Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Sunday, May 31, 2009

Fesyen Berani Mati

Hari apa kata kita cerita pasal baju2 yang budak2 suka pakai. Kalau kita tengok berbagai jenis fasyen skang ni. Ada yang seksi meksi, ada yang koyak rabak, ada yang macam baju hujan, ada yang tulisan macam2. Tapi aku minat nak komen pasal baju yang ada tulisan2 ni. Dah banyak kalau diperhatikan. Kalau korang tak percaya, cuba pergi ke Shoping Complex dan gunakan mata korang betul2. Nampak kan? Contoh lah macam si mamat ni..

Apa macam? Korang berani tak?

Kalau jumpa je orang macam ni, secara automatiknya kita tahu dia ni single.. Tak perlu korang nak tanya dia. dah confirm jawapannya.Jujur kan dia ni..Pastu korang pernah tengok tak aweks2 yang pakai baju "Saya Sayang Pakwe Saya". Jujur gak kan? Sebab kita tahu dia dah ada Pakwe dan Sayang Pakwe Dia.

Lagi teperanjat kalau korang jumpa baju tulis "Cium Saya" atau "Peluk Saya" atau "Ikut Saya". Pernah gak aku jumpa tulis "Aku Suka (gambar lucah)". Aduhai budak2 remaja sekarang ni. Korang nak pangil perogol ke?

Heii, baju yang korang pakai tu melambangkan keperibadian tau. Kalau dah tulisan pada baju tak senonoh, tangapan orang pada kamu bagaimana? Silap hari bulan tetiba je orang datang peluk. Apa nak marah, kau yang suruh. Betul tak? Pening tengok gelagat budak2 remaja masa kini..

Sebelum buat satu2 keputusan untuk berpakaian tu, pikirlah kesannya sebelum perwatakan kau nampak sangat bodoh dan hodoh

Kawan Ku kahwin lagi..

Baru tadi aku menghadiri majlis perkahwinan sahabat ku semasa di asrama Sekolah dulu. Kami memang sangat rapat. Rasanya baru semalam kami berpisah, kau dah berkahwin hari ini. Selamat Pengantin Baru Sahabat ku Aizudin B Zakaria. Tahniah, semoga dikau bahagia sehingga keanak cucu.

Seperti biasa, soalan lucah yang kerap di tanyakan kepada aku oleh rakan2, 'Kau bila lagi nak bernikah ni Afiq?'. Hahahaha.. Jawapannya, 'Kau bawa 2 orang anak kau nanti di majlis perkahwinan aku nanti.' Ahak..

Gembira bila tengok kawan2 dah berumah tangga. Ada yang dah bawa anak. Tapi aku, bawa mak..hahaha.. Lagi pun akukan masih remaja.. Banyak lagi masa kan? Tak perlulah gelojoh sangat, calon pun belum ada..

Masa dan takdir dari Tuhan akan menentukan. Sampai satu masa aku pun akan bergelar bapa.

Saturday, May 30, 2009

Langkawi..Tunggu kedatangan Ku!



Malam besok akan timbullah satu lagi titik memori dalam kepala aku ini. Aku akan ke Langkawi selama 4 hari. Semasa perjalanan ke sana nanti, ketika itu lah keputusan Pilihan Raya Kecil di Penanti diumumkan. Kerana perjalanan ini jugalah aku terpaksa mengorbankan hasrat untuk bertemu Husam Musa di Melaka.

Memang ada sedikit keterpaksaan dalam Jelajahan aku kali ini kerana kerja yang banyak terpaksa ditangguhkan. Tapi untuk keluarga tercinta, saat ini aku patut bergembira. Biasanya kalau kemana-mana, aku bawa kereta. Tapi kali ini sedikit berbeza kerana pergi seluruh keluarga. Dengan 2 buah bas dan seramai 65 orang ahli keluarga menyertai Rombongan ini.

Aku binggung memikirkan berapa beg yang perlu dibawa sebabnya kena naik bus. Laptop? Beg baju? Beg alat solek? Beg kamera? Kasut? Selipar? Nak sumbat mana ni semua?

Kat sana pula aku pun tak tahu nak beli apa. Mungkin beli minyak gamat untuk buah tangan rakan2. Kalau tak nak minyak, air gamat pun boleh. Tak pun gamat hidup tu aku bawakan sebagai cenderahati untuk kalian. Ok kan?

Sekadar makan angin, dah biasa. Cuma aku teringgin nak makan tomyam yang memang best gila di sana. Dengan gadis2 yang comel mengambil order, aduh tetiba aku menjadi rindu. Kalian doakan perjalanan ini dirahmati dan selamat pergi dan kembali. InsyAllah kalau keadaan mengizinkan, catatan akan diteruskan. Live from Langkawi!

Kepada Peminat2, Pembenci2, Makwe2, Gadis2, Fan Club Aku dan sebagainya,yang tingal dilangkawi sana apalah kiranya kalau sudi membawa aku bersiar-siar atau setidak-tidaknya membelanja makan. Jauh aku datang untuk bertemu dengan mu!

Dialog Puisi

Korang mesti tak pernah dengarkan Dialog puisi kan? Masa ber 'Ym' bersama seorang rakan semalam, tetiba datang idea nak main sambung-sambung rangkap puisi ni. Bunyi macam pelik tapi ayat-ayat yang keluar itu mempunyai cerita dan maksud yang tersendiri. Rangkap puisi ini semua ditulis secara sepontan dan syaratnya rangkap puisi ini mesti di taip dalam masa kurang 3 minit serta asli (tak boleh diceduk dari mana-mana walau pun dari blog ini). Mungkin ayat-ayatnya mempunyai maksud yang mendalam sehingga korang baca pun langsung tak faham. Orang yang mempunyai berjiwa sentimental saja yang boleh tersenyum bila membacanya. Kalau jiwa korang nakal, mungkin korang akan berkata "ah..sudah lah..jiwang". Tak suka, tak yah baca ok..


Afiq Danial: cinta itu tiada harga,

Afiq Danial: kalau kau tiada jiwa

Afiq Danial: cinta itu duka

Afiq Danial: kalau kau tak setia

Afiq Danial: ...

PiNk froogy: mana hatimu?

PiNk froogy: yg pernah ku kenal

PiNk froogy: hatiku lara

PiNk froogy: mengenangkan dikau

Afiq Danial: hati ku ada disitu

Afiq Danial: dalam dada mu itu

Afiq Danial: kau tentu kenal siapa aku

Afiq Danial: sama seperti dulu

Afiq Danial: ...

PiNk froogy: kau manusia

PiNk froogy: bkn pantai..

PiNk froogy: sekali bah..kau berubah

PiNk froogy: aku bkn wanita gagah

PiNk froogy: walaupun hati ini ku cuba tabahkan

PiNk froogy: ...

Afiq Danial: cinta aku ini bernilai

Afiq Danial: cinta aku ini setia

Afiq Danial: cinta aku takkan tergadai

Afiq Danial: walau aku tergadai nyawa

Afiq Danial: ....

Afiq Danial: cinta aku tetap dihati

Afiq Danial: walau sampai bila-bila

Afiq Danial: ....

PiNk froogy: kau

PiNk froogy: aku

PiNk froogy: pernah miliki cinta yg satu

PiNk froogy: akan ku simpan cintaku yg satu

PiNk froogy: mungkin tiada dua

PiNk froogy: cintaku padamu seprti bintang di langit..

PiNk froogy: terlalu indah

PiNk froogy: xmungkin tergapai

PiNk froogy: ......

Afiq Danial: bila kenangan itu berlalu

Afiq Danial: akal terus menjadi beku

Afiq Danial: lidah terus menjadi kelu

Afiq Danial: yang indah jadi haru biru

Afiq Danial: kerana

Afiq Danial: memori itu tetap ada kamu

Afiq Danial: mungkan sampai bila

Afiq Danial: yang hadir ini semua derita

Afiq Danial: mungkin aku takkan bahagia

Afiq Danial: kerana kehilangan dua jiwa

Afiq Danial: yang setia bercinta

Afiq Danial: .....

PiNk froogy: yg biru itu langit,

PiNk froogy: yg merah itu saga

PiNk froogy: cintaku amat berharga

PiNk froogy: mengapa kau dustainya sayang

PiNk froogy: mgkin disaat ini aku xlagi ko kenang

PiNk froogy: ko campakkan memori kita seperti sampah yg x bernilai

PiNk froogy: itu hanya padamu..

PiNk froogy: tapi tidak aku

PiNk froogy: .............

Afiq Danial: bila setia ini kau letakkan nilai

Afiq Danial: harganya mungkin antara bumi dan bulan

Afiq Danial: biar kata ini sentiasa berdusta

Afiq Danial: tapi hati tetap hati

Afiq Danial: hati tidak berkata

Afiq Danial: hati ini saksi kita

Afiq Danial: saksi kita saling setia

Afiq Danial: ......

PiNk froogy: telingaku mendengar kata cintamu

PiNk froogy: hatiku merasa kebahagiaan saat bersamamu

PiNk froogy: tapi kini..

PiNk froogy: mulut ku diam..

PiNk froogy: tiada lagi ucapan sayang untukmu

PiNk froogy: hatiku meritih..

PiNk froogy: mataku bercucuran air mata

PiNk froogy: yg seperti tiada henti

PiNk froogy: apa rasa hatimu?

PiNk froogy: bila kedukaan ini milik mu..

PiNk froogy: bisakah kau hanya bersahaja

PiNk froogy: ...............

Afiq Danial: bukan maksudnya kata itu

Afiq Danial: kau hanya turutkan rasa kecewa

Afiq Danial: cuba kau faham apa yang berlaku

Afiq Danial: jangan kau angap itu satu dosa

Afiq Danial: bukan sengaja hancurkan hati mu

Afiq Danial: kelak aku juga akan merana

Afiq Danial: mungkin ini satu ujian

Afiq Danial: untuk mengukur tahap kesetiaan

Afiq Danial: .............

PiNk froogy: mungkin benar katamu..

PiNk froogy: hanya ujian untuk pencinta yg setia

PiNk froogy: pencinta yg setia xkan merana,

PiNk froogy: kerna pencinta yg setia sentiasa setia pertahankan cintanya yang satu

PiNk froogy: cinta nya seperti matahari yg satu

PiNk froogy: xmgkin padam sebelum kiamat

PiNk froogy: xmgkin hilang sebelum hayat nya tamat

PiNk froogy: .................................

Afiq Danial: apa pun kau kata

Afiq Danial: cinta ini mungkin tak ada penghujungnya

Afiq Danial: ia kan kekal sampai bila-bila

Afiq Danial: selagi kita digelar manusia

Afiq Danial: mungkin satu hari nanti akan bermakna

Afiq Danial: bila kau jumpa si dia

Afiq Danial: yang akan menjadikan kau bahagia

Afiq Danial: mungkin sampai ke syurga

Afiq Danial: bila malam larut berlalu

Afiq Danial: mata ini sering jadi kelam

Afiq Danial: mungkin esok kita bertemu

Afiq Danial: bingcangkan nya lebih mendalam

Afiq Danial: semoga indah hari mu dari dahulu

Afiq Danial: jangan dikenang kisah silam

Afiq Danial: mungkin bicara ini mengubah senyum mu

Afiq Danial: aku ucapkan selamat malam..



ini bukan jiwang, tapi ini JIWA.
Seni itu ada nilainya, seni itu tidak gila

Friday, May 29, 2009

Sahabat Ku

Gambar ini kiriman nuyoi..terima kasih kerana sudi berkongsi


Buat sahabat,
kiranya kau sudi disisi,
menemani aku insan sepi,
kau sentiasa ada di hati,
akan ku kenang sampai mati!

Kau insan mulia,
sangup berkongsi walau duka,
hubungan ini sangat berharga,
terpelihara walau tergadai nyawa.

Kau menjadi mata dan telinga,
ketika aku alpa pada dunia,
kau bimbinglah aku bila,
aku terlena menjadi hina.

Sahabat,
kita sama hidup didunia,
kita saling sama bergembira,
tapi jgnlah kita lupa,
perjuangan kita pada Agama.

Sahabat,
kau harta paling berharga,
yang paling mulia didunia,
jalinan ini sampai bila-bila,
Bersahabatlah kita sampai ke syurga.

Terima Kasih kepada semua yang sudi mengenali aku!

Ikhlas dari Ku..

Yuna..Aku jatuh CINTA!



Lirik Yuna-Dan Sebenarnya

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
[Dan Sebenarnya Lirik]

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh


Siapa Yuna ni? Korang mesti biasa dengar suara dia di corong radio kan? Tetiba je famous dia ni. Mula-mula dengar ingat artis Indonesia. Selidik punya selidik rupa-rupa nya dia punya IC warna biru lah. Macam korang juga.

Yuna ni pelajar lepasan UITM. Suara dia memang Mantop, Rupa pun ayu dan bertudung. Pandai main gitar. Bagus budak Yuna ni. Agak-agak Mak marah tak kalau bawa balik dia jadi calon? Ahak..

Lagunya 'Dan Sebenarnya' itu mempunyai lirik yang bagus. Penyampaiannya cukup jelas dalam meluahkan rasa hati. Adakah dia pernah dikecewakan? Kalau benar, biar aku rawat kedukaan mu itu.. Yuna & Afiq Danial. ok tak?

Ni sedikit Biodata Yuna atau nama Sebenar Yunalis Zarai

# Nama sebenar: Yunalis Zarai
# Komersial: Yuna
# Usia: 23 tahun (single?)
# Tarikh lahir: 14 November 1986
# Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
# Hobi: Menonton filem
# Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
# Pendidikan: Masih menuntut dalam tahun akhir di UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang
# Emel: yunaroomrecords@gmail.com

Rasa-rasa lah..Aku telah jatuh Cinta lagi..Tuhan tolong temukan kami berdua!

Apa beza Lelaki dan Wanita?

lelaki


1)badan buncit = saham naik

2)umur naik = saham naik

3)anak ramai = saham naik

4)kahwin banyak = saham naik

5)makin seksi = saham naik

6)banyak makwe = saham naik

7)banyak bercakap = saham naik

8)banyak belanja = saham naik

9)banyak kerja = saham naik

10)bila jadi suami = atas


wanita


1)badan buncit = saham turun

2)umur naik = saham turun

3)anak ramai = saham turun

4)kahwin banyak = saham turun

5)makin seksi = saham turun

6)banyak pakwe = saham turun

7)banyak bercakap = saham turun

8)banyak belanja = saham turun

9)banyak kerja = saham turun

10)bila jadi isteri = turun


penjelasannya


1)lelaki yg berperut buncit adalah lambang kekayaan. Makin buncit makin kaya. Jarangkan kita lihat orang lelaki kaya kurus. Tp kalau wanita, perut buncit macam mana?


2)makin tua lelaki makin berharga. cuba tengok trend sekarang, semua cari lelaki tua kan? Tp kalau anak dara tua?


3)kalau lelaki anak ramai dikatakan penyayang. Ramai wanita boleh terima. Tetapi kalau wanita anak ramai?


4)Lelaki boleh kahwin 2 atau 3 atau 4. Tapi kalau wanita kahwin 3 macammana?


5)Ramai yang mengatakan seksi lelaki bukan hanya pada bentuk badan,tetapi kepada percakapan dan gaya. Kalau wanita seksi? Lelaki buaya je suka.


6)Lelaki boleh banyak pasangan.Macam kahwin juga.Orang tak kata apa,Tapi kalau wanita banyak pasangan?


7)Lelaki banyak cakap orang pangil ramah, tp kalau wanita banyak cakap orang pangil membebel.


8)Lelaki yang kuat berbelanja ramai orang suka, sebab dapat tumpang sekaki. Tapi kalau wanita kuat belanja, tak ramai yang sangup nak bela.


9)Lelaki yang banyak kerja adalah lelaki yang rajin. Wanita yang banyak kerja tak ada masa.


10)Lepas berkahwin lelaki lah diatas, wanita tentu dibawah!



Jangan marah, catatan kali ini agak merapu.. Tetiba je boleh keluar idea tak normal ni..

Wednesday, May 27, 2009

Bilakah rinduku padamu akan terhenti?

Disini aku sendiri merenungi hari-hariku yang akan berlalu tanpamu disisi lagi,
Malamku diisi menangisi apa yang telah terjadi,hingga seperti tiada henti,bulan menjadi saksi kedukaan hatiku,sepi menjadi teman malamku..
Mengertikah engkau? Perasaan sayang aku padamu tak terhapus biarpun hatiku ini pernah kau lukakan.

Aku pun xmengerti mengapa kita berakhir begini, apa salah dan kurang aku padamu,
Duhai cintaku,sayangku,
jawabla, biar hati ini mengerti,aku tak lagi kau perlukan.
Aku xpernah meninggalkan kau disaat kau susah,aku bahagia dapat bersamamu ketika kau dalam kesusahan.
Pernahkah kau fikirkan perasaan hatiku ini.kau hancurkan hatiku,kau kuburkan janji2 manis kau dulu

Aku sayu kini,
Kenangan antara kita terlukis indah,
Terlalu indah..sehingga sukar diungkap dengan kata-kata
Sukar untuk aku hapuskan,

Hampir setiap malam,wajahmu menerjah dalam ruang mimpi ku.
Aku dapat rasakan dirimu xlagi jauh,
Jantung ku berdebar deras,

Ku katakan dengan indah, Aku semakin rindu, rasa rindu itu merasuk dadaku,sungguh perit ku rasakan
Hati kecilku berharap masih ada rindu di hatimu.tapi aku tau, perasaan itu xmungkin ada.

Jangan kau cipta harapan untuk kita kembali bahagia seperti dulu,
Jika kau cuba untuk mainkan perasaan ini
Cinta ku hanya untuk insan yang benar2 ikhlas dan jujur
Kerna hatiku ini tak bisa untuk dilukai lagi

Doaku panjatkan:

“Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan,Dia milikku tercipta buatku Satukanlah hatinya dengan hatiku Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini”

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Hatiku berbunga rindu,

Akhill, Waheeda & Isteri..


Dari Harian Metro 27 Mei 2009

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengibaratkan dirinya seperti ‘bom jangka’ berhubung gosip suaminya dengan penyanyi berirama padang pasir, Waheeda.

Ketika ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 di sini, semalam, dia mengaku kini tidak mampu lagi menahan sabar hingga sanggup meluahkan ‘pemberontakannya’ melalui media dengan kemunculan pertama, Ahad lalu.

Maizawati menjelaskan bahawa kemunculannya di televisyen dan media cetak sebagai cara untuk menamatkan kekusutan yang berlaku.

“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.





“Tidak perlu saya menjaja cerita peribadi kerana saya sudah membuat keputusan dan segalanya akan diputuskan di mahkamah nanti,” katanya yang belum menerima panggilan telefon daripada Akhil Hayy sejak Ahad lalu.

Dia berkata, kesabarannya mendengar pelbagai cerita kurang enak mengenai suami dan Waheeda dipendam sejak dua tahun lalu selepas tersebar gosip mereka keluar bersama, ditambah pula cerita pergi menonton wayang.

“Walaupun pelbagai cerita saya dengar, selagi tiada pengakuan daripada suami, saya anggap perkara itu tidak serius.

“Namun, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah apatah lagi dengan cerita mereka sudah berkahwin. Saya hanya perhatikan dari jauh dan tidak menyimpan syak hingga suami memohon keizinan untuk mengahwini penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati berkata, sepatutnya isu rumah tangga mereka tidak perlu diperbesarkan kerana dia membuat keputusan mengundur diri dan mengizinkan Akhil berkahwin dengan penyanyi itu.

“Saya sudah memberikan lampu hijau untuk suami memperisterikan wanita itu dan keputusan sudah dibuat pada Februari lalu.

“Namun, sehingga kini masih tidak ada jawapan kerana selepas kami berbincang mengenai perkara itu, suami saya tidak memberi kata putus, sebaliknya mengatakan untuk berbincang dengan penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati menjelaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Waheeda kerana menganggap ia hanya akan memanjangkan lagi cerita.

“Buat apa saya nak bersemuka dengan dia? Kalau nak berbincang, sepatutnya dia datang berjumpa saya sejak pertama kali gosip mereka disiarkan dan meminta maaf serta jelaskan perkara sebenar kerana dia dikaitkan dengan suami orang.

“Mengapa baru sekarang dia katakan macam-macam seolah-olah saya yang timbulkan masalah,” katanya.

Sebagai orang yang beragama, kata wanita beranak enam itu, Waheeda sepatutnya tahu batas pergaulan mereka, terutama dengan menjalin persahabatan dengan suami orang.

“Dia berkawan dengan suami saya dan sebagai seorang perempuan dia patut tahu bagaimana membawa diri tatkala berdamping dengan suami orang,” katanya.

Maizawati bagaimanapun bersimpati dengan nasib menimpa suaminya kerana berikutan isu perpisahan itu, imejnya yang terkenal dengan jolokan Ustaz Rock tercalar.

“Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami,” katanya.
Perlu Baca

Aduhai..kisah cinta 3 segi ni lagi.. Antara Akhill hai-hai bye-bye dengan Waheeda Wa sana sini tu.. Susah nak cakap siapa yang bersalah dalam hal ini. Ye lah, kadang-kadang pihak media memang suka gosip orang-orang baik ni. Macam kisah Perak lah, Nizar kan selalu jadi mangsa. Tapi kenyataan media kali ini betul-betul mengejutkan. Isteri Akhill sendiri dah buat pengakuan. Akhill dan Waheeda bila lagi?

Kalau dah suka sama suka, apa lagi nikah cepat. Jangan biar orang asik mengata. Dalam Islam pun banyak menekankan supaya kita menjauhi dari perkara-perkara yang menimbulkan fitnah orang seperti berduaan.

“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.

“Tidak perlu saya menjaja cerita peribadi kerana saya sudah membuat keputusan dan segalanya akan diputuskan di mahkamah nanti,” katanya yang belum menerima panggilan telefon daripada Akhil Hayy sejak Ahad lalu. <-- Kata Isteri Akhill.. Tapi kan sekarang ni satu dunia dah tahu cerita peribadi anda! Dalam blog Permata-Merah pun ada. Macam mana dia kata tak nak menjaja? “Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami,” <-- Kata Isteri Akhill Lagi.. Berpisah atau bercerai bukan buat Akhill makin tersepit dan terhimpit ke? Susah lah dunia artis ini. Nasihat buat Akhill, jangan sampai lupa pada perjuangan Islam anda. Teruskan bagi syarahan dan dakwah untuk anak muda!
Akhill dan Waheeda, jangan saman saya. Saya cuma bagi pandangan saja. Saya orang Susah..

Cinta Dunia

Petikan dari IluvIslam.com


Instrumentalia Doa Aku - Haddad alwi

Cinta dunia ini..
Betapa mempesonanya dunia ini dengan tamiznya,
Seringkali ku tergoda dengan alwaninya yang sementara,
Lantas membuatkanku sering terleka akan Ya Mushawwir.

Cinta dunia ini..
Betapa nikmatnya hidup penuh kesenangan,
Seringkaliku mengejar mencari alaa’ duniawi tak berkesudahan,
Lantas melalaikan ubaidah syukurku kepada Pemberi nikmatku.

Cinta dunia ini..
Betapa ku asyik dibuai cinta duniawi,
Seringkaliku tertewas akan kasih insani yang penuh janji,
Lantas aku lupa akan kasih mauhibah ar-Rahmanku,

Cinta dunia ini,
Betapa manisnya hidup di dunia ini penuh sa’diah,
Seringkaliku terdeperdaya mengikut syaitan yang beraja di hati,
Lantas aku terlupa akan azab akhirat ciptaan Ya Muntaqim.

Ya Baaqy..
Hanya kepada-Mu jua cinta abadi,
Kini aku mengerti tiada sudahnya dunia yang ku cari,
Syaitan sentiasa menggodaku sedangkan imanlah penyelamat hakiki.

Ya Raqibb..
Jangan biarkan aku tanpa pimpinan-Mu,
Lindungilah aku daripada syaitan dan nafsu,
Musuh utamaku yang tersembunyi dalam hidup penuh berliku.

Ya Ghafuur..
Ampunilah kelekaan dan dosa-dosaku,
Ku tahu dosaku tidak melayakkan aku ke Jannah-Mu,
Namun aku tidak berdaya menahan seksa Jahim-Mu.

Ya Haadiy..
Kurniakan aku hidayah,
Agar dikuatkan imanku yg sentiasa lemah,
Moga ku dapat merasai nikmat kemanisan iman..

Ya ALLAH..
Hasbiyaalllah, cukuplah hanya Engkau cintaku,
Ku takut untuk menyintai dunia ini,
Kerana ku tahu cinta dunia ini membuatkanku jauh dari rahmat-Mu.



“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi “
(QS. Ali Imran:8)

• Tamiz=keunikan
• Alwani=warna-warni
• Alaa’=nikmat
• Ubaidah=ibadat
• Mauhibah=pemberian
• Sa’diah=kebahagiaan

Tuesday, May 26, 2009

Engkau, ini aku pinta!


Bila aku dihina, syukur aku panjatkan ke Ilahi. Sesungguhnya masih ada lagi yang mengingati Ku.


Bila aku dibenci, doa aku pinta dari Ilahi. Sesungguhnya kemuliaan itu bukan pada insan hina ini.


Semua manusia tidak akan ada rasa yang sama, Ada yang Suka dan juga yang membenci.


Aku bahagia bila kau tiada,

cukuplah, selamat tingal derita,

jangan kau keruhkan suasana,

yang aku telah cipta.


biar aku dgn hidup ku,

jangan lah kau mengangu,

engkau-engkau, Aku-aku,

jgn kau keji aku!


biar apa aku buat,

biar apa aku catat,

tak payah kau lihat,

tak payah kata aku jahat.


kau tak perlu rasa apa2,

hidup kau dan aku berbeza,

itu dulu memori kisah duka,

aku telah lupa segalanya!


Aku Tak minta simpati pada sesiapa,

Dunia aku dan kau jauh berbeza,

kau jangan lah rasa apa-apa

kerna kau tidak ada kena mengena!


Rasa hati : Geram

Monday, May 25, 2009

Yeah..tonton Syurga Cinta..



Ingat lagi tak posting saya yang lepas, Syurga Cinta? Siapa dah Nonton? Saya teringin sangat nak pergi, tp takde teman yang belanja..Ahak..Hari ini tercapai jua! Terima kasih sahabat yang sudi menemani ku..Akan ku kenang sampai bila-bila jasa mu itu..Namanya? Rahsia...

Berbalik pada cerita itu, memang menarik. Kalau saya diberi peluang ditemuramah akan saya berikan **** bintang untuk cerita Syurga Cinta, lakonan Awal, Heliza dan adik Haziq. Walaupun Heliza dan adik haziq sedikit kaku tetapi jalan ceritanya yang menarik membuatkan hampir tiada cacat cela.

Ceritanya berkisah tentang kehidupan keluarga yang sangat bersosial sehingga lupa akan Agama. Berparti dan sentiasa melakukan maksiat. Memang tidak dinafikan keadaan ini berlaku dalam masyarakat sekarang. Lihat anak muda sekarang, berpeleseran disana sini. Bergaul bebas tanpa batasan. Kalau jemaah di Masjid itu boleh kira berapa remaja, silap2 langsung tiada. Nak jadi kan cerita dalam Syurga Chenta ni, Lelaki sosial dan suka mempersendakan Agama ini bercinta dengan Gadis Ayu yang Solehah. Tapi pelik ke?

Pada saya, lelaki memang macam tu. Kalau perempuan berambut perang dan seksi cuma untuk hiburan saja, tak mungkin bawa balik untuk tayangkan kepada mak dan ayah sebagai calon isteri. Yang dicari untuk teman abadi sampai akhirat nanti tentulah Solehah, Lemah lembut, Penyanyang dan Cantik. Sebab wanitakan ikon kepada anak2. Takkan lah lelaki nak cari ibu untuk anak2 mereka yang kaki disco. Betul x?

Lelaki tersebut cuba memikat gadis ayu yang ala2 muslimah itu setelah dicabar oleh rakannya. Berbagailah cara dilakukan untuk memenangi hati gadis itu. Tapi Akhirnya dia sendiri betul2 jatuh cinta. Cinta ini memang tidak boleh dibuat mainkan? Cinta kan buta. Pernah dengar tak kisah kawan baik bercinta dengan kekasih kawan nya itu? Mula2 pandang, pastu rasa, lama2 jatuh cinta.

Dalam cerita ini yang menariknya apabila nasihat yang diberikan oleh datuk gadis tersebut iaitu 3 ketegori cinta.

1) Cinta dari Syaitan iaitu cinta suka sama suka tetapi hanya kerana nafsu semata2. Ini yang paling banyak berlaku sekarang ni. Akhirnya berlakulah maksiat yang mungkin memaksa meraka berkahwin.

2) Cinta dari Jin iaitu cinta yang memaksa contohnya mengunakan santau dan pelaris. Memang akan berkahwin tapi bukan dengan rela. Rasanya masih ada lagi mereka2 yang mengunakan cara ini dan ianya tidak mustahil. Minta lah dijauhkan oleh Allah SWT.

3) Cinta dari Allah iaitu cinta yang lahir dari hati terus sehingga berkahwin. Cinta ini lah yang membawa bahagia dan Bercinta hingga ke syurga. Eh tajuk catatan saya yang lepas kan? Ingat balik.

Jadi anda pilih cinta dari ketegori mana?

Penghujung cerita memang dihiasi dengan deraian air mata, termasuklah yang berada disisi saya. Yer lah siapa yang sangup apabila cinta dipermainkan dan dipersenda. Tentulah berduka, namun mereka akhirnya gembira. Gadis itu terima lamaran dari lelaki dengan suasana yang cukup romantis. Mungkin saya akan tiru untuk gaya lamaran seperti itu untuk si gadis yang akan bertuah..Ahak..Siapa?

Lepas tu? habis cerita! Kalau semua saya nak cerita susah lah pangung wayang nak laku.

Nasihat saya penuhilah aktiviti hujung minggu anda ini dengan pergi menonton Syurga Cinta!
Sokong Hiburan Seni Tanah Air.

Kau rasa, Sebenarnya aku lagi derita!


Apa yang si pembaca rasa, lagi teruk si penulis menangung derita!


Kalau Si pembaca mengeluarkan mutiara mata, Si Penulis tentulah luluh hatinya. Memang perit menanggung ini semua, tetapi ini lah dunia. Dunia tidak akan ceria kalau tidak diwarnai duka.


Berlalu sudah suatu kisah, jangan kembali melangkah. Terima lah kenyataan apa yang Tuhan telah tentukan. Bergembiralah seperti dulu kala. Jangan kau tangiskan sensara. Kita masih lagi hidup di Dunia!


Carilah nilai kehidupan, yang kau sendiri corakkan. Kalau gembira, gembiralah ia. Kalau berduka, teruslah ia berduka. Kelak kau sendiri akan mendapat celaka, kerana kau hanya menurut rasa.


Sambutlah salam ceria ini dari penulis. Kepada pembaca setia yang menghantar email dan menghubungi, jangan titiskan air mata duka! Teruskan ceria dan sentiasa membaca.


Terima kasih semua!

Sunday, May 24, 2009

Palestin, lupakah Kita?



Kita masih ingat lagi tak tarikh 28 hb Disember 2008 iaitu ketika Palestin di daerah Gaza di serang dengan kejamnya oleh tentera yahudi? Serangan yang melibatkan lebih dari 1000 orang cedera dan terkorban. Setiap kali berita di media dan di dada akhbar tentu membuatkan kita menitiskan air mata. Saudara Islam kita dilakukan sedemikian rupa! Masa tu semua rakyat dunia membantah dan mengutuk Yahudi! Kalau boleh masa tu kita nak terbang ke Gaza membantu saudara2 kita disana.

Masa tu juga lancarkan kempen boikot produk2 Israel. Ingat lagi tak? Tapi sekarang dah lebih kurang 5 bulan serangan itu berlalu. Dan kita seolah2 melupakan dan memaafkan Yahudi. Kita dah mula minum Coca-cola dan makan McD. Kita telah lupa pada saudara kita yang masih lagi sensara. Kita lupa pada perjuangan kita menentang Israel dan Yahudi. Kenapa kita jadi bergini sedangkan kita masih belum mencapai KEMENANGAN? Itulah kita sentiasa lupa.

Teruskan memboikot produk2 israel dan yahudi! Jangan sumbangkan duit untuk membunuh saudara kita! Saya percaya suatu hari nanti pasti perkara ini berulang. Kita jangan alpa! Doakan untuk saudara2 kita yang telah syahid dan kesusahan.

Dan satu cara untuk kita mengingatkan rakan2 yang lain, Saya ada menjual baju Save Palestin dan siap dengan senarai produk2 yang perlu kita boikot! Saya rasakan ia mungkin berguna. Harga RM 15 sahaja. Warna hitam dan putih, saiz tingal L dan XL sahaja. Saiz baju besar sedikit daripada saiz baju biasa kerana dibuat untuk sesuai kepada muslimat. Tak boleh sendat2!
Design Depan..

Design Belakang..Produk perlu Boikot.

Sesiapa yang berminat sila lah hubunggi saya. Kalau sekitar melaka mungkin boleh saya hantar. Tapi kalau diluar melaka mungkin kena tambah duit Pos.

Sebarang pertanyaan boleh hubunggi saya 017-7941003.

Catatan ini bukan lah dibuat untuk mencari keuntungan. Jauh sekali untuk mencari kekayaan, saya sekadar menyampaikan perkara yang perlu.Mari kita sama membantu, saya sikit pun tak da untung.

Teruskan Perjuangan Islam!

Akhill dan Waheeda lagi??



keratan Metro 24 Mei 2009
klik untuk baca!


Alahai Akill, apa dah nak jadi ni? Kamu kan ikon Remaja Islamik Malaysia. Kalau boleh jaga-jaga lah skit pergaulan dan perbuatan tu. Sekarang ni orang sibuk nak cari publisiti pasal Akhill dan Waheeda, yerlah orang baik mesti lah selalu difitnah. Entah lah, kebenaran hanya Allah yang tahu.

Pasal gambar diatas tu dah lama disiarkan dalam oh artis. Wartawan yang menemubual Akhill berkata gambar itu cuma gambar2 shotting terbaru untuk program tv. Tapi waheeda pulak cakap diaorang pergi makan ikan bakar lepas shotting filem di Port Dickson. Yang mana satu betul ni? Dulu diorang ni di gosipkan keluar malam berduaan dan katanya pergi menonton Wayang. Betul ke?

Entah lah..susah saya nak cakap sebab Akhill dan Waheeda tu kan manusia juga, ada hati dan perasaan, ada nafsu dan tak terlepas dari godaan syaitan. Kalau dah betul2 suka sama suka, kahwin lah cepat2. Waheeda pun bukan muda lagi dah 31 tahun. Lagi pun dalam Islam kan cakap boleh kahwin sampai 4! Cuma tak perlu lah sampai bercerai berai. Pendapat saya, isteri Akhill mesti boleh faham dan terima seadanya.

Walau apa pun, saya tetap suka mendengar syarahan Akhill Hayy!

Akhill dan Waheeda, jangan saman saya, saya cuma bagi pendapat saja. Saya Orang susah..

Wallahualam..

Malam di Kota Melaka


Malam tadi rakan baik(wak) saya mengajak keluar minum di Gazebo, so saya pun pergilah. Sampai sana dalam jam 9.30mlm. Duduk2 kat sana sambil berbual kosong, order pun tea ais je, makan taknak..dah kenyang.. Agak2 panas bontot dan boring wak tu ajak jalan2 pusing melaka. Hmm, rasa agak lama tak berjalan pada waktu malam2 ni di bandar.

Nak jadikan cerita si wak ni baru lah beli kereta. Baru semalam dapat, satria neo. so saya pun mengambil langkah dengan memparkingkan kereta saya. Naik kereta baru lah!

Lokasi pertama : Dari gazebo ke melaka raya. Biasa lah Disco2 kat sana, lengang juga mungkin awal lagi sbb jam baru 10.30pm. Tapi nampak jugalah kelibat anak2 muda mudi kita ni berpeleseran kat tiang2 disco tu..cari pakwe kot..hmm..apalah nak jadi. Perempuan sekarang dah berani melakukan aksi memikat lelaki. kalau dulu jantan2 ni mengayat tapi skang jangan terkejut kalau ada yang menyapa "hai abang, nak gie mana tu?" Si gadis berambut perang, skit pendek yang berkaki yang putih dgn rokok ditangan..Aduhai rugi satu pompuan cantik kat muka bumi ni, konpem mak pengsan kalau nak jadikan bakal menantu dia.

Lokasi kedua : Dataran Mbmb, memang terkenal dengan tempat untuk bermadu kasih. Ala..yang macam Taj-Mahal tu, kata dato ali le.. Hmm..Rata2 yang datang bercouple cuma kami berdua je lah dua2 lelaki. Ada yang seksi meksi dan ada yang bertudung, tapi berkepit macam belangkas. Rosak melaka kalau semua generasi macam ni. Mat2 rempit xyah cakap lah. Dah macam pesta kat sini. Eh..salah.. mat rempit dah tak boleh sebut, dah tukar jadi samseng jalanan..hahaha.. Pandang punya pandang ternampak lah sorang aweks ni..Pakai baju tido. Nak tido kat MBMB ni ke? ni mesti kes lompat tingkap ni. Mak ayah punya sedap tido kat rumah, anak dara dia tido kat MBMB. Bagus..

Mat Rempit dengan aksi nya

Lokasi ketiga : Kedai Masak Asam Hajah Mona. Pekena masak asam si wak ni. saya nasi lemak je, bukan nak diet tapi kenyang lagi. Orang boleh tahan ramai. Tapi nak cerita ni, dalam perjalanan ke sana banyak lah nampak si Samseng Jalanan ni A.k.a Mat rempit bersama minah2 nya. Aduhai sakit nya mata tengok dengan gaya dan gelagatnya. Tak tahu malu ke pompuan2 ni? Pakai baju macam nak tunjuk dia punya. Kalau setakat tunjuk jamban tu dah biasa lah, ni nak tunjuk semua2 yang sulit..Aduh berdosakan saya tengok, tapi dah TERtengok nak wat macam manakan.. Mak ayah diaorang xkesah ke anak macam tu? Dah lah rambut ala2 berpenyakit lukimia, baju SEKSA, keluar dengan jantan2, berpeleseran macam kucing kurap, pastu ketawa macam kene histeria. Kalau saya perhatikan kebanyakan diaorang ni berumur dari 15-2o tahun, So bawah umurlah. Kalau dah 21 tahun keatas kompem dah lagi advanced kat disco2. Pelikkan remaja skang boleh jadi macam ni padahal masing2 ada mak ayah. Lepas makan kitaorang pun pergi lah balik ke gazebo nak ambil kereta saya.

Lokasi keempat : Rumah sendiri lah. sampai dalam kol 1.30pagi. Agak lama lah juga keluar tadi. Sekali sekala kena embun takpe kan? So sesiapa yang nak pergi melaka, saya boleh bawakan anda lawatan sambil mencuci mata. Ahak..

"Jauh Perjalanan Luas Pemandangan"

Saturday, May 23, 2009

Syurga Cinta? Siapa dah tonton?


Tetiba saya rasa macam nak menonton movie..hmm..Tentulah ceritanya Syurga Cinta..Lakonan Awal Ashaari dan Heliza AF5. Cerita yang berkisahkan Cikgu yang ala2 islamik tu..Tertarik lah dengan gaya eliza tu..Menjadi idaman lelaki seluruh malaya termasuklah saya. Tajuk cerita dah menarik begitu juga dgn preview nya dan saya rasa sesuai untuk tontonan umum berbanding cerita Bohsia.

Sebenarnya tajuk cerita memainkan peranan yang sangat penting. Dari tajuk kita dapat mengagak jalan cerita dan persembahan yang bakal ditayangkan. Kalau macam cerita Remp It, mat2 rempit je lah tengok..Kalau cerita Bohsia plak, orang yang suka bohsia atau bohsia je lah tengok. Saya sangat tak setuju dengan persembahan tajuk yang agak keterlaluan bagi saya. Pada saya akan timbul perkara negatif dan seolah2 kita bangga menonjolkan Benda yang tak baik itu.

Berbalik pada cerita yang saya nak tengok tu.. Syurga Chenta..Tapikan? Nak tengok dengan siapa dan kat mana? Bila? aduhai..masa oh masa..

Siapa2 yang dah tengok boleh tak bagi sikit sinopsis cerita. Dan kalau ada sesiapa yang belum tengok tu, nak tak belanja saya tonton movie?? Ahak..

Aku..3

Sambungan dari Aku.. Aku..2

Aku insan biasa,
Ada rasa..
Dan ada jiwa,
Cinta aku ada nilainya,
Ia mungkin takkan sama,
Walau kau rasa itu syurga,
Walau kau rasa itu sempurna,
Walau kau rasa itu segala,
Tapi kau tetap kehilangannya,
Ia hilang sampai bila-bila.
Takkan dikapai semula.

Samar aku bangun dalam kegelapan, aku tetap berdiri. Yang pasti, aku bukan bermimpi. Inilah realiti dalam kehidupan di dunia ini! Aku redha pada Mu Tuhan..


Aku redha menerima, sesungguhnya dia telah tiada. Aku sudah lalui duka, aku sudah rasa apa itu kecewa. Tapi kau jangan lupa, masa engkau senang tidak tahu sampai bila. Mungkin kau akan merasa, apa yang kau pernah cipta. Pasti suatu hari nanti, kau tentu akan berduka jua.


Pernah aku menitiskan air mata bila dengan mudah dia pinta, lupakan nya kerana ada insan lain yang lebih sempurna. Jiwa aku menjadi kosong, terlalu binggung. Kenapa aku di hukum sebegini rupa? Apa salah aku dalam cinta itu? Inikah balasnya terhadap aku?

Walau beribu hujah kau berikan, aku tetap angap itu semua alasan. Memang cinta aku kau mainkan. Aku pernah beri segala tapi ini yang dia pinta. Kecewa aku hanya Tuhan saja yang tahu. Mungkin ini balasan terhadap aku kerana terlalu mengagungkan cinta dari Tuhan yang Maha Pencipta. Sesal aku tiada berguna ini semua telah menjadi kenyataan.

Aku punya duit, aku punya keluarga yang sayangkan aku, aku punya kawan-kawan yang baik dan aku punyai segalanya. Cuma satu, aku kehilangan sesuatu yang dulunya menjadi pelengkap dalam hidup aku. Kehidupan harian aku kini berubah. Jika dulu setiap pagi pasti ada seseorang yang akan kejutkan. Begitu juga sebelum tidur. Dulu aku sering menerima SMS yang aku sentiasa tunggu. Aku tidak pernah rasakan yang aku bosan pada dia. Bila aku memerlukan seseorang, dia selalu disisiku. Bila aku ada masalah, dia lah tempat ku mengadu untuk membantu ku. Kini dia sudah tiada. Tak mungkin kembali dalam hidup ni dan aku tiada kata lagi yang mampu untuk dilafazkan.

Apapun aku tetap bersyukur biar di mana pun aku dan dia berada, kami masih dapat melihat Bulan yang sama. Alhamdulillah..

Janji aku ”cinta ku sampai mati” telah berakhir disini, seperti yang dia pinta dan dia telah dusta. Maafkan aku..

Bila ini aku terduga, aku rasakan semua cinta itu dusta. Tiada kepastian dan kesetiaan. Yang ada cuma penipuan manusia kerana hanya mengejar nafsu dunia. Setahun sudah aku tidak pernah berdampingan dengan mana-mana wanita, walau aku tahu ramai yang menginginkannya. Aku tolak semua kerana aku tidak sangup lagi untuk merasakan semula bagaimana kecewa. Biarlah aku sendiri bersama kawan-kawan, aku lebih gembira.

Aku sudah tiada apa, melainkan kenangan bersama. Aku berjanji, aku akan buang semua. Semua kenangan yang duka dahulu aku bersama dia. Mungkin sudah sampai masanya hati ini perlu diubati, perlu dikasihi. Tapi aku sering pinta pada Ilahi, jangan lah hati ini berduka kembali, biarlah cinta ini betul-betul kepada yang akan menjadi Isteri.

Aku sedar kini, dunia masih lagi ada didepan. Aku terus melangkah mencari nilai dalam kehidupan.
Aku sedar kini, aku perlu seseorang untuk berkongsi dengan apa yang aku akan lalui.
Aku sedar kini, aku perlu seseorang untuk mengisi kekosongan hati ini.
Mungkin aku telah bersedia untuk mencari penganti. Kepada sesiapa yang benar-benar tahu apa itu erti setia dan cinta, kepada yang sangup menerima aku seadanya, kerana aku seorang insan biasa yang tidak punya apa-apa. Tiada apa yang boleh dibangga, yang ada cuma cinta dan setia. Janji aku untuk kita bahagia bersama sampai bila-bila!

Kepada Dia, terima kasih kerana kau telah mewarnai hidup aku ini. Doakan semoga aku lebih sempurna, semoga aku lebih bahagia. Begitu juga dengan dia, semoga kau sentiasa gembira. Tiba saat ini aku telah maafkan dan melupakannya.

Friday, May 22, 2009

Aku..2

Sambungan dari yang lepas


Itu silam, mungkin saat ini berbeza, mungkin kerana dia tiada, mungkin saat aku bersendirian, sangat sepi aku rasakan. Tapi aku tetap aku, tetap sama seperti 4 tahun dahulu.


Saat aku bergemilapan,

Kau akan ku sinarkan,

Saat kau menjadi intan,

Kau sangat aku harapkan.



Aku masih ingat setiap kata dia, aku masih ingat setiap janji dia, aku masih ingat setiap dusta nya. Tapi aku masih menerima. Aku tetap cinta. Aku tetap berpegang pada janji. Tidak pernah sesaat pun aku merasa bosan, biar sekali pun aku di caci!

Memang kadang aku rasakan aku seperti pengemis cinta yang sentiasa menagih kasih. Mencari erti nilai dalam perhubungan. Acap kali kau melemparkan hina, dan setiap itu juga aku menerima. Sering kau pinta dilepaskan bila mana kau kemarahan, tapi aku hanya angap itu semua satu mimpi dan fantasi. Aku tidak akan pergi, angapan aku itu cuma gurauan, kerana aku masih lagi berpegang pada janji. Janji, cinta ku sampai mati!


Bermasam muka dan perbalahan itu adalah perkara biasa dalam perhubungan. Itu cuma warna yang mencorakkan suasana dalam bercinta. Kita tidak akan gembira jika sentiasa ceria. Kita tidak akan selesa jika tidak merasa duka. Kita juga tidak akan sempurna jika tidak melakukan kesilapan. ”sayang, I realy luv u. I realy need u. Pls forgive me!” kata-kata itu mententeramkan jiwa, meluahkan kata dan mungkin meredakan dia.


Kita bukan kenal sehari dua untuk kau menghukum aku yang melakukan kesilapan Cuma sesaat. Adakah kecil nilainya perhubungan ini berbanding dengan kemarahan itu? Keputusan itu perlu kau sesalkan kerana ini bukan penyesaiannya.


Walaupun sentiasa berduka dia tetap aku puja. Aku rela kerana cinta. Aku tetap gembira bersama. Pinta ku dalam doa, ”Ya Tuhan Ku, sesungguhnya ini rasa hati ku, aku sangat kasihkan dia sebagaimana Kau telah memberikan aku jiwa, biarlah ini satu pilihan ku. Kau berkatilah perhubungan ini, Kau satukan lah kami berdua sehingga ke anak cucu. Jangan lah Kau pisahkan kami melainkan dengan mati. Ya Tuhan Ku, sesungguhnya Kau mengetahui segala isi hati.” Amin..


Aku masih ingat lagi sewaktu aku menyarungkan cincin di jari dia. Permata itu menjadi saksi, cinta aku sekeras itu, bersinar dan sentiasa berkilauan. Ingin aku gilapkan permata itu dengan nyawa, biar dia rasa betapa aku setia mencintainya. Permata itu bukan ada nilainya tetapi ia lambang kuasa cinta.


Aku insan biasa,

Ada rasa..

Dan ada jiwa,

Cinta aku ada nilainya,

Ia mungkin takkan sama,

Walau kau rasa itu syurga,

Walau kau rasa itu sempurna,

Walau kau rasa itu segala,

Tapi kau tetap kehilangannya,

Ia hilang sampai bila-bila.

Takkan dikapai semula.

Samar aku bangun dalam kegelapan, aku tetap berdiri. Yang pasti, aku bukan bermimpi. Inilah realiti dalam kehidupan di dunia ini! Aku redha pada Mu Tuhan..



Bersambung..

Thursday, May 21, 2009

Aku..

Rintitan kenangan, 4 tahun lepas. Ia ada sesuatu, yang mungkin masih segar dalam ingatan ini. Aku bukan mahu menyesali, jauh sekali untuk aku menagih simpati. Bukan untuk diratapi tapi mungkin perlu aku kongsi. Ia tentang kehidupan yang terlalu panjang untuk diceritakan. Tak tahu dimana hendak bermula.



Pada usia remaja ini mungkin cukup mentah untuk aku menilai. Dimana kehidupan, dimana kebahagiaan, dimana kejayaan. Aku sama seperti insan lain, punya hati dan perasaan. Sampai lah suatu masa aku telah jatuh cinta, terpalit angau wanita pada diri. Memang aku rasa sunguh indah ketika disayangi dan menyayangi. 23/10/2004 satu ketika itu jawapan yang aku terima "Ur mine & im yours", cukup ringkas namun sangat bermakna. Lahir saat itu rasa cinta dan setia, aku cukup mengerti kenapa aku menyayangi. Jujur aku katakan aku tidak pernah sebahagia ini. Di ibaratkan dunia ini aku yang miliki.

Mungkin pada dia ada sesuatu yang cukup istimewa. Lagak dan gaya nya biasa saja. Sempurna luarannya dan baik juga akhlaknya. Tapi aku cukup terpesona! Pernah aku katakan, "aku tiada apa untuk kau bangga, aku tiada harta, aku insan biasa yang cuma ada cinta." dan kau terima aku seadanya.

Aku masih ingat tiap saat kau ada disisi, mungkin sekadar menghantar berita tapi kau tetap aku rasakan dihati. Pagi aku dikejutkan dengan pesanan mu, malam ku di bahagiakan dengan suara mu, setiap saat aku bermimpikan kebahagian bersama mu.

Aku bukan ada sakti, tetapi jujur aku pasti. Saat aku bersama dia, aku tidak pernah didampingi oleh sesiapa. Mungkin kerana aku cukup bahagia. Ya, memang benar kata kawan, "aku si pencinta setia, Si Setia yang bonggok!" maaf kawan aku tidak bermaksud melupakan kalian, benar aku setia, setia mencari kebahagian.

Sayang, bukan sekali aku ucapkan mungkin sehingga mual mendengar, kata2 itu lah yang lahir ikhlas dari hati. Aku pernah berjanji, "cinta ku sampai mati!"

"Tiada rahsia antara kita berdua", madah janji aku bersama.

Sudah setahun berlalu, dia masih disisi menemani saat aku sepi, saat bahagia aku kecapi. Kisah duka dan bahagia kita kongsi bersama. Mungkin sampai bila2?

Itu silam, mungkin saat ini berbeza, mungkin kerana dia tiada, mungkin saat aku bersendirian, sangat sepi aku rasakan. Tapi aku tetap aku, tetap sama seperti 4 tahun dahulu.


Saat aku bergemilapan,
Kau akan ku sinarkan,
Saat kau menjadi intan,
Kau sangat aku harapkan.

Bersambung ye..

Tuesday, May 19, 2009

Blogger, Kerja Gila?



Kenapa Ber Blog? Orang cakap buang masa, Suka berkhayal, Suka fitnah dan poyo. Ye ke? Kalau di tanya kepada saya, ”kenapa Afiq Ber Blog?” Jawapan saya mudah. Kerana Suara kita mungkin tidak di dengari, tetapi kita masih dapat luahkan rasa hati kepada seluruh dunia. Dalam pada itu mungkin ada yang berguna untuk di kongsikan bersama. Itu lah sebab utama saya menjadi Blogger walaupun tidak terkenal.Ok saya nak cerita skit mengenai blog ini. Orang biasanya ber blog atau menjadi blogger kerana beberapa sebab. Iaitu :

1) Adalah kerana minat. Menjadi blogger ini memerlukan minat yang tinggi kerana anda perlu menulis catatan baru setiap hari atau sekurang2nya 3 hari sekali. Kalau di tanya kepada Mat Rempit, tentu mereka tak sanggup.

2) Nak jadi penyampai, misalnya berita2 terkini, Politik dan juga dakwah, macam saya. Kita mungkin tidak dapat menyampaikan pendapat atau luahan hati kita melalui radio atau TV atau surat khabar sebab kita bukan artis, jadi yang paling sesuai adalah di blog. Tulis je di blog, satu dunia boleh baca. Tak kena bayar tu yang menarik.

3) Nak iklankan barang, terutama orang yang ber MLM. Boleh iklankan produk mereka secara percuma. Cerita tentang sistem MLM meraka, senang xpayah lah buat flyer kertas dan dicampak2 kerumah2, kesannya akan berkurangan lah pokok2 serta menyebabkan sampah menimbun.

4) Yang ni mungkin ramai yang tak tahu. Ber blog untuk cari duit. Ye, memang benar dengan blog boleh buat duit. Korang perasan tak kat blog saya sebelah kanan ada iklan dari Nuffnang? Setiap orang yang membaca blog ini akan dikira membaca iklan tersebut dan syarikat iklan itu lah yang membayar. Kalau tak silap saya Rm 0.02 setiap kali orang baca, memang tak banyak bagi blog yang tak best ni sebab pengunjung setiap hari Cuma 50-100 orang. Tapi blog2 yang famous mcm www.tranungkite.net, www.justkhai.com dan macam2 lg lah, boleh capai 100000 orang pengunjung setiap hari. Kalau Rm 0.02 x 100000 = Rm 2000. Wow, banyak kan?


Yang kedua iklan dari banner2 contoh Lelaki Kuat, Klik Dapat Duit, Jana Pendapatan dan bermacam2 lagi. Jangan cari kat dalam blog ini, memang takde.. Iklan2 ini biasanya ada di blog2 yang rating nya tinggi sahaja, contohnya 100000 pengunjung setiap hari. So penulis blog boleh lah sediakan tempat untuk banner2 ni dan biasanya bayaran di kenakan. Ada yang sampai Rm 300.00 sebulan untuk satu banner. Kalau ada 10 banner Rm300 x 10 = Rm 3000. Banyak kan? Moga2 blog saya ini akan mencapai sehingga tahap itu. InsyAllah.. Jadi 2 cara ni lah macam mana nak buat duit dengan blog. Bestkan?

5) Nak jadi terkenal. Yerlah kita bukan artis, tp dari tulisan blog yang bagus biasanya lama2 jadi terkenal. Macam khai dari blog Justkhai.com sampai nak kena saman dengan artis lg tu.hahaha.kan terkenal tu. Dan biasanya blogger2 ini nak satu dunia tahu dia ada blog..ahak, macam saya. Tapi pada saya biarlah orang hanya kenal dari tulisan yang berguna. Bukan kenal siapa diri saya.


Ini lah serba sikit mengenai kenapa Ber Blog dan blogger bukan lah satu kerja gila. Yang penting niat kena lah baik, supaya ramai yang mendapat manafaatnya. Kalau buat blog untuk keburukan itu bukan kerja gila, tapi dia memang GILA!


Kepada pengunjung2 setia blog ini saya nak ucapkan, ribuan terima kasih..Kerana tanpa anda yang membaca apalah penulisan saya ini. Jangan lupa bagi lah komen yang membina kepada saya. Terima kasih! Sekali lagi.


Catatan kali ini macam agak mengarutkan? Tengah demam, otak tak berapa ok kot. :)