Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Wednesday, October 14, 2009

Contoh Kertas Kerja

Hari ini Afiq telah mengunakan segala kepakaran ilmu yang telah dibelajar dahulu. Itu pun setelah merujuk kepada beberapa file lama bagi menghasilkan kertas kerja ni. Ni adalah cuma sekadar kertas kerja untuk pihak dalaman dalam mesyuarat. Kalau nak submit kat bank, korang rasa lepas tak? ahak..

 

Maklumlah, dah lama tinggalkan perkara3 surat ni. Kalau lah pensyarah Afiq dapat tahu, sure diaorang ketuk kepala Afiq. Penat diaorang ajar. Yang ni baru kertas kerja, belum lagi buat akaun, sure tunggang terbalik macam kerja seorang kontraktor kelas F buat Lejer.

 

Tulah, masa belajar dulu memain je lebih. Skangkan dah susah. Ni yang Afiq terpikir nak cari kerani ni. Ada tak yang sangup kerja dengan Afiq?

Syarat-syarat kelayakan:

1) sangup kerja lebih masa

2) tidak mengira upah dan gaji yang diberi

3) melakukan kerja dengan ikhlas

4) berkebolehan menahan cacian dan kemarahan

5) sangup menerima gaji mengikut ketentuan dgn ala kadarnya

Sape yang berminat, leh hantar resume. Untung-untung nanti Afiq pangil temuduga eh. Yang tak dapat tu jangan rasa terduga. Sila cuba lagi.

 

Kertas Kerja Program

Perkara : Program Motivasi dan pengukuhan diri

Tarikh : 1 November 2009

Tempat : Auditorium Al-Azim

Masa : 9 Pagi – 5 Petang

Objektif Program

1) Menyediakan Program Motivasi kepada pelangan-pelangan.

2) Menjaga perhubungan antara sekolah-sekolah dan Kelab Anugerah Intelek.

3) Menyediakan Dana kelab untuk membeli baju t-shirt, kemeja F1, jaket dan Bissness Card.

4) Memperkenalkan Kelab Anugerah Intelek sebelum Program ‘Persediaan Menghadapi UPSR’

5) Mengumpul data pelajar bermula daripada darjah 4.

Anggaran Perbelanjaan

1) Sewa dewan = RM 1200.00

2) Penceramah 1 (Encik Rohizal) = RM 600.00

3) Penceramah 2 (Cikgu Zulkefli) = RM 500.00

4) Makan minum = RM 5.00 per pelajar

5) Bahan = RM 2.50 per pelajar

6) Lain-lain perbelanjaan = RM 200.00

Anggaran perbelanjaan untuk 200 pelajar

RM 4000.00

Titik pulang modal

130 pelajar = RM 4000.00

Anggaran Keuntungan bagi keperluan Dana Kelab

200 pelajar @ RM 30 = RM 6000.00

Kos perbelanjaan = -RM 4000.00

Baju T-shirt dan kemeja = -RM 800.00

Bussness Card = - RM 500.00

Banner Kelab = - RM 100.00

Jaket urusetia = - RM 600.00

Lebihan = RM 0

Strategi Pemasaran

Melalui pamplet ke sekolah-sekolah terutamanya di kawasan bandar Melaka. Bayaran ditetapkan selaras RM30 dan sasaran kepada semua golongan. Melalui pihak sekolah, selain dapat memperkenalkan kelab, pihak kami juga dapat mengumpul data-data pelajar bermula dari darjah 4 sehingga darjah 6.

Sasaran Pasaran

Di sasarkan kepada sekolah-sekolah terutamanya disekitar kawasan Bandar Melaka. Program ini juga tebuka kepada darjah 4 dan darjah 5 tahun 2009. Merupakan program akhir kelab untuk program tahun 2009. Kami mensasarkan kehadiran pelajar ialah 200 orang.

 

Disediakan oleh :

________________________

Mohamad Afiq B. Abu Bakar

Ketua Pegawai Perhubungan

Kelab Anugerah Intelek

Negeri Melaka.

 

Disemak oleh :

_______________________

Aziezan B. Abidin

Ketua Pegawai Operasi

Kelab Anugerah Intelek

Negeri Melaka.

1 Komen Pembaca:

Anonymous said...

tq

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya