Kenapa ini terjadi? Dimana demokrasi rakyat? Adakah kepentingan Diri diperjudi?
Sikap tidak bermoral ini ditonjolkan untuk tatapan seluruh dunia. Kesal dengan apa yang berlaku saya rencanakan sebuah kisah.Perperangan Politik dalam Negeri.
Kemelut yang pertama bermula dari 3 orang ADUN yang melompat parti ke Bebas dan menjadi penyokong Kerajaan Pusat.Dari kiraan mejoriti Kerajaan Pembangkang menjadi 28-28 dan Kerajaan Pusat mempuyai 3 penyokong dari Parti Bebas. Kalau mengikut kiraan Matematik mudah, tiada mejoriti antara kedua-dua pihak ini kerana jumlahnya adalah seri. Parti Bebas bukanlah dari Parti Komponan Kerajaan Pusat dan ia tidak sepatutnya diambil kira. Keputusan sepatutnya mudah iaitu Kerajaan Pembangkang Tetap menerajui Kerajaan Perak kerana Kerajaan Pusat bukanlah mejoriti undian Dun.
Seterusnya perlantikan Menteri Besar kedua dipersoal sedangkan Menteri Besar yang pertama belum meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan. Apa yang berlaku? Dimana letaknya Kedaulatan Sistem Pemerintahan Negeri? Perebutan kuasa oleh pihak Kerajaan Pusat seolah-olah dalam keadaan yang sangat terdesak. Demokrasi rakyat pula dihina dengan tidak bermoral.
Bermula sidang Dewan Undangan Negeri yang pertama selepas rampasan kuasa oleh Kerajaan Pusat semalam mencetuskan huru-hara berikutan Speaker Dewan menghalau keluar kesemua Exco Kerajaan Pusat dan 3 Dun bebas. Pada hemat saya, walaupun arahan itu agak keras dan keterlaluan tetapi Ahli-ahli Dewan perlulah akur kerana itu kuasa mutlak Speaker yang merupakan Ketua Dewan, berhak membuat arahan dan keputusan di dalam Dewan. Kalaulah kuasanya dipersoal, rosaklah perundangan Dewan.
Satu lagi provokasi oleh Kerajaan Pusat iaitu melantik satu lagi speaker dewan dengan perlantikan yang tidak sah. Speaker asal pula diheret keluar dengan kasar oleh Jawatan Kuasa Khas Dewan yang tidak diketahui puncanya. Dan sekali lagi sistem perundangan dicabuli secara terang-terangan oleh Pihak Kerajaan Pusat. Ini kerja orang gila, bagaimana ini boleh berlaku?
Terus terang saya luahkan kata, seluruh Sistem Undang-undang Kerajaan Malaysia telah rosak. Kenapa? Dengan badan kehakiman, Polis Diraja, SPRM dan SPR telah diperalat oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Suara Rakyat tidak lagi jelas di dengari. Yang kelihatan adalah Nafsu Kerakusan Kuasa oleh pemimpin yang tamak dan Gila Kuasa. Roh Islam tidak ada lagi dalam Arus Politik kini.
Bagaimana untuk meluahkan kata jika yang ada semua suara kejahatan?
Aku sedih dan pilu.
Hanya Doa dan air mata mengiringi perjuangan menuntut kebenaran agar kebaikan mendapat kemenangan.Seru lah agar ketamadunan Islam terus menjadi pujaan.
-Afiq-
8/5/2009
0 Komen Pembaca:
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya