Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Wednesday, May 6, 2009

Ini bukan penghujung Dunia!



Buat sahabat,

Perpisahan ini adalah lumrah untuk manusia. Sama ada berpisah hidup atau mati, ia tetap pasti. Tiada yang akan kekal hidup di dunia ini, melainkan Tuhan yang Maha Esa. Mungkin hari kita duka, besok kita ketawa, selagi kita hidup watak kita sentiasa berubah. Kerana kita manusia, punyai hati dan perasaan. Layaknya kita bergitu.

Sahabat,

Ini kisah cinta, tiada titik nokhtah nya selagi kita punya hati. Kisah hidup antara suka dan duka, Kisah Cinta dan Dusta, Kisah pertemuan dua manusia adalah perkara yang biasa. Setiap orang pasti melaluinya. Tika kau kecapinya ingatlah ia pasti tidak akan kekal selamanya. Tapi kau tetap punya hati, layaknya kau mencintai dan dicintai. Patutkah kau rasa selamanya dibenci?

Hari ini memang duka, kerana ada yang melorek luka. Tapi sampai bila? Dan kenapa?
Ini bukan penghujung dunia! Sedarlah kau masih bernyawa. Masih ada esok dan lusa.
Jangan lah kau berputus asa!

Selama ini kita bernafas bersendiri. Kita melangkah dengan kaki, pegang dengan tangan sendiri. Perbuatan juga ikut naluri. Tiada yang perlu kita berkongsi, kerna cukup segalanya Ilahi beri. Apakah masih tidak kita mengerti?dan hanya mengharap simpati? Kerana kita rasa kita telah mati?

Duka itu kerana kita yang menjadi punca. Bukan sesiapa yang punya angkara. Sedangkan masih lagi ada gembira. Tapi kita sering alpa mungkin kerana cinta, kita jadi buta.

Dunia ini masih ada,

Mungkin masih ada esok dan lusa, kita masih lagi bernyawa. Kita hidup bukan untuk sesiapa. Kita perlu ada kerjaya semuanya untuk kita dan keluarga! Sampai satu masa, kita akan bahagia.

Realiti tidak akan menjadi mimpi,
Masa juga tak kan kembali,
Memori ini tetap diingati,
Walau sampai akhir nanti.

Sahabat,

Aku panjatkan doa agar kau sentiasa diberkati. Aku doakan semoga kau sentiasa dirahmati. Dan kau akan gembira nanti, itu akan pasti!

Ingat lah, bila kau diduga dan berduka, ini bukan penghujung dunia! Dugaan dari yang Esa, kau harus terima.

Lupakan lah yang telah pergi, kau teruskan lah berdiri, jangan menoleh lagi!

Kau bersinarlah kembali, seperti waktu kau mula ku kenali!

Khas untuk Sue..

-Afiq-
6/5/2009

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya