Agak-agaknya, mampu tak kita untuk membayarnya? Hakikatnya, jumlah yang tercatat dalam bil di atas, pastinya belum sampai setitis pun nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita yang ternyata adalah PERCUMA! Itu belum lagi dimasukkan sahabat, keluarga, jiwa, akal, alam sekitar dan BANYAK lagi. Di dalam al-Quran pun ada tercatat :
“Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung” (Surah Ibrahim: ayat 34)
Baiklah, apa kata kita kecilkan sikit skop kita, hanya kepada oksigen sahaja. Katakan kadar harga oksigen RM1.00 sekali bernafas. Kajian pula menyatakan manusia dewasa bernafas sebanyak 18-30ribu kali sehari. Kita andaikan 20ribu kali ya sahabat semua. Katakanlah pula, hayat kita kini 21 tahun. Ayuh kita kira sama-sama :
21 (tahun) x 365 (hari) x 20,000 (kali nafas) = 153,300,000 kali
Dengan itu, kadar bayaran kita adalah sebanyak RM130juta! Wahhh~ muflis secara tidak langsung nampaknya. Namun, pasti nilai sebenarnya adalah lebih dari itu kan. Pasti banyak tunggakan. Jika dah banyak kali tertunggak, bagaimana pula jika Allah s.w.t buat pemotongan? Fikir-fikirkanlah~
Itu baru 0.00000001 bahagian sahaja (oksigen, belum lagi kandungan dalam oksigen tersebut). BERSYUKURLAH. Jika hanya dengan nikmat sekecil ini pun kita masih belum mampu mesyukurinya, bagaimana pula dengan nikmat yang besar?
0 Komen Pembaca:
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya