Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, November 10, 2009

Disember yang Bakal Mengila

Dimaklumkan kepada semua, Afiq sangat-sangatlah Bz menjelang cuti sekolah kali ni. Musim cuti sekolah ini juga buat julung2 kalinya Afiq terlibat dalam program yang sebegitu banyak. Hampir menjadikan Afiq pitam. Bayangkan dengan 17 Sesi motivasi ni, Afiq tentunya bakal mengabaikan blog ini nanti.

Cabaran demi cabaran, tapi dah jadi tangungjawabkan. Nak buat macam mana. Memang banyak program lain yang Afiq terpaksa batalkan sepanjang musim ni. Sedih lah sangat!

Korang semua, tolong bagi Afiq semangat dan dorongan untuk menempuh hari mendatang!

Tarikh 9 Oktober 2009

Kepada :

IBU BAPA / PENJAGA,

Pelajar Tahun 6,

Sekolah-sekolah Kebangsaan,

Negeri Melaka.

Tuan/puan yang dihormati,

PER: TAWARAN KE KLINIK PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR SECARA PERCUMA PERINGKAT NEGERI MELAKA

Merujuk perkara di atas, Kelab Anugerah Intelek dengan kerjasama Jad Ansar Smart Centre dan Kolej Teknologi Alpha serta sokongan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Melaka akan menganjurkan Klinik Persediaan Menghadapi UPSR pada musim cuti sekolah yang akan datang bagi menghadapi UPSR pada tahun 2010.

2. Pada tahun ini, Kelab Anugerah Intelek akan mangadakan klinik UPSR di 10 buah sekolah di seluruh Negeri Melaka sepanjang cuti persekolahan hujung tahun ini. Sekolah yang terpilih adalah seperti dalam lampiran. Pihak kelab menawarkan penyertaan kepada semua pelajar tahun 5 untuk menghadiri klinik tersebut secara percuma.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami mempelawa tuan/puan bersama-sama anak untuk menghadiri sesi PENDAFTARAN dan TAKLIMAT PROJEK ANUGERAH INTELEK. Dengan ini, dilampirkan JADUAL dan ATUCARA MAJLIS Klinik Persediaan Menghadapi UPSR 2010 bersama Taklimat Projek Anugerah Intelek 2010.

4. Untuk pengesahan kehadiran sila daftar melalui SMS ke

No. 017-7941003.

TAIP NAMA PENUH ANAK <JARAK> NAMA SEKOLAH KE

017-7941003.

CONTOH: (MOHAMAD AFIQ B ABU BAKAR SK AIR BARUK ) HANTAR KE 017-7941003.

Semoga dengan usaha yang berterusan ini akan dapat memastikan harapan, inspirasi dan impian bersama tercapai.

Sekian terima kasih,

Yang benar,

clip_image002

........................................

( Mohamad Afiq B Abu Bakar )

Ketua Pegawai Perhubungan

Kelab Anugerah Intelek

Negeri Melaka.

 

Lampiran Jadual :

TUAN/PUAN DIKEHENDAKI HADIR PADA SATU TARIKH DAN HARI SAHAJA MENGIKUT SESI YANG BERSESUAIAN DENGAN TUAN/PUAN.

TARIKH

HARI

MASA

TEMPAT

21/11/2009

SABTU

8.00 PAGI - 12.30 PTG

S.K BUKIT BARU

21/11/2009

SABTU

2.00 PTG – 6.00 PTG

S.K BUKIT BARU

22/11/2009

AHAD

2.00 PTG – 6.00 PTG

S.K BUKIT BARU

29/11/2009

AHAD

8.00 PAGI - 12.30 PTG

S.K SERKAM DARAT

5/12/2009

SABTU

8.00 PAGI - 12.30 PTG

S.K TAMAN BUKIT RAMBAI

5/12/2009

SABTU

2.00 PTG – 6.00 PTG

S.K TAMAN BUKIT RAMBAI

6/12/2009

AHAD

8.00 PAGI - 12.30 PTG

S.K TAMBICIHIK KARIM

12/12/2009

SABTU

8.00 PAGI - 12.30 PTG

S.K AIR BARUK

13/12/2009

AHAD

8.00 PAGI - 12.30 PTG

S.K TELOK MAS

13/12/2009

AHAD

2.00 PTG – 6.00 PTG

S.K TELOK MAS

19/12/2009

SABTU

8.00 PAGI - 12.30 PTG

SK BATU BERENDAM 2

19/12/2009

SABTU

2.00 PTG – 6.00 PTG

S.K BATU BERENDAM 2

20/12/2009

AHAD

8.00 PAGI - 12.30 PTG

S.K MERLIMAU 1

20/12/2009

AHAD

2.00 PTG – 6.00 PTG

S.K MERLIMAU 1

26/12/2009

SABTU

8.00 PAGI - 12.30 PTG

S.K TENGKERA 1

26 /12/2009

SABTU

2.00 PTG – 6.00 PTG

S.K TENGKERA 1

27/12/2009

AHAD

8.00 PAGI - 12.30 PTG

S.K DATO’ NANING

2 Komen Pembaca:

Ai Adachi said...

tahniah kerana menyumbatkan byk xtvt mse cuti nie

lin nie tgh pikio lg
nk isik mse cuti dgn ape
hum..
nk berangan lah!!

undur diri dulu.bye!

Mr. J @ pengerindu.com said...

hihihi Kolej teknologi alpha , seremban ?

kolej lama aku..

www.pengeRindu.com

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya