Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Sunday, May 24, 2009

Malam di Kota Melaka


Malam tadi rakan baik(wak) saya mengajak keluar minum di Gazebo, so saya pun pergilah. Sampai sana dalam jam 9.30mlm. Duduk2 kat sana sambil berbual kosong, order pun tea ais je, makan taknak..dah kenyang.. Agak2 panas bontot dan boring wak tu ajak jalan2 pusing melaka. Hmm, rasa agak lama tak berjalan pada waktu malam2 ni di bandar.

Nak jadikan cerita si wak ni baru lah beli kereta. Baru semalam dapat, satria neo. so saya pun mengambil langkah dengan memparkingkan kereta saya. Naik kereta baru lah!

Lokasi pertama : Dari gazebo ke melaka raya. Biasa lah Disco2 kat sana, lengang juga mungkin awal lagi sbb jam baru 10.30pm. Tapi nampak jugalah kelibat anak2 muda mudi kita ni berpeleseran kat tiang2 disco tu..cari pakwe kot..hmm..apalah nak jadi. Perempuan sekarang dah berani melakukan aksi memikat lelaki. kalau dulu jantan2 ni mengayat tapi skang jangan terkejut kalau ada yang menyapa "hai abang, nak gie mana tu?" Si gadis berambut perang, skit pendek yang berkaki yang putih dgn rokok ditangan..Aduhai rugi satu pompuan cantik kat muka bumi ni, konpem mak pengsan kalau nak jadikan bakal menantu dia.

Lokasi kedua : Dataran Mbmb, memang terkenal dengan tempat untuk bermadu kasih. Ala..yang macam Taj-Mahal tu, kata dato ali le.. Hmm..Rata2 yang datang bercouple cuma kami berdua je lah dua2 lelaki. Ada yang seksi meksi dan ada yang bertudung, tapi berkepit macam belangkas. Rosak melaka kalau semua generasi macam ni. Mat2 rempit xyah cakap lah. Dah macam pesta kat sini. Eh..salah.. mat rempit dah tak boleh sebut, dah tukar jadi samseng jalanan..hahaha.. Pandang punya pandang ternampak lah sorang aweks ni..Pakai baju tido. Nak tido kat MBMB ni ke? ni mesti kes lompat tingkap ni. Mak ayah punya sedap tido kat rumah, anak dara dia tido kat MBMB. Bagus..

Mat Rempit dengan aksi nya

Lokasi ketiga : Kedai Masak Asam Hajah Mona. Pekena masak asam si wak ni. saya nasi lemak je, bukan nak diet tapi kenyang lagi. Orang boleh tahan ramai. Tapi nak cerita ni, dalam perjalanan ke sana banyak lah nampak si Samseng Jalanan ni A.k.a Mat rempit bersama minah2 nya. Aduhai sakit nya mata tengok dengan gaya dan gelagatnya. Tak tahu malu ke pompuan2 ni? Pakai baju macam nak tunjuk dia punya. Kalau setakat tunjuk jamban tu dah biasa lah, ni nak tunjuk semua2 yang sulit..Aduh berdosakan saya tengok, tapi dah TERtengok nak wat macam manakan.. Mak ayah diaorang xkesah ke anak macam tu? Dah lah rambut ala2 berpenyakit lukimia, baju SEKSA, keluar dengan jantan2, berpeleseran macam kucing kurap, pastu ketawa macam kene histeria. Kalau saya perhatikan kebanyakan diaorang ni berumur dari 15-2o tahun, So bawah umurlah. Kalau dah 21 tahun keatas kompem dah lagi advanced kat disco2. Pelikkan remaja skang boleh jadi macam ni padahal masing2 ada mak ayah. Lepas makan kitaorang pun pergi lah balik ke gazebo nak ambil kereta saya.

Lokasi keempat : Rumah sendiri lah. sampai dalam kol 1.30pagi. Agak lama lah juga keluar tadi. Sekali sekala kena embun takpe kan? So sesiapa yang nak pergi melaka, saya boleh bawakan anda lawatan sambil mencuci mata. Ahak..

"Jauh Perjalanan Luas Pemandangan"

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya