Kereta saya dah kotor tahap dewa, kalau dihitung mungkin sudah sebulan tidak dicuci. Semenjak Car Wash aku di rompak. Malas mungkin punca utama.
Tapi disini saya tertanya2 perbandingan cuci sendiri atau hantar ke car wash.
Kalau hantar car wash, Rm12 dan ambil masa 30 minit je. Kereta terus jadi berkilat.
Kalau cuci sendiri ambil masa 2 jam,+ air sejuk dua kali, roti + kuih. Kereta berkilat dgn usaha dan kepuasan sendiri.
Memang sukar untuk membuat pilihan, yer lah selama ini hantar kedai sendiri, Tak perlu bayar dan tak perlu buat apa2. Semua pekerja yang uruskan. Tapi lepas car wash ditutup, kereta terus menjadi kotor.
Orang kata, keperibadian seseorg itu digambarkan melalui Baju, Seluar dan kereta. Kalau Baju, Seluar atau Kereta kotor dan tak terurus, tentunya pemiliknya seorang yang tidak pandai menguruskan diri. Ahak, saya bukan lah orang nya.
Jadi bagaimana? Hantar kedai? Akan dikata Tokey Car Wash tak pandai cuci kereta.
Cuci sendiri, penat tak terkata.
Binggung memikirkannya..
My Ceria Car Wash dalam kenangan
P/s: My Ceria Car Wash dengan rasminya telah ditutup selepas kejadian dirompak, atas nasihat keluarga dan rakan2. Saya doakan semoga perompak itu mendapat Rahmat Allah SWT. Kepada rakan2 dan pelangan, jika di Izinkan dan dimurahkan rezeki saya akan membuka Car Wash kali Ke 3 ditempat lain. InsyAllah.
0 Komen Pembaca:
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya