Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Saturday, May 30, 2009

Langkawi..Tunggu kedatangan Ku!



Malam besok akan timbullah satu lagi titik memori dalam kepala aku ini. Aku akan ke Langkawi selama 4 hari. Semasa perjalanan ke sana nanti, ketika itu lah keputusan Pilihan Raya Kecil di Penanti diumumkan. Kerana perjalanan ini jugalah aku terpaksa mengorbankan hasrat untuk bertemu Husam Musa di Melaka.

Memang ada sedikit keterpaksaan dalam Jelajahan aku kali ini kerana kerja yang banyak terpaksa ditangguhkan. Tapi untuk keluarga tercinta, saat ini aku patut bergembira. Biasanya kalau kemana-mana, aku bawa kereta. Tapi kali ini sedikit berbeza kerana pergi seluruh keluarga. Dengan 2 buah bas dan seramai 65 orang ahli keluarga menyertai Rombongan ini.

Aku binggung memikirkan berapa beg yang perlu dibawa sebabnya kena naik bus. Laptop? Beg baju? Beg alat solek? Beg kamera? Kasut? Selipar? Nak sumbat mana ni semua?

Kat sana pula aku pun tak tahu nak beli apa. Mungkin beli minyak gamat untuk buah tangan rakan2. Kalau tak nak minyak, air gamat pun boleh. Tak pun gamat hidup tu aku bawakan sebagai cenderahati untuk kalian. Ok kan?

Sekadar makan angin, dah biasa. Cuma aku teringgin nak makan tomyam yang memang best gila di sana. Dengan gadis2 yang comel mengambil order, aduh tetiba aku menjadi rindu. Kalian doakan perjalanan ini dirahmati dan selamat pergi dan kembali. InsyAllah kalau keadaan mengizinkan, catatan akan diteruskan. Live from Langkawi!

Kepada Peminat2, Pembenci2, Makwe2, Gadis2, Fan Club Aku dan sebagainya,yang tingal dilangkawi sana apalah kiranya kalau sudi membawa aku bersiar-siar atau setidak-tidaknya membelanja makan. Jauh aku datang untuk bertemu dengan mu!

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya