Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Sunday, May 24, 2009

Palestin, lupakah Kita?



Kita masih ingat lagi tak tarikh 28 hb Disember 2008 iaitu ketika Palestin di daerah Gaza di serang dengan kejamnya oleh tentera yahudi? Serangan yang melibatkan lebih dari 1000 orang cedera dan terkorban. Setiap kali berita di media dan di dada akhbar tentu membuatkan kita menitiskan air mata. Saudara Islam kita dilakukan sedemikian rupa! Masa tu semua rakyat dunia membantah dan mengutuk Yahudi! Kalau boleh masa tu kita nak terbang ke Gaza membantu saudara2 kita disana.

Masa tu juga lancarkan kempen boikot produk2 Israel. Ingat lagi tak? Tapi sekarang dah lebih kurang 5 bulan serangan itu berlalu. Dan kita seolah2 melupakan dan memaafkan Yahudi. Kita dah mula minum Coca-cola dan makan McD. Kita telah lupa pada saudara kita yang masih lagi sensara. Kita lupa pada perjuangan kita menentang Israel dan Yahudi. Kenapa kita jadi bergini sedangkan kita masih belum mencapai KEMENANGAN? Itulah kita sentiasa lupa.

Teruskan memboikot produk2 israel dan yahudi! Jangan sumbangkan duit untuk membunuh saudara kita! Saya percaya suatu hari nanti pasti perkara ini berulang. Kita jangan alpa! Doakan untuk saudara2 kita yang telah syahid dan kesusahan.

Dan satu cara untuk kita mengingatkan rakan2 yang lain, Saya ada menjual baju Save Palestin dan siap dengan senarai produk2 yang perlu kita boikot! Saya rasakan ia mungkin berguna. Harga RM 15 sahaja. Warna hitam dan putih, saiz tingal L dan XL sahaja. Saiz baju besar sedikit daripada saiz baju biasa kerana dibuat untuk sesuai kepada muslimat. Tak boleh sendat2!
Design Depan..

Design Belakang..Produk perlu Boikot.

Sesiapa yang berminat sila lah hubunggi saya. Kalau sekitar melaka mungkin boleh saya hantar. Tapi kalau diluar melaka mungkin kena tambah duit Pos.

Sebarang pertanyaan boleh hubunggi saya 017-7941003.

Catatan ini bukan lah dibuat untuk mencari keuntungan. Jauh sekali untuk mencari kekayaan, saya sekadar menyampaikan perkara yang perlu.Mari kita sama membantu, saya sikit pun tak da untung.

Teruskan Perjuangan Islam!

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya