Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, May 22, 2009

Aku..2

Sambungan dari yang lepas


Itu silam, mungkin saat ini berbeza, mungkin kerana dia tiada, mungkin saat aku bersendirian, sangat sepi aku rasakan. Tapi aku tetap aku, tetap sama seperti 4 tahun dahulu.


Saat aku bergemilapan,

Kau akan ku sinarkan,

Saat kau menjadi intan,

Kau sangat aku harapkan.



Aku masih ingat setiap kata dia, aku masih ingat setiap janji dia, aku masih ingat setiap dusta nya. Tapi aku masih menerima. Aku tetap cinta. Aku tetap berpegang pada janji. Tidak pernah sesaat pun aku merasa bosan, biar sekali pun aku di caci!

Memang kadang aku rasakan aku seperti pengemis cinta yang sentiasa menagih kasih. Mencari erti nilai dalam perhubungan. Acap kali kau melemparkan hina, dan setiap itu juga aku menerima. Sering kau pinta dilepaskan bila mana kau kemarahan, tapi aku hanya angap itu semua satu mimpi dan fantasi. Aku tidak akan pergi, angapan aku itu cuma gurauan, kerana aku masih lagi berpegang pada janji. Janji, cinta ku sampai mati!


Bermasam muka dan perbalahan itu adalah perkara biasa dalam perhubungan. Itu cuma warna yang mencorakkan suasana dalam bercinta. Kita tidak akan gembira jika sentiasa ceria. Kita tidak akan selesa jika tidak merasa duka. Kita juga tidak akan sempurna jika tidak melakukan kesilapan. ”sayang, I realy luv u. I realy need u. Pls forgive me!” kata-kata itu mententeramkan jiwa, meluahkan kata dan mungkin meredakan dia.


Kita bukan kenal sehari dua untuk kau menghukum aku yang melakukan kesilapan Cuma sesaat. Adakah kecil nilainya perhubungan ini berbanding dengan kemarahan itu? Keputusan itu perlu kau sesalkan kerana ini bukan penyesaiannya.


Walaupun sentiasa berduka dia tetap aku puja. Aku rela kerana cinta. Aku tetap gembira bersama. Pinta ku dalam doa, ”Ya Tuhan Ku, sesungguhnya ini rasa hati ku, aku sangat kasihkan dia sebagaimana Kau telah memberikan aku jiwa, biarlah ini satu pilihan ku. Kau berkatilah perhubungan ini, Kau satukan lah kami berdua sehingga ke anak cucu. Jangan lah Kau pisahkan kami melainkan dengan mati. Ya Tuhan Ku, sesungguhnya Kau mengetahui segala isi hati.” Amin..


Aku masih ingat lagi sewaktu aku menyarungkan cincin di jari dia. Permata itu menjadi saksi, cinta aku sekeras itu, bersinar dan sentiasa berkilauan. Ingin aku gilapkan permata itu dengan nyawa, biar dia rasa betapa aku setia mencintainya. Permata itu bukan ada nilainya tetapi ia lambang kuasa cinta.


Aku insan biasa,

Ada rasa..

Dan ada jiwa,

Cinta aku ada nilainya,

Ia mungkin takkan sama,

Walau kau rasa itu syurga,

Walau kau rasa itu sempurna,

Walau kau rasa itu segala,

Tapi kau tetap kehilangannya,

Ia hilang sampai bila-bila.

Takkan dikapai semula.

Samar aku bangun dalam kegelapan, aku tetap berdiri. Yang pasti, aku bukan bermimpi. Inilah realiti dalam kehidupan di dunia ini! Aku redha pada Mu Tuhan..



Bersambung..

1 Komen Pembaca:

Anonymous said...

hai.. berjiwa kental mamat ni.. geli nyer....

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya