memang jugak. Nasib lah stategi menjoinkan contest kitaorang ni berhasil dan dua-dua plak tu menang. Korang jangan jeles eh..

http://www.vialentino.com/via12/digi_broadband.jpg

Tak sabar nak tunggu modem ni! Afiq belum pernah ada broadband! Ni first time tau..Harap-harap abang posmen hantar cepat-cepat eh.. Dah tak sabar ni!

Dokumentari Melaka Bandaraya Bersejarah

Tahu tak korang apa yang sebenarnya ada Di Melaka Bandaraya Bersejarah tu? Yang sampai disebut-sebut dalam buku teks di sekolah, tentu banyak perkara yang menarik disinikan? Memang tak dinafikan lah. Afiq yang memang anak jati Negeri ini pun berbangga dengan apa yang ada dan bersejarah disini sampai menjadi tontonan seluruh dunia.

 

Sedikit mengenai sejarah Negeri Melaka yang memang korang telah lupakan sejak menutup buku teks sejarah dulu.

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403.

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.

Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

 

Yang tak pernah sampai sini, korang mesti terujakan nak tahu? Walaupun Afiq berkali-kali tunjukkan gambar, korang tetap tak kan puas selagi tak datang sendiri. Hari ni Afiq nak berkongsi satu Video Dokumentari yang dihasilkan oleh Afiq nyer sister in law utk projek assignment nya. Secara tak langsung, Afiq pun ada terlibat dalam shoot video ni. So yang belum teringgin nak melawat tu, apa kata korang intai-intai dulu.

Melawat Melaka, Melawat Afiq juga!

Monday, November 2, 2009

Keputusan Contest Digi (Pimp My Broadband)

Dengan ini diumumkan bahawa Afiq telah memenangi hadiah saguhati tempat ke 29 dan bakal menerima 3 bulan Internet percuma beserta Modem! Seronok nya! Bertuahnya! Korang ingat lagi tak entri Afiq dulu http://www.permata-merah.co.cc/2009/09/menyahut-seruan-pimp-my-broadband.html yang memberi kemenangan. Walaupun hadiah saguhati. Melepaslah nak dapat macbook, tapi oklah kan, dapat modem dengan line percuma 3 bulan. Sapa nak bagi? betul tak?

digi3 Itulah, Afiq dah slalu cakap. Tak rugi kalau mencuba. Bukan kena bayar pun, last3 kalau ada rezeki dapat jugak kan? Korang yang mana join tu, boleh cek mana lah tau nama korang. 

http://www.pimpmybroadband.com.my/WinnerPage.aspx

digi digi2 Tengok tu, nama Afiq! Best kan? Korang nak tau tak happy yang tak terhingga bila menang contest ni sbb korang adalah salah sorang The Lucky One, bukan sebab hadiahnya. Bertuahnya kan?

 

Jadi dikesempatan ni, Afiq nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Digi kerana memberi Afiq peluang untuk join contest ini. Dan Afiq pun telah menang. Alhamdulillah.

Sunday, November 1, 2009

Program Motivasi & Pengukuhan Diri 2009

Al-kisah hari ni Afiq tersangat lah letih kerana baru saja selesai menguruskan satu Program pembukaan Kelab Anugerah Intelek untuk Tahun 2010. Ini merupakan program pertama untuk pelajar Tahun 4 dan 5 UPSR 2010 dan 2011. Jadi memang semuanya adalah pelajar muka baru Afiq. Termasuklah bakal adik ipar Afiq pun ada skali.

Pelajar kali ni agak degil-degil skit, sampai menyebabkan Afiq mengunakan tenaga 100%. Maklumlah gelagat pelajar sekolah rendah. Program kali ni diadakan di Auditorium Al-Azim Melaka dan disertai oleh 230 pelajar dari seluruh sekolah-sekolah rendah negeri Melaka.
100_2552 100_2555 100_2557 100_2566 100_2571 Korang makan sampai tak pandang cikgu!100_2572 Sedap nyer..Nasi Ayam Penyek!100_2573 100_2578Wah, dah sampai atas eh korang! 100_2579 Yang baju coklat tu sape eh? Cam kenal sgt3.100_2590 100_2591

Bagi sesiapa yang ada di Melaka dan mempunyai Anak atau Adik tahun 6 dan bakal menghadapi UPSR 2010, korang boleh lah hubungi Kelab Anugerah Intelek untuk program-program Motivasi dan Kelas yang bakal melimpah ruah nanti eh. Untuk program3 akedemik jangan kedekut2 duit tau, sebab kos untuk pendidikan memang tinggi. Nanti belajar pun akan tinggi kan? Sampai ke menara gading!
Untuk semua Pelajar-pelajar Afiq tahun 2010,
Good Luck tau! Belajar elok-elok! Korang degil, ko siap aku rotan!